Isnin, 21 Februari 2022

Februari: Pulangnya Paklong ke negeri abadi

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
Ya Allah! Ampunilah dosa Paklong, berikanlah rahmat-Mu kepadanya, limpahkan sejahtera dan maafkannya.

Bila Paklong disahkan positif  C19, hari-hari tunggu update Paklong. Dalam tujuh hari Paklong di hospital, lega hati bila terima berita dari anaknya, Paklong dalam keadaan stabil. Paklong golongan berisiko, takut sangat kalau yang bukan-bukan jadi pada Paklong.

Tapi pada 15 Februari 2022, ketika I dalam flight nak balik KL, kami semua dimaklumkan yang keadaan Paklong tak ok. Semua drop termasuk oksigen. Elok aja touch down KLIA, terima berita yang Paklong dah tiada. Allahu akhbar.

Ini pengalaman pertama kami semua kehilangan ahli keluarga disebabkan C19. Sedihnya rasa sebab semua hanya boleh lihat dari jauh. Kubur pun hanya boleh ziarah sehari selepas dikebumi.

Paklong pergi pada tarikh hari lahir Mama. Emak Paklong juga meninggal di bulan Februari iaitu pada 19 haribulan. Terima kasih Paklong untuk segala jasa Paklong kepada kami adik-beradik. Paklong selalu ada tolong bantu beli itu ini bila Abah Ibu tiada di sisi. 

Moga Paklong dikurniakan ganjaran shahid kerana berjuang melawan covid. 
Al-Fatihah.
Mohd Yusoff Salim 1.7.1954-15.2.2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan