Rabu, 25 Oktober 2023

Kejohanan Bola Tampar

Salam semua,

Last week I and team join Kejohanan Bola Tampar Wanita Terbuka (Amatur) di Senawang. Since kami ada misi nak grab peluang ke Sabah next year, so this year dah kena start aktif dan kumpul dana.

As permulaan, moh  la kita start warm up dan join tournament untuk polish skill yang dah berkarat (read: lama tak aktif bola tampar). Dah plan halatuju team kami, mana nak cari dana, apa nak kena buat semua, so doakanlah kami berjaya ya.  

Seminggu ja kami ada untuk training. Siap berebut dengan student court untuk training. Siapa cepat, dia dapat ya dikkkkk! =p

Dah lama tak digging bola, siap lebam bagai semua lengan. Ada teammate yang siap demam urat. Badan terkejut kot lama nau rehat.

Team student pun join tournament yang sama, so memang banyak training dengan diorang je lah. Acik-acik vs Adik-adik. Memang beza banyak stamina kami dengan depa. Depa lajuuu, kami kenderaan berat.

Kebetulan ada cafe baru buka dekat dengan tempat training, memang kena paw ajelah dengan kekanak bila habis training. Semangat semua nak ikut Mami training sebab lepas training boleh order air dan waffle.

Maka, tibalah hari pertandingan. Dah tua-tua ni kurang debar dah macam muda-muda dulu. Dulu, siap tak boleh tidur ya mikirkan game. Siap ada rama-rama terbang dalam perut.

My team, gabungan staf lama dan baru. Terima kasih semua free kan diri untuk turun training dan join game. Bila dah berkeluarga ni, faham-faham jelah. Banyak komitmen. Nak ambil anak sekolah lah, nak balik masak lah, so nak cari orang untuk join game ni payah.


Bergambor lepas habis game. Di peringkat kumpulan kami menang satu je dari 4 game, so kalah di peringkat kumpulan.

Menang kalah tu belakang kira, yang penting nak dapatkan teamwork dan mood game tu semula. Almaklumlah dah lama tinggal.

Bergambor dengan adik-adik terus acik-acik auto feeling muda. Haha. Thank you korang sebab bagi kami join training. Diorang kalah di peringkat suku akhir.
 

Khamis, 19 Oktober 2023

Hello Genting Highland!


Salam,

Posting tertunda program awal Oktober haritu. Minggu yang busy tapi menyeronokkan. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat seronok ;)

Walau pun tahu pagi esokknya nak naik Genting sebab game bola si Abang, tapi tetap join program petang iaitu Game Bowling dengan rakan Setiausaha dan malam pula bertugas untuk Minggu Taaruf Pelajar Baharu. Malam dah balik lewat, esoknya pagi-pagi buta kena gerak ke Genting Highland.

Hello GH! Lama tak naik sini. Last rasanya tahun 2012, time pregnantkan si Abang.
Kami gerak pukul 5 pagi. Sampai atas cari masjid untuk Subuh. Banyak dah berubah ya GH. Makin banyak juga bangunan tinggi-tinggi tumbuh bagai cendawan.

Si Abang boleh dia tanya, Mami tahu tak kenapa bangunan tinggi-tinggi banyak?
Jawab dia, sebab kiamat makin dekat.
Allahu akhbar anak oiii.

Sambil menyelam sambil minum air ikut si Abang. Ingat saja-saja ikut! Dah settle semua urusan si Abang di Footlballhub Sky Arena, terus minta izin Azreen nak naik cable car.

Parking kereta kat Genting Premium Outlet, then terus ke tempat naik cable car beli tiket. Harga tiket RM18 utk pergi balik. Dewasa atau kanak-kanak, sama je harganya.

Kami sampai awal, orang pun tak ramai lagi. Rasanya macam naik sama-sama dengan orang yang kerja di GH atas nun. Time balik, tengok beratur dah orang naik cable car.

Indoor games pun tak buka lagi time ni. So jalan-jalan sambil ambil gambor je lah. 

Adik terpaling happy sebab haritu dia dapat  YES DAY. Siapa yang pernah tengok movie Yes Day, tahulah apa benda yes day tu. Terpaling ambil gambar ni. Setiap tempat dia ambil gambar guna handphone dia. Nak post kat mana pun tak tahulah sebab bukan ada medsos punn =p



Tengah hari tu Azreen call suruh turun. Dia maklum game dah habis. Ingat nak suruh depa naik atas ni kami tunggu tapi Azreen kata dia tak larat lak. Siap I kena drive balik  sebab dia mmg tak larat sangat. Sakit kepala dok berjemur tengok game Reezqy. 

Ingatkan game bola kat Genting sejuk. Soccer moms siap bawa jaket bagai, tapi nan hadoooo nya. Panas berdenting juga.

Lepas settlekan Reezqy, lunch sesiap di Genting, then I drive balik. Azreen lepas telan panadol, dia tidur je dalam kereta. Sempatlah sampai dan zuhur di rumah ja. 

Kena naik juga Genting ni sekali lagi nanti sebab si Abang tuntut nak naik cable car juga bila dia tengok gambar-gambar dalam handphone I.

Insha Allah Abang, nantiiiiii ya, nantiiiiii kita pergi ;)




 

Jumaat, 13 Oktober 2023

Hari Dialog Prestasi anak

Salam semua,

End of September haritu ada Hari Dialog Prestasi sekolah anak. Ada dua sesi, sekolah pagi dan sekolah agama. Bahagi dua la dengan Azreen. Dia pi yang sekolah pagi, I pi sesi sekolah agama.

Jumpa Ustaz si Abang, I bising kat Ustaz, dia bersukan aja, drop markah semua subjek.  Tapi Ustaz kesayangan dia back uppp yaa. Ustaz kata, walaupun si Abang bersukan, banyak subjek dia dapat A.  Baiklah Ustaz!!!

Pi kelas si Adik, tersipu-sipu dia Mami datang. Kawan-kawan dia pun siap menegur, Mami Iman, mami Iman. Kelas darjah satu, gitulah. Ramah semua.

Time pergi sekolah ni,  ada beberapa parent yang panggil I  Cikgu. Siap tanya kelas kat mana semua.
Haha. Saya pun parent juga laaaaa.


Selesai urusan di sekolah singgah Giant beli barang. Nak balik tu, time keluar dari parking dengar bunyi-bunyi kat tayar.  Datang pula sebuah kereta pancung kereta I suruh stop tepi. Ghisauuu jadinya, sebab dengan anak-anak, Azreen takda.  Rupanya, mamat tu nak bagi tahu tayar kereta bocor.

Kena la Azreen datang rescue. Nak harap I tukar tayar spare memang nan hado la. Terus hangkut semua ke bengkel kereta terdekat.

Suka gambar ni. Time tunggu kereta siap di bengkel. True color masing-masing. Yang bapak fikir berapa la nak kena bayar. Yang Kakak, ajak balik rumah naik Grab Car. Yang Adik dok bising kerja sekolah dia belum siap. Yang Abang nak balik main bola. Ommak? Tak nak masak petang ni sebab penat menunggu!

Merasalah susah senang bersama menunggu kereta di bengkel petang tu ;)


Rabu, 11 Oktober 2023

Sayonara September!

Salam semua,

Alhamdulillah, habis dah bulan September dengan pelbagai momen, ada yang indah ada yang tak haha, untuk dikenang. Mood menulis tu ada, tapi biasalah, busy dengan itu ini, terus terpadam gitu ja, so sementara ada ni, moh kita tulis wrap up untuk September.
Early September, Azreen join Sukan Badan Berkanun di Perlis. Hmmm, murung semua manja Dedi. Bertambah murung kena hadap kelas tentera Mami seminggu =p Asiklah tanya bila Dedi nak balik, lagi-lagi si Adik.

Welcome The Imans! Silalah urus diri sendiri semua kalau tak nak dengar mak ko memetir. Alhamdulillah all went well  walaupun pun malam pertama tu I susah nak tidur sebab geng lepak petang (jiran) bercerita pasal hantu. Coi betul, time Azreen takda lah kau nak cerita!


Bila Azreen takda, secara automatiknya, tugas hantar Si Abang pergi training bola jatuh ke Ommak ea. So, dengan Ommak, kau nak pi training, sila siapkan barang sendiri dan masukkan terus dalam kereta. Takda barang bola, takda training! Gitu je ya dengan Ommak. 

Kawan I siap cakap, Ain mencemar duli turun ke padang. Haha. Memang pun, ada masa tertentu je I datang. 

Sempat la pi mengeteh dan lepak di kedai pastries time sesi training si Abang. Nak suruh Ommak hadap je dia training memang tak la. Menguap 80 kali kang.
Ada sekali dalam bulan September haritu, time sarapan, Akak cleaner offer lauk dia. Haha. I kan pantang tolak. Lagi-lagi nampak lauk ikan lawan dengan jantung pisang tu, terkenang terus arwah Ibu dan Abah yang suka makan lauk-lauk gitu. Jantung pisang kalau kat kampung memang bersepah. Kat bandar ni, kena pi pasar tani la baru jumpa. Sedap betul makan walaupun nasi secoet jaaa.
Rutin kerja nowdays hmmmmmmmmm. Nampak panjangnya hmmm tu. Haha. Sajelah ngajak geng KOKO lunch. Haha. Free lak dedua, terus zasss. Celebrate sekali besday Kokin. 

Sempatlah meluah apa yang patut. Gitulah kerja, makin tinggi jawatan makin macam-macam dugaan mendatang. Kita hadap je lah. I selaku fikir gini je, ada sebab Allah hadirkan orang yang macam-macam perangai ni. Sama ada Allah sedang uji dia, atau Allah sedang uji kita juga.

       
Join Gotong-royang Madani sekolah anak-anak. Sampai tak pergi tuisyen si Abang sebab dah seronok jumpa kawan-kawan sambil cat sekolah.
Join game Bowling anjuran Kejiranan. Pun, Azreen takda time ni. Ikut hati malas nak pergi sebab kena drive malam kan, tapi sebab dah bayar semua dan beli hadiah, gagahkan lah hati juga pergi.

Semua family yang join perlu sediakan hamper minima harga RM30, so kalah ke menang ke, semua dapat hamper. Senang gitu. Fair and square! Alhamdulillah dari 11 family yang join, kami dapat tempat ke-5. Punca tak menang ialah Reezqy. Dia gantikan Azreen. Ommak nak golekkan bola langsung dia tak bagi. Masalahnya, semua yang dia golekkan masuk longkang. Macam mana nak menangnya  banggggg!

Hantar gambar ni kat Azreen yang jauh di perantauan. 
Si Adik baru bangun tidur. Dia sempat tidur seround sambil nunggu kami semua habis games. 

Gambar Gotong-royong Madani dah turun ke bawah. Si Adik dan kawan-kawan abannya. Merekalah yang selalu jaga Adik time petang balik sekolah.


My one and only brother. Little Brother! Dia datang bawa beg kuning. Siapa ada Tiktok, mesti faham beg kuning tu apa.

Alhamdulillah selesai Perbicaraan Pembahagian Harta Pusaka.

Urusan Faraid buat di Bangunan tempat kerja arwah Abah. Menggamit memori sangat. Dulu kalau pergi office Abah mesti kena kejar dengan sami Cina suruh ambil kad sembahyang dia. I siap cakap, saya melayuuuuu, bukan Cina. Haha.

Bulan September juga, Ommak mencemar duli ikut Game bola si Abang. Nak ikut ni kita kena pilih tempat yang best je. This time buat kat Kampung Baru, kena la ikut sebab nak food hunting.

Alhamdulillah, team Reezqy juara keseluruhan. Sebelum nak balik Soccer Mom ajak Ommak Reezqy bergambar.

Team 8-5pm di pejabat.  Kami berbengkel di luar dan jadi pelapor.

Bincang hala tuju jabatan. Alhamdulillah, dapat team yang ok. Sikit weng sana sini tu biasa, tapi kerja sentiasa jalan.

Hujung bulan September, terpaksa rela join progam Jabatan. Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Haha. I keluar dari comfort zone ni, conteng-conteng muka jadi soljaa.

Kawan siap datang cari nak bergambar sebab conteng muka.

Alhamdulillah, dapat Anugerah Persembahan meletop. Ada la peningkatan daripada tahun lepas. Walaupun rehearsal tak pernah cukup korum dek busy dengan tuntutan kerja, dapat juga menang satu anguerah.


Dan macam biasa, jadi modal kena bahan dengan laki sendiri.


Sempat juga kami berbincang tentang halatuju pasukan bola tampar sebelum September berakhir. Insha Allah, doakan ya misi dan visi kami untuk tahun 2024 nak ke Sabah tercapai. Aminnn.

September di akhirI dengan rutin biasa bersama 3 ketul ni. Dah makin membesar semua, makin mudah nak handle tapi bercekau bertekak tu tetap ada ya. Tak seiring dengan pembesarannya.

Alhamdulillah, terima kasih September!