Selasa, 5 November 2024

Warung Bambam, Seremban

Salam,

Cuti Deepavali haritu ajak suami balik kampung sebab cuti jatuh pada hari biasa. Senang la nak kidnap orang busy tu bawa balik kampung. 

Ajak semua gerak balik kampung lepas Subuh sebab nak singgah tempat favourite sarapan kat Seremban.   


Moh kitaaaaa, cargas!!!!

Trafik pun lancar ja sebab petang rabu orang dah berpusu-pusu balik kampung.  View jalan pun indah sebab matahari sedang nak terbit.


Suka keluar awal, sampai awal, tak payah bersesak-sesak.  Hello Warung Bambam, long time no see! Kalau balik Melaka memang suka singgah sarapan kat sini, atau Kafe Kampung Kaw yang kat PD. Dah alang-alang SE-jalan kannn.

Banyak pilihan kuih-muih Melayu kat sini. Ni pun salah satu sebab suka datang sarapan kat sini.

Kupi-kupi ni kena bayar terus bila air dah sampai. Chocolate Ice for Abang, RM10.00


Favourite anak-anak, Sangkaya. Sedap makan berebut-rebut time panas. Order dua set.

I order set nasi lemak bambam. Ada rendang dan sambal sotong dalam set tu. Husband lak order mee kari ayam. Ada ambil gambar tapi tak tahu mana perginya tah.



Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan balik Melaka. Santai-santai ajelah sebab takda apa nak kejar.





 

Isnin, 4 November 2024

Briskwalk sempena Bulan Kesihatan Mental

Salam semua,

Dah bulan November dan tinggal sebulan lagi 2024 akan berakhir. Semalam kat IG, lalu satu posting tu, dia tanya, tinggal 4 bulan lagi nak puasa, dah kurus ke belum tu? Haha.

Terasa kita!

Takpalah  tak kurus, janji sihat sudah kan?

Last week I ada join program briskwalk sempena Bulan Kesihatan Mental. Kita support la program company ni. Lagipun, I mewakili salah satu kelab yang ada dalam company. 

Sesekali kita bersosial di waktu kerja ;)
 


with rakan kerja dan mantan jabatan sekarang.


borak sambil berjalan. haha. ini bukan briskwalk ya, briskwalk tu berjalan laju.




Riang dan gumbira berjalan bersama rakan-rakan.


Rakan-rakan lagi.



Program mula pukul 8 dan tamat pukul 9.30. Jadilah dapat healing sekejap sambil bersosial.