Jumaat, 7 Februari 2025

Jom kembali ke sekolah!



Salam semua,

Haha, dua remaja purba, 80's baby dalam uniform sekolah! Best je rasa selepas 25 tahun (minus gambar pre-wedding pakai baju sekolah half day), dapat menyarungkan semula baju sekolah semula. 




Bergambar kat luar rumah lak. Nasib la pergi office lambat hari ini sebab ada program. Kepada jiran-jiran abaikan je la budak sekolah tua tu ya. Haha.

Tujuan utama pakai baju sekolah sebenarnya untuk ke sini. Pihak office menyantuni staf yang kurang berkemampuan untuk membeli peralatan ke sekolah dengan kerjasama AEON Cawangan Nilai dan Hong Leong Takaful.

Moga bantuan yang tak seberapa ini dapatlah menggembirakan anak-anak mereka dan meringankan beban yang ada, Insha Allah.

Time program-program gini je la dapat berjumpa staf lain. Hai, Kak Muna dan Lija, ex-officemate lama!

Kami, wakil Kesatuan Staf Pelaksana. Dress code program ini, pakaian sekolah atau batik. 

Organizer pada hari itu, Team SCIROSH. Thank you jemput kami bekerjasama.


Dengan Kakak Ketua Pengawas, MC of the day.


Staf lain yang turut sama membantu menjayakan program semalam. Tahniah semua!


Dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan meringankan kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat."

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan