Salam semua,
Hari ketiga dah tahun 2025. Kalau kat IG tu orang tulis page 3/365!
Haha.
Tahun baru masihih ni ada tempat yang sambut tahun baru, ada tempat yang tak.
Ada tempat juga yang buat solat hajat disebabkan, malam tahun baru masihi juga bersamaan dengan 1 Rejab 1446H.
Kami?
Takda plan apa pun sebenarnya tapi ajak suami pi tengok wayang cerita yang si abang nak tengok sangat-sangat iaitu Sonic 3. Puas dia pujuk sebab kawan-kawan semua dah tengok tapi kami tak layan sebab dia nak exam.
Petang tu juga lepas dinner, kami buat solat hajat sempena si Abang nak exam. Beriya pula dia menangis time doa tu. Dedinya perli, Abang buat solat hajat ke solat taubat yang beriya menangis! =p
Gitulah kita ni kan bang? Kalau mengadap Allah tu, semua yang kita pendam habis keluar. Tu yang sampai termenangis. Mami faham sangat keadaan tu.
Insha Allah, dimakbulkan segala apa yang abang minta dan mendapat kejayaan dalam exam UPKK nanti.
Insha Allah, dimakbulkan segala apa yang abang minta dan mendapat kejayaan dalam exam UPKK nanti.
Lepas Isyak, kami terus ke Mesa Mall sebab dah booking tiket wayang pukul 9.15malam. Cakap dengan anak-anak nak keluar jalan-jalan tapi saja suprise kan diorang, bawa tengok wayang sebenarnya. Suka tengok depa surprise dan happy.
Dalam 11.30 habis tengok wayang, cakap ke suami, jom la bawa anak-anak tengok bunga api. Pi tempat yang dedekat je. Takda plan pun, memang auto je terfikir nak tengok bunga api. Dah memang selalu malam tahun baru kan orang bakar bunga api.
Ramai rupanya orang kat sini. Haha. Parking tak usah cerita la berpusing-pusing mencarinya. Yang si adik tak boleh tahan mata dah. Berzikir ajak balik sebab nak tidur.
Nasiblah kerusi camping tu memang ada je standby dalam kereta, moh la kita memeriahkan suasana. Orang lain berpiknik bagai, kami, datang memang nak tengok bunga api je sambil menahan mata.
Nasiblah kerusi camping tu memang ada je standby dalam kereta, moh la kita memeriahkan suasana. Orang lain berpiknik bagai, kami, datang memang nak tengok bunga api je sambil menahan mata.
Alhamdulillah 2024, Bismillah 2025!
12.03 minit baru bunga api kat sini dibakar. Ingatkan takda sebab tempat lain dah dumdamdumdam dah. Lambat kot jam besar kat belakang tu.
12.03 minit baru bunga api kat sini dibakar. Ingatkan takda sebab tempat lain dah dumdamdumdam dah. Lambat kot jam besar kat belakang tu.
Mak pak je lah yang riang gumbira tengok bunga api.
Insha Allah, moga yang baik-baik saja untuk kita semua di tahun 2025!
Insha Allah, moga yang baik-baik saja untuk kita semua di tahun 2025!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan