Salam,
Sedikit coretan hari-hari akhir pemergian Ibu untuk kenangan.
Seminggu di hospital kerana shocked denggi, BP dan platlet darah dah ok, Doktor benarkan Ibu keluar. Ibu pun memang hari-hari cakap nak ‘balik’. Kami harap sangat bila dapat balik, Ibu akan gembira dan sihat semula. Dah di rumah, Ibu tetap lemah. Masih sakit perut dan muntah. Anak manalah yang tak risau bila keadaan Ibu macam tu.
Ditambah dengan PKP, semuanya jadi sulit dan rumit. Polis siap kata, kalau meninggal dunia baru kami bagi balik 🥺 Nak hantar ke hospital, Ibu tak nak. Time ni terfikir, alangkah bagusnya kalau kami doktor, senang nak rawat semua sakit Ibu. Ajak adik-adik baca yasin. Mohon kesembuhan. Dah habis cara, kita berserah kepada Dia pula. Bacaan Yasin kali ketiga, Ibu dikejarkan ke hospital. Takda siapa yang hantar Ibu ke hospital bu. Kebetulan ada check up pagi tu, BP ibu rendah dan kesihatan Ibu merosot. Doktor minta buat pemeriksaan lanjut lagi.
14 Jun2021
Haritu Isnin, terima panggilan daripada makcik. Dia menangis. Dia kata ibu nampak lain, cakap yang bukan-bukan. Patutnya jd MC majlis farewell bos haritu, so dah ibu begitu, minta cari ganti orang lain je la.
Dapat kebenaran balik setelah berdrama di Balai Polis, then terus ke hospital.
Dapat jumpa ibu (jumpa kali terakhir) kat emergency, Ibu cakap nak balik. Tak nak duduk hospital. Ibu menangis sebab sakit. Time baringkan Ibu di katil, nampak kaki Ibu lain dari biasa (dah tunjuk tanda). Berderau darah. Bergilir juga dengan Adik Kedua dan Ketiga masuk ke bahagian kecemasan. Bila warded di hospital time PKP, waris tak boleh tunggu, memang kena call Doktor ajalah untuk tahu keadaan Ibu dari masa ke semasa.
Hari Rabu, balik Nilai semula sebab bos baru nak masuk office. Kita bukan balik suka-suka. Tuntutan kerja. Update dari Doktor Ibu diletakkan di Unit Pemantauan Rapi. Doktor masih mencari punca sebenar Ibu sakit perut. Dah bagi macam-macam Ubat, dah masuk kamera, tetap tak jumpa punca. Sakit Ibu tetap tak surut.
19 Jun 2021
Try VC ibu dengan adik-beradik. Our last VC dengan ibu rupanya haritu. Ibu minta nurse call adik untuk hantar bubur sebab lapar. Alhamdulillah Doktor minta adik naik untuk suapkan bubur. Sambil suap bubur, itu yang kami VC.
Terubat rindu kami setelah 4 hari tak tengok Ibu. Adik juga kata dia tukar pampers Ibu dua kali tadi sebab Ibu buang air besar dua kali. Tergerak hati lagi tanya warna najis Ibu. Sedih hati sebab itu bagaikan tanda kedua. Since Doktor pun maklum Ibu ok, sedapkan hati, Insha Allah semua akan ok. Cubalah positif. Waktu Video call kami adik beradik, Ibu cakap dua kali, Ibu nak balik Kaklong. Kami tak faham maksud ‘balik’ Ibu. Puju Ibu sambil kata, ibu sakit sakit, kena rawat di hospital dulu.
Lepas Zuhur, Adik call maklum Doktor nak bercakap. Doktor minta persetujuan keluarga, if any emergency, setuju ke nak intubate Ibu. Lepas dah minta pandangan cousin yang kerja nurse, kami setuju tak nak intubate Ibu if anything happens, nak bawa balik rumah je.
Pesan juga kat Adik, ajar ibu mengucap dan if ada masa baca yasin.
Pukul 3, Adik call lagi. Bila dengar suara dia menangis, dah dapat agak dah. Dia cakap nak bawa ibu balik sebab suddenly semua drop. No respon dari Ibu dan Doktor pakaikan Ibu oksigen.
Terus call makcik minta tolong readykan rumah, call adik-adik suruh bersedia dan kita pun get ready untuk balik. Time ni cari borang rentas negeri pun tak jumpa, terpaksa minta jiran printkan. Serba tak kena jadiknya.
Dalam perjalan pulang, pukul 4.57 makcik call cakap nak cabut oksigen. Minta tolong makcik, cuba hold dulu tapi pihak hospital tak boleh tunggu. Try fikir positif sebab waktu Abah dulu, lepas cabut oksigen, 2-3 hari juga Abah bertahan. So, bagi keizinan berpandukan pengalaman dengan Abah dulu.
Malangnya, keadaan Ibu tak seperti Abah. Lepas cabut oksigen, Ibu semakin tenat. Cousin try buat VC tapi time tu lalu tempat kurang coverage, talian video putus-putus. Tepat jam 5.28 petang ibu pergi, tak tunggu pun I dan adik Kedua sampai. Ikutkan dalam 10 minit je lagi nak sampai rumah. Menangis call adik kedua. Sesama menangis mengenangkan Ibu yang dah tiada.
Sampai rumah, tengok Ibu dah terbaring kaku. Hati sedih tapi kena redha melepaskan. Malam tu malam akhir kami dengan Ibu di dunia. Bergilir mengaji hingga ke pagi.
Allahu akhbar.
Cepatnya semua berlaku.
Sedangkan pagi tu Ibu nampak ok.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Noreni bte Salim
22 Ogos
1958 - 19 Jun 2021