Salam Jumaat barakah buat teman-teman yang menyinggah ke sini.
Alhamdulillah, 2-3 hari ni hujan, sejuk bumi Nilai.
I batuk almost 2 minggu dah. Rasanya la sebab seingat i, start batuk 30 Oktober haritu. Demam takda. Check covid influenza semua negatif. Badan pun takda la sakit-sakit or ada rasa tak sihat.
Risau juga kot ada sakit lain, petang selasa tu, pergi la jumpa doktor. Macam-macam doktor tanya, antaranya soalan dalam gambar tu la sebab dia kata, kalau TIBI, selera makan semua hilang. I takda simptom tu. Dia suruh buat X-Ray tapi I tak buat (malas nak bukan rantai tudung semua =p ), so dia bagi ubat dulu dan minta stop segala madu, lemon dan mak nenek air rebusan yang I minum. Kita ikut je la cakap doktor tu. Insha Allah, dengan izin Allah lepas makan ubat doktor nanti ok la I ni.
13 November pagi, elok je sampai office, adik kedua call. Dia maklumkan yang kakak sulung arwah Abah dah meninggal dunia.
Termenung sekejap lepas dapat berita. Terkejut sebab takda pula update dalam group yang Mak (kami panggil mak) tak sihat, tak tahu nak react apa. Wasap husband je la maklum ke dia. Tunggu info kebumi sama ada kat Selayang atau Mantin. Kalau kebumi di Mantin, sempat la ziarah.
Lagipun, I ada meeting pagi tu, kalau nak ziarah pun mungkin lepas zuhur, tunggu anak balik sekolah, gerak sekali.
Hilang lagi seorang ahli keluarga. Dijemput pulang ke negeri abadi. Berehat la ya mak. Insha Allah ada rezeki kita sekeluarga berkumpul di 'sana' nanti.
Jumpat mak last raya. Kami adik-beradik datang ziarah. Mak yang tudung biru tu. Adik-beradik arwah abah ni suka melawak semuanya. Kalau berjumpa diorang, tak kering gusi, ada aja lawaknya. Kami akan rindu gurau senda mak.
Kami terus ke kubur je sebab lepas zuhur akan dikebumikan. Alhamdulillah, dari urusan keluar hospital, urusan mandi dan kebumi, semuanya mudah. Lepas dikebumi, turun hujan renyai.
Oleh kerana hujan, tumpang la berteduh kat van jenazah ni 😅 sebab khemah dah penuh orang. Yang dua ketul ni seronok pula diorang kat situ, semua tempat dia nak explore.
Hasil dapatan tak reti duduk diam dalam van jenazah, esoknya si adik demam.
Lepas selesai kebumi, kami ke rumah arwah Nenek. Tumpang zuhur dan rehat kat situ. Alhamdulillah, adik-adik I semua ada datang ziarah.
with adik perempuan dan sepupu.
Esoknya, kenalah Ommak cuti untuk jaga orang domam. Tak tahulah demam sebab kena hujan rintik-rintik atau kena 'tegur' sebab main dekat van jenazah.