Jumaat, 10 Januari 2025

Alhamdulillah, tamat sudah perang UPKK

Kenangan si abang time umur 5 tahun. First time join training bola sepak. Now, dah 11 tahun.


Salam semua,
Alhamdulillah, semalam, 9 Januari 2025, tamat sudah peperiksaan UPKK 2024. Habis dah azab si  abang yang tak senang duduk memikirkan examnya terutama paper Arab dan Sirah yang paling ditakuti.



Exam UPKK ni di sebelah petang. Sekolah pagi tetap kena  masuk macam biasa. Dulu time kakak, parents tak dibenarkan masuk sekolah tengok anak ambil exam. Musim-musim covid juga rasanya dulu.


Kawan share gambar si Abang time Day 1 exam. Sedang menunggu masak masuk dewan exam. Ommak kat office tak putus zikir, mengenangkan anak yang nak ambil exam. Lega tengok bila nampak gambar dia senyum kat sekolah. 


Day 1 juga ni. Muka ada sinyummmm lepas habis exam. Insha Allah, moga senyum sinar A la ya bang.


Ommak hanya boleh datang tengok last day. Itupun ambil cuti. Riang dia nampak ommak dari jauh.
Last day tu juga, dia nak join ommak puasa. 

Dah cakap ke dia, nak exam tak payah la puasa, sebab nak penat. Otak nak guna untuk berfikir tapi dia jawab, dia risau kertas Bahasa Arab. Ustaz cakap, doa orang berpuasa kan Allah makbulkan. 

Alahaii anak.

Alhamdulillah sampai Maghrib pun masih bertahan walaupun ada sikit dramanya.

Insha Allah, semoga semua anak-anak yang mengambil exam UPKK dikurniakan keputusan yang cemerlang. 
Dah berjuang, dah berusaha, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t. untuk menentukan segalanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan