Semalam cuti umum, Israk Mikraj. Oleh kerana tak semua negeri ambil cuti ni, kami decide nak masuk KL beriadah. Haha. Dah jemu daki bukit area rumah ni. So moh kita ke Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur.
Ambil masa 30 minit je nak sampai sini. Gerak dari Nilai dalam 6.45, berhenti sekejap di Shell beli roti buat bekalan, pukul 7.30pagi kami sampai dah. Our first time ke sini. Risau juga kalau takda orang kan. Tapi tengok di tempat parking dah ada kereta dua tiga biji.
Let's go!
Walaupun macam-macam drama si adik buat sebab dia tak suka aktiviti macam ni, tapi tetaplah kena join sampai habis. Ada part yang dia taknak jalan, abang volunteer dokong.
Starting point tu ada trek cantik bertangga gini.
Ingatkan takda orang sebab orang KL kan kerja. Tapi ramai je ya. Mostly veteran Chinese. Mereka ni memang rajin mendaki. Pi bukit mana pun, selalu orang tua-tua Cina ni memang rajin mendaki. Tempat fisioterapi mereka.
Sempadan Kuala Lumpur - Petaling Jaya. Kena tengok betul-betul tanda arah sebab ada jalan menuju ke Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Best friend dua orang ni sebab kalau tak nak jalan dia suruh abang dia dokong. Haha. Clever adik! Abang pun melayan je.
Kami jumpa bukit ni di Tiktok. Menarik tempat ni tapi kami pun tak dapat explore lama sebab macam biasa si adik berzikir je nak balik cepat.
Eh..eh..ada orang sebut nama kita laaaa......patut la macam rasa nak tersedak..hahaha...akak pun x pernah sampai sini korang dah sampai erk..apa kata buat sessi bertemu blogger kat sini...Ain guide...ajak la Mummy Ayu ke...Ammi ke..sesapa la nak join...ok x?
BalasPadamaktiviti yg sgt bagus..best!!!
BalasPadamHaha. Memang auto ingat akak tengok tol sg. besi tu. Sesi bertemu blogger tu, first timer saya ni kak. Apa kata akak host, saya join. Boleh lah newbie ni kenal2 yang lain.
BalasPadam