Khamis, 26 Disember 2024

USR @ Bukit Batu Putih, Port Dickson

 Salam semua,

Last week, I join team Infra di office I buat Universiti Social Responsibility (USR) di Bukit Batu Putih (BBP), Port Dickson. Asik dok office je kan sampai kulit kering sejuk dek aircond, moh la kita ambil udara segar, ambil vitamin-sea dan melihat keindahan alam.




Lama dah tak pi PD, walaupun ia terletak dalam Negeri Sembilan je. BBP pula lama dah tak naik sebab busy menyelamatkan dunia. =p


Minta izin kat AJK program bawa kakak sama sebab sekolah dia buat cuti giliran untuk pelajar SPM. Dulu, kenit je kakak naik BBP ni. Now, dah besar panjang.

Tujuan program ni diadakan ialah untuk mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, sambil mengutip sampah yang ada di sepanjang perjalanan. Semua staf dibekalkan dengan plastik sampah dan sarung tangan.


Nasib bawa kakak, dia la yang tolong kutipkan. Haha.

Now, BBP dah ada pelantar ni. Hikers akan jumpa ni sebelum sampai ke puncak.

Cantik view kat sini.


Since I kan baru join jabatan ni, I ajak juga Hajar, staf admin kat situ join. Dia pun dalam minggu-minggu akhir kat situ sebab dapat offer jawatan tetap kat tempat lain, moh la kita sama-sama beriadah.


Jalan menujuk puncak ni agak mencabar sikit. Kena daki batu-batu. Pose tetap pose walaupun jalan di hadapan penuh cabaran.

Antara yang berjaya sampai di puncak. Program ni dibuat time hari bekerja so takda lah ramai sangat kat atas ni. 


Acik menunggu sampah yang dikutip oleh anaknya. Haha. 
Seronok I ada staf snap gambo macam-macam gaya. Lama dah tak rasa happy gini sebab suami I jenis malas nak ambil gambo isterinya.


Kami berhenti lunch di tepi pantai sebelum turun semula. Sambil-sambil tu juga kutip sampai area tepi pantai ni.

Ni first time I sampai area pantai ni. Bila pergi dengan husband, kami ambil jalan shortcut je sebab malas nak layan 'drama swasta' anak yang penat.


Happy tummy, happy me!


Sebelum pulang moh bergambar kenangan.


Throwback tahun 2020. Time Covid tapi dah boleh beriadah. 


Bye bye BBP. 


2 ulasan:

  1. Akak ni x sampai- sampai lagi sini..dulu setengah jalan je sebab tetiba kena gastrik..patah balik...ni memang kena naik sini ni....tunggu Dania cuti la

    BalasPadam
  2. sronok dpt join aktivity camni..bole kuar dr opis tgk view luar

    BalasPadam