Haha, tajuk kemain! Perkataan english tukar ke BM, gitulah jadinya. Terasa formal bethoool padahal nak tulis Recap/Throwback program bulan Disember 2024 je.
Banyak cerita tapi malas nak taip satu, satu so kita boh sekali je untuk segmen imbas semula.
Ada minggu dalam bulan Disember tu kami pi breakfast jauh sikit dari Pejabat ke tempat fav I di D'Pangkin Kitchen and Garden, Nilai. I suka sarapan kat sini sebab ada makanan fav I iaitu Lontong Darat. Haishh sedapnya. Selain tu, tempat ni banyak pokok-pokok, tenang je mata sambil bersarapan.
Kena pergi berdua je la sebab anak-anak tak suka ke sini sebab takda roti canai. I kalau tak pergi dengan husband, akan pergi dengan jiran dan kawan-kawan je la. Haishh sedapnyaaa lontong darattt!
Rutin briskwalk bila ada masa. Selalu akan cuba buat 3-5km setiap minggu. Malas pun kadang, tetap seret kaki juga sebab fikir, pentingnya jaga kesihatan. Kita ni tak sihat, kesian nanti suami dan anak-anak, siapa nak jaga makan minum diorang. I fikir itu je. Walaupun I ni mak kauuu hijau je sentiasa haha, tapi keluarga tetap my first priority. Sayanggg angat angat!
Lepak minum petang dengan Geng office lama. Susah betul nak berjumpa sebab kekangan tugas masing-masing. Ni pun Kak Muna takda tapi tetap on juga jumpa. Thanks, Melen belanja!
Sambut birthday Emak mertua. I beli kek dan buahan, kak ipar beli sate, then kami celebrate. Sambutannya malam, so tak boleh makanan berat-berat. I tumpang happy tengok mak dan pak mertua I masih sihat. Tempat I menumpang kasih ni walaupun tak sama macam makpak sendiri.
Simple breakfast on weekend kalau tak keluar. Biasanya on weekend, kalau tak sarapan kedai, kami akan lunch di kedai, takpun dinner. Kena makan di luar demi kesejahteraan emosi dan bagi I rehat masak. Haha.
Morning view kalau I berhenti di traffic light berdekatan masjid time hantar anak ke sekolah. I suka tengok view ni. Tenang je rasa.
Banyak bertukar jabatan kan, so banyak la kumpulan kawan. Rutin tahunan kena keluar makan dengan depa ni. Ex officemate lama juga ni. Thanks, Puan Aina (baju purple) belanja kami semua! Penat dia menabung setahun demi nak belanja kami ;)
Office mate terkini. Ni paginya sebelum I keluar lunch tengahari tu dengan officemate lama. Tu sebab baju sama. Kami bergambar dengan Hajarul (baju hitam pink). Minggu-minggu akhir dia di pejabat sebab dia dapat offer jawatan tetap di tempat lain.
Thanks, Hajarul untuk semuanya sepanjang akak di SDEC! Dia ni la tempat rujukan I bila join jabatan baru. Terasa kehilangan sebab dia sangat informative dan hebat mengajar I.
Kakak tertinggal van. Punca tertinggal sebab leka main handphone ya. Mana mak kau tak hijauuuuu. Haishh geram, tapi tetap jugalah balik ke rumah dan hantar dia pi sekolah.
Reezqy ada bola lepas tu dapat anugerah apa tah. Dah bulan dua ni kan, I tak ingat anugerah apa. I tak follow pun. Malehhh haku nak berpanas mengunggu.
Ibu jari Reezqy bengkak, macam cagu tu. Eh, cagu kat kaki kan? Ke jari tangan pun boleh cagu? Dia siap cucuk dengan jarum ya, katanya nak keluarkan air bengkak tu tapi bila dah cucuk takda pun airnya.
Tunjuk kat Mama jari dia yang bengkak, Mama suruh pupuk inai bagi cepat kecut. Gigihlah ommak ni pi minta daun inai jiran dan tumbuk. Alhamdulillah, lepas pakai inai tu semalam, esoknya kecut sikit bengkak ibu jari.
Pengalaman melawat wad ICU. Hanya seorang pelawat je dibenarkan untuk melawat pada satu masa ya. I punya nervous sampai ke hujung ward I berjalan mencari katil cousin. Nasib la ada nurse nampak, dia yang tunjukkan katil.
Sangat menginsafkan masuk ke wad ICU ni. Macam-macam keadaan orang ada. Bila tengok keadaan cousin I, I hanya mampu usap2 tangan dia sambil berdoa dalam hati. Lepas tu bisik kat telinga dia cakap I datang, minta dia kuat untuk lawan semuanya. Air mata dia keluar tau time tu maknanya dia dengar la kan?
Update terkini: Lepas 5 hari ditidurkan, Alhamdulillah berkat doa semua orang dan solat hajat, keadaan jantung cousin I kembali ok dan dia dah sedar dan kembali sihat.
Shell out time with the The Imans. Menu fav depa ni selain stemboat. So, once in a blue moon, moh la kita!
Jamuan akhir tahun sekolah di bulan Disember. Semua tempat yang I selalu order dah penuh, haha, so terpaksa la Ommak menunjukkan skill masaknya. Buat dessert je sambil dibantu oleh The Imans.
Kadang time I rajin, I masak dan bawa ke office makan dengan office mate. Ni time kerajinan datang la ni dan teringin nak makan asam pedas ayam dan sambal goreng. Bila masak pagi ni dapatlah hantar lauk pada Mak mertua juga so Mak tak payah masak lunch dah.
Sekian sahaja, imbasan semula saya untuk bulan Disember 2024 =)
Tata for now!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan