Isnin, 1 November 2010

Fadhilat menjadi isteri

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami *ai try my bez AJ. nsb skrg ni dah bole masak balik =)
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid


Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Isnin, 25 Oktober 2010

Rezeki yang berkat


♥ Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Lakukan solat sunat.

♥ Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya REZKI YANG BERKAT dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak."

Zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat.

♥ Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.

♥ Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.

♥ Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.

♥ Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki (bersyukur). Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).

♥ Amanah dalam pekerjaan dan setiap perbuatan. Ingat, setiap amanah yang diberikan haruslah dijaga sebaiknya. Terutama dalam pekerjaan, kerana ia akan menjadi pendapatan dan seterusnya darah daging.

♥ Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati:

"Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaMu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku"

=) sharing is caring ♥

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sohabat.

dalam hidup ini, selain daripada makpak, adik bradik, sedara mara, dan chenta hati, Tuhan kurniakan kita juga sohabats agar kita tidak sunyi. *rindu sohabats la. sohabats ni lebey kurang adik bradik la juga. sharing sumenye. ada masa baik, ada masa gadohnya. tapi lepas gadoh pasti akan baik juga.*ni kes sohabat sejati la. kalo tak sejati, gado smpai mati takan baik2. sahabat dicincang takan putus ye. *suke2 ati je guna pepatah tu!

yang membezakan adik bradik dengan sohabat ialah tado pertalian darah. tu je. sohabat, kawan bersama di masa gembira, juga kawan yang sentiasa menyapot serta meminjamkan bahu dan telinga di kala berduka.

teori persahabatan ai sangat kelakar. orang yang ai tak suka pada mulanya akan jadik sahabat ai. haha. contoh, dulu, time interview di kampeni kubah biru, ada seorang perempuan putih datang beramasmesra dekat group interview ai. tanya dari mana, borak2 mesra. ai hanya pandang perempuan putih tu sambil lewa je & malas nak layan. sambil dalam hati terdetik, ishh, nyibok je la pompuan tu! orang dah la neves nak interview ni. tapi sekarang, perempuan tu jadi kawan sepengumpatan ai. =p perempuan putih itu adalah raja mariam. ark ark ark. gitular lebih kurang ceritanya.

sohabat ai ada merata. di selatan, timur, barat utara. mana tempat ai menetap, pasti akan ada melekat sohabat di situ. time di melaka lain sohabatnya, tercampak di PD mendapat sohabat lain pula, dok di perak bertambah lagi sohabat dan bila bekerja sohabats silih bertukar ganti. namun, walopun sohabat bertukar ganti, sahabat sejati tetap di hati. sohabat sejati, walopun jarang bersua muka, tapi tetap tanya dan amek tau kabar berita. sohabat sejati, walopun jarang halu- menghalu, tapi terkadang sms dihantar sebagai pengganti suara. ditambah pula dengan kecanggihan teknologi masa kini, walopun jauh beribu batu, ym, facebook dan blog menjadi tempat sohabat bersua senda, korek2 berita secara maya.

rindu sohabat semua. =)

aritu ai mesej salah seorang daripada sohabat yang ai ada. afzan. mengajak ke genting untuk berjimba. terlupa sebentar yang ai sudah beristeri. eh silap. terlupa sebentar yang ai sudah bersuami. main ajak-ajak sohabat tanpa meminta izin terlebih dahulu. nasib baik afzan bizi, kalo dia say yes tiba-tiba, tak ke naya. berdosa dah ai terhadap suami. buat keputusan tak minta izin.

tadi pula, bila membaca komen tazah di blog, sayu hati di hati, bergenang air mata di pagi jemahat. kenangan bersama datang menjelma. saat bergelak ketawa sambil bergosip manja, haha. saat berkaroke sambil sendu2 nangeh dalam gelap. *dalam hati ado pink. =p saat tumpang tido di rumah sambil pinjam baju singkat pegi kelas dan singgah mekdi budak laki sound singkatnya kain minah ni. *adess, malu! saat makan2 di as-salam sambil bercerita kan main la kuat gelaknya. *kakmas, akak gelak paling kuat tau. haishhh, kenangan, kenangan. yu buat ai rindu je taw.





Sabtu, 16 Oktober 2010

Teringat majlis kahwin


suwit je gambar ni kan? tu yg ai rasa la. celah mane yg suwit, tu rasie.. =p


haha. tajuk posting xde kene ngena pun dengan gambo di atas. cuma ai rindu pelamin nikah ai. tu je la nak bagi tau. tetibe miang gi tgok gambo nikah padahal bsok ada dua paper nak jawab. bole camtu?

ai suke la pelamin nikah ai. suka. suka. suka. =) even simple tapi suwit & somel je. ishhh, rindu la pelamin ni!

notalipscumel:
rindu juga nak jadi ain syazrin yg normal. boleh wat keje cepat, boleh terlari2, boleh makan ape saja, boleh makan mekdi, boleh makan ayam puas2, tak cepat penat. haishh, mase, sila gerak laju ye.

Khamis, 14 Oktober 2010

Mode: final exam!


apa pun jadi,
cuba!
jawab sebaik mungkin.

gud luck & sabar.

oh, 3 semesters to go!