Selasa, 25 Januari 2022

Ke Port Dickson bersama jiran-jiran

Salam semua,

End of December haritu, telah ke Port Dickson bersama jiran-jiran. Program ni telah dirancang pada awal tahun, siap buat duit collection, pembahagian AJK bagai dan siap ada yang tak suka kita, serta macam-macam hal lagi la. Biasalah, nak buat benda baik, memang banyak halangannya. Kita layan ajalah!

As AJK Sukaneka, memang minta gerak awal sebab nak pi setting barang sukaneka.  Venue program di Green Towns Hotel dan Resort, PD. Sebelum acara bermula, singgah dulu ke tempat favorite I, Kafe Kampung Kaw untuk menikmati latte tenom dan nasi lemak kambing yummyyy. Happy me with happy tummy! Dah kenyang perut barulah semangat nak bersukaneka.

Setting tempat sukaneka! Thank you suami. Yang dilantik I, so kita sub je la ke suami. Macam biasa, I rangka semua, pilih acara, then submit ke suami, dia tambah mana yang kurang, dia beli barang dan dia laksanakan. Pihak hotel siap tanya hire siapa? Haha. Mana ada, kami-kami juga arrange sendiri. Suami I kalau bab sukan, semangat dia memang lain machiammm sikit.

Acara start dalam jam 10, then jam 12 lebih tamat dengan siap kemas. Ada 3 acara kanak-kanak dan 4 acara dewasa. Saja suka-suka dengan jiran-jiran. Nasib la semua sporting, suruh pakai baju ikut warna, ikut aja semua.  Suruh tampung tepung, pun buat. Baguihhhh. Habis je sukaneka, semua pi terjun laut, while tunggu masa untuk check-in.


Lepas check-in dan makan tengahari, anak-anak sambung mandi kolam. Then petang, sambung lagi mandi laut. Memang saja je free kan petang tu untuk aktiviti kanak-kanak mandi-manda. Omak-omak nak set-up baju dan tempat BBQ.

Malamnya kami ada BBQ. Sambil berBBQ, sambil bertukar hadiah. Setiap rumah wajib menyediakan hadir untuk bertukar-tukar. Ada juga buat simple games dan quiz  sebab ada yang murah hati sponsor hadiah.

Omak-omak setting tempat BBQ, bapak-bapak tukang bakar. Food ada yang order, ada yang memang dah perap dari rumah. 

Esok paginya, kami dah janji untuk terus pakai baju kelawar dan pakai topi untuk bergambar di tepi pantai. Banyak ambil gambar kat sini, tapi cukuplah tepek satu sahaja di sini sebagai kenangan.

Anak-anak tetaplah meneruskan misi mandi kolam mereka. Sejam sebelum check-out, panggil naik mandi dan ready untuk keluar.

Sebelum balik, singgah area pantai yang macam terlindung kat area situ. Suami kata, next time datang PD, kita try mandi area sini pula.

My anak dara yang suka nau posing tak pandang camera sekarang ni. Trend kot agaknyaa.

Bergamabar sekeluarga sebelum pi makan tengahari dan balik ke rumah.



Pengantin lama, yang masih suka bergambar berdua. Haha.

Alhamdulilllah, misi hari keluarga kejiranan berjaya dilaksanakan. Next year, akan tetap teruskan porgram sebegini sekiranya diizikan keadaan.

Till then semua! Wassalam.



1 ulasan: