Isnin, 3 Mac 2025

Salam Ramadan 1446H!

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan maya!

Harini hari kedua dah semua umat Islam berpuasa. Doa banyak-banyak puasa jatuh hari Ahad sebab macam tak ready je kalau puasa hari Sabtu. Rasa macam banyak benda tak setel sebab I baru habis event. Baju pun tak keluar dari luggage lagi. Haha!

Lepas tahu pengumuman puasa hari Ahad, Sabtu tu I balik Melaka. Dah lama tak balik. Last balik bulan November rasanya.

Bawa sesiap salmon ribs, buat asam pedas lunch tu untuk adik-adik, bagi sikit ke Maklong dan Makcik. Now kat office I, tengah hot orang jual salmon ribs ni. Tekak i lalu kalau masak asam pedas je.

Ziarah juga kubur Ibu dan Abah. Walaupun dah tahun keempat, sedih tu tetap sama. Payah nak describe.  Tetaplah menitik air mata time ziarah 'rumah' Ibu dan Abah.




Malamnya lak, beli kek sebiji sambut birthday adik-adik I. Amy (18/2), Wan (1/3) dan Ikin sambut in advace  walaupun birthday dia lambat lagi (7/3). Sekali jalan je lah semua.

Esoknya puasa, dah plan masak lauk berbuka, sekali adik lelaki hulur puyuh. Haha! Tahu dah tu, menu apa untuk berbuka. Memang kena masakkan la puyuh salai masak lemak.

Permintaan adik ketiga lak. Nak kuih koci tapi taknak ada santan kat luar. Moh kita! Masak sambil  borak dengan adik-adik sampai terlebih kukus kuihnya. Daun pun ghedut seribuuu. Alhamdulillah, sedap rasanya walaupun buat inti tengah berpuasa.

Adik kedua buat puding roti. Kita  bawa balik je la sebab time berbuka tu dah penuh makan macam-macam. 

Menu berbuka semalam ada tomyam, kangkung belacan, puyuh masak lemak, siakap tiga rasa, telur dadar. Tak sempat nak ambil gambar semua sebab ada drama kanak-kanak tak larat tak boleh tunggu dah waktu berbuka =p

Macam biasa, masak lebih, hulur juga buat Makcik dan Maklong.  Rezeki dikongsi bersama.

Tahu dah kena hadap ni bila balik ke Nilai lepas berbuka puasa. Takpalah kannn, bukan selalu merasa jammed gini. Demi nak sambut puasa dengan adik-adik, ku gagahkan juga la meredah lautan jammed.