Khamis, 20 Januari 2022

Food Viral: Raindrop cake

Salam semua,

Memang ada perasan lalu-lalang di IG, orang post tentang kuih  Raindrop atau nama Melayunya Titisan Hujan. Ia viral di Ipoh. Beratur panjang orang pergi membelinya.


Dan kebetulan ada orang taman open order ni, kita pun try la beli 1 pek. RM5.00 untuk dua ketul  jeli gini. Time makan tu, si Kakak pun ada sama, so kami pun cuba. Sedap pula kat tekak masing-masing, dan berebut-rebut lah makan. Reezqy pun join sama bila nampak kami kata sedap. Haha.

Kuih ni jadi sedap sebab ada kacang tu kot. Kalau takda, rasa dia plain je macam sagu gula melaka tanpa santan.


Esok paginya, si Kakak suruh order lagi sebab dia kata teringat-ingat la makan semalam. Rasa nak makan lagi. Hai la anak. Orangnya pun open order ikut time. Kena tunggu open order la baru boleh beli.

Disebabkan tekak pun teringin lagi, hmmm macam mana lah nak BMI normal kan sebab bab dessert ni selalu hilang kawalan haha, so, kita pun google resipi. Nampak mudah je resipi. Confirm jadi ni kalau buat. Terus pi beli barang, follow buat ikut resipi, thenn tadaaa, hasilnya seperti di atas. Puas hati dapat ulang makan.
 
Try google yang jual macam ni rupanya. Resipi asal guna serbuk kacang soya, tapi kita tukar je lah guna kacang tanah, sangaikan then blender halus

Try cari serbuk agar-agar ni, tak jumpa. So beli ajelah apa yang ada di supermarket tu. Yang penting, beli serbuk agar-agar yang plain je sebab nanti nak makan dengan kuah gula Melaka.



 

3 ulasan:

  1. ada tgk gk ...bila viral ramai nk mencuba kan

    BalasPadam
  2. Wah macam menarik ni.. lama tak makan desert best mcm ni..

    BalasPadam
  3. Ramai juga yang cuba buat dessert ni di rumah. Mesti sedap kacang soya tu tapi susah cari

    BalasPadam