Isnin, 25 Oktober 2010
Rezeki yang berkat
♥ Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Lakukan solat sunat.
♥ Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya REZKI YANG BERKAT dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak."
Zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat.
♥ Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.
♥ Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
♥ Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
♥ Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki (bersyukur). Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
♥ Amanah dalam pekerjaan dan setiap perbuatan. Ingat, setiap amanah yang diberikan haruslah dijaga sebaiknya. Terutama dalam pekerjaan, kerana ia akan menjadi pendapatan dan seterusnya darah daging.
♥ Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati:
"Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaMu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku"
=) sharing is caring ♥
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
suka sgt dengan posting ni...caring tol!
BalasPadamlafyu,
beby
Salam ziarah...terima kasih sharing info yg bagus, btw nice wedding suka tengok! pasangan secocok...
BalasPadambeb:
BalasPadammana yang baik dikongsi sesame. dpt pahala.
hanis:
wslm & hai hanis. tq ye ziarah. =)