Jumaat, 22 Oktober 2010

Sohabat.

dalam hidup ini, selain daripada makpak, adik bradik, sedara mara, dan chenta hati, Tuhan kurniakan kita juga sohabats agar kita tidak sunyi. *rindu sohabats la. sohabats ni lebey kurang adik bradik la juga. sharing sumenye. ada masa baik, ada masa gadohnya. tapi lepas gadoh pasti akan baik juga.*ni kes sohabat sejati la. kalo tak sejati, gado smpai mati takan baik2. sahabat dicincang takan putus ye. *suke2 ati je guna pepatah tu!

yang membezakan adik bradik dengan sohabat ialah tado pertalian darah. tu je. sohabat, kawan bersama di masa gembira, juga kawan yang sentiasa menyapot serta meminjamkan bahu dan telinga di kala berduka.

teori persahabatan ai sangat kelakar. orang yang ai tak suka pada mulanya akan jadik sahabat ai. haha. contoh, dulu, time interview di kampeni kubah biru, ada seorang perempuan putih datang beramasmesra dekat group interview ai. tanya dari mana, borak2 mesra. ai hanya pandang perempuan putih tu sambil lewa je & malas nak layan. sambil dalam hati terdetik, ishh, nyibok je la pompuan tu! orang dah la neves nak interview ni. tapi sekarang, perempuan tu jadi kawan sepengumpatan ai. =p perempuan putih itu adalah raja mariam. ark ark ark. gitular lebih kurang ceritanya.

sohabat ai ada merata. di selatan, timur, barat utara. mana tempat ai menetap, pasti akan ada melekat sohabat di situ. time di melaka lain sohabatnya, tercampak di PD mendapat sohabat lain pula, dok di perak bertambah lagi sohabat dan bila bekerja sohabats silih bertukar ganti. namun, walopun sohabat bertukar ganti, sahabat sejati tetap di hati. sohabat sejati, walopun jarang bersua muka, tapi tetap tanya dan amek tau kabar berita. sohabat sejati, walopun jarang halu- menghalu, tapi terkadang sms dihantar sebagai pengganti suara. ditambah pula dengan kecanggihan teknologi masa kini, walopun jauh beribu batu, ym, facebook dan blog menjadi tempat sohabat bersua senda, korek2 berita secara maya.

rindu sohabat semua. =)

aritu ai mesej salah seorang daripada sohabat yang ai ada. afzan. mengajak ke genting untuk berjimba. terlupa sebentar yang ai sudah beristeri. eh silap. terlupa sebentar yang ai sudah bersuami. main ajak-ajak sohabat tanpa meminta izin terlebih dahulu. nasib baik afzan bizi, kalo dia say yes tiba-tiba, tak ke naya. berdosa dah ai terhadap suami. buat keputusan tak minta izin.

tadi pula, bila membaca komen tazah di blog, sayu hati di hati, bergenang air mata di pagi jemahat. kenangan bersama datang menjelma. saat bergelak ketawa sambil bergosip manja, haha. saat berkaroke sambil sendu2 nangeh dalam gelap. *dalam hati ado pink. =p saat tumpang tido di rumah sambil pinjam baju singkat pegi kelas dan singgah mekdi budak laki sound singkatnya kain minah ni. *adess, malu! saat makan2 di as-salam sambil bercerita kan main la kuat gelaknya. *kakmas, akak gelak paling kuat tau. haishhh, kenangan, kenangan. yu buat ai rindu je taw.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan