Rabu, 2 Februari 2022

January wrap-up!

Salam semua,

Kan main bagi salam untuk semua, macam ada je yang baca, haha! Ada ke takda orang baca, tetap kena tulis or coret something kat sini. Nanti hujung tahun senang nak retrieve apa jadi.

Dah masuk bulan Februari guys. Konon awal tahun, berazam memalam nak update blog, tapi macam biasalah. Azam hanyalah azam, nak laksanakan, banyak betul dugaannya. Dalam kata lain, malas, penat dan seangkatan dengannya.

Rutin pun  banyak kena ubah since anak dah sekolah. Bila kena bangun awal, malam pun tidur awal juga la lepas seharian menghadap rutin  harian. Moga segalanya menjadi ibadah yang diterima Allah swt, Insha Allah.

Saje je nak throwback aktiviti di bulan Januari sebagai kenangan. Ada aje programnya buat, tapi tu lah. Kat IG pun update story je. Tak rajin macam dulu dah nak update satu-satu. 

Ni gambar balik kampung awal bulan haritu. Dah lama tak jenguk kampung, cuti panjang, dapatlah berkumpul semua, Alhamdulillah.

Join sukarelawan membantu mangsa banjir kemas rumah. Alhamdulillah, dapat juga membantu. Dapat turun padang, melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar yang dihadapi. First time jugalah merasa pakai boot, berjalan dalam lumpur pekat tu. Rasa berat nak angkat kaki sebab lumpurnya tebal. Doa banyak-banyak jangalah tergolek time berjalan dalam lumpur tu.

Gambar ni kena bahan dengan kawan. Dia cakap, setakat pegang plastik aje, pi balik la. Haha! 
Hoi, takkan semua kerja nak kena update. Ni pun orang yang tolong snapkan. Kebetulan tengah bukakan plastik untuk isi sampah =p

Memenuhi undang Kak Mas ke Majlis Resepsi adik bongsunya. Dapatlah bersua dengan kengkawan bola tampar. Thank you Kak Mas atas jemputan.

Start Januari juga anak-anak dah ke sekolah secara bersemuka. KAFA je masih online. Masih belum bertukar darjah so Mami takdelah beli apa-apa yang baru. Sebagai parents, memang mampu berdoa aja supaya anak-anak dilindungi ketika di sekolah. Time ni juga, kes C19 kat pusat pendidikan memang tengah meningkat.


Jumpa port baru untuk piknik di Port Dickson. Punyalah seronok semua, dari pagi sampai petang stay sini. Rentung dan sunburn teruk balik dari piknik. Pakai foundation ke office, muka kelabu je sebab sunburn. Haha! Suami lak, kulit siap mengelupas sebab pakai singlet je time mandi.

Azam tiap-tiap tahun, nak turunkan berat badan.  Kononnya la! So, awal tahun memang bersemangat nak beraktiviti. Kejap jogging, kejap stairs challenge. Lepas tu hiking lagi. Kakak memang bising je lah sebab dia kena paksa ikut. Terkorban masa main petang dia dengan kawan-kawan. 

Come on Kak! Awak kena support Mami. Awal tahun memang bersemangat tinggi semua emak-emak ni. Tengoklahlah nanti dah tengah dan hujung tahun jadi apa  ye Kak =p

My annoying cousin datang Nilai. Haha! Ni cousin yang sama-sama dibesarkan oleh Nenek. Kekecik dulu memang selalu gaduh dengan dia ni. 

Takde angin, takde ribut tiba-tiba call, Kaklong meh datang AEON. Aku kat AEON Nilai!
Hoi, dah la orang tengah melentang depan TV tengok Hindustan.
I suruh dia explore je lah AEON Nilai tu sebab malas nak bersiap.
Dia tetap tak putus harapan nak datang rumah.
So, I decide jumpa kat Dataran Nilai je lah. Bukan taknak bagi datang rumah, tapi laki den takdo. Ambik Grab pi Dataran Nilai, later Azreen join kami.

Angin takda, ribut pun tak, tiberrrrrr main netball. Haha. Dua tahun kot terkurung dari aktiviti gini. Bestnya rasa melompat2 tangkap bola. Friendly game dengan Peladang, Negeri Sembilan. Since diorang training di USIM, tu yang jemput kami buat friendly game.

Bukanlah reti sangat pun main netball ni,  sekadar mencukupkan korum ja tapi I enjoyed. Time game ni juga, WA kami injured. Have a speedy recovery Kak Nad!


Event bersemuka pertama kalinya dengan staf di jabatan baharu. Dah setahun lebih reshuffle, barulah dapat bekerjasama organize event. Alhamdulillah, semuanya went well. Gadis dulang dah lari alingnment naik pentas. Gadis ke? Haha!

Terima jemputan Mantan Bos ke majlis resepsi anaknya. Nikah dah lama, majlis baru dapat buat.  Since Mantan Bos ni, time Abah meninggal dulu dia datang ke Melaka, tak sampai hati pula tak penuhi jemputannya. 

Hujung Januari balik Melaka untuk majlis cousin. Ommak feeling anak tujuh ha! Kak Iman muka pasrah adik-beradik ramai. 

Majlis cousin asyik tertangguh dek Covid, Januari 2021 baru dapat buat majlis belah lelaki. Sebenarnya, since butik pengantin tak nak pulang deposit, makcik cadang nak buat majlis aqiqah cucu je, tapi disebabkan yang kahwin ni anak bongsu, dah takda dah majlis kahwin lepas ni, tambah jugalah duit untuk persalinan sanding. Bergambar untuk kenangan.

The Imans join kelas melukis. Saje bagi exposure kat diorang join kelas ni. Dapatlah upgrade skill melukis tu walaupun basic aja.

Januari juga, kami adik-beradik naikkan batu untuk kubur  untuk arwah Ibu. Design semua pilih sama macam Abah.  Pilih sesimple yang boleh. Pokok pun tanam sama macam kat kubur Abah. Sejuk mata memandang tengok pokok-pokok hidup subur di kubur Ibu dan Abah.

Alhamdulillah, selesai menulis wrap-up untuk bulan Januari. Next, tunggu cerita Februari lak ye.
Till then semua. Stay safe!
Wassalam.




 

2 ulasan:

  1. mcm2 program kan....kena rajin2 la update..utk kenangan nanti bole baca....lama btul tk main netball...rindu tp tula bdn dh berat nk ebrlari hehe..dlu kita main WA/WD lps tu shooter tiba2 tkde org kena ganti so main GS/GA juga

    BalasPadam
  2. Busy betul tu. Saya pun suk update di blog untk kenangan sendiri.

    BalasPadam