Jumaat, 13 Disember 2024

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPKK

Salam, 
Semalam rasa produktif sangat sebab ada macam-macam program. Haha! Siap turun sekilo berat ya sebab ke sana sini.


 

Penutup segala program semalam adalah hadir ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di sekolah Abang sempena UPKK. Dah la bos nak buat meeting 4.30 petang. Dengan baju tak ready apa untuk ke sekolah si Abang, kita doa je la agar meeting tak banyak hal dan habis cepat. Dah tua-tua ni tak payah stress, just follow the flow. Kita rancang, Allah pun rancang, rancangan Allah adalah yang terbaik.


Alhamdulillah, almost 7ppm, berjaya juga sampai ke sekolah. Hangkut semua untuk support Abang yang akan menduduki peperiksaan UPKK bermula 6 Januari 2025. Dapat join solat Maghrib berjemaah, baca yasin, dengar ceramah motivasi, solat isyak dan solat hajat.


Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan Abang dan kawan-kawan yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk menjawab soalan, diberi kefahaman untuk semua yang ilmu Ustaz dan Ustazah telah ajarkan dan beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Tahun ni untuk ujian UPKK, kertas Adab ada format baru, so jumlah mata pelajaran yang akan dinilai adalah 9A.

I selalu cakap kat Abang.
Abang, UPKKKKKKK???
Dia akan jawab: 9A mami.
Haha. Saja suka mengusik dia.



Terjumpa pula mantan big bos besar  di majlis ini sebab dia pun hadir juga sebab cucu sulungnya sebaya si Abang. I pun kenal anak big bos ni. Kenal anak dia dari zaman anak dia sekolah lagi, now dah beranak-pinak.


My heroes =)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan