Khamis, 21 Mac 2019

Anak, soon, they'll surely leave..

Hakikat yang kita selalu lupa--
anak2 "ada" dengan kita 12 tahun je.
.
Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan2.
Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja.
Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak2 mereka sendiri pula.
.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah.
.
Tak percaya?

Baca lebih lanjut tulisan ADLIL RAJIAH

-----------------------------------------------------------------------------


Bila baca tulisan Adlil Rajiah tu, terus teringat kat anak sendiri.
Terus rasa bersalah sebab memang hari-hari rasa yang diri ni memang bukan Ommak idaman anak-anak sedunia T_T


Tapi bila tanya Raneeya dan Reezqy, kalau Mami mati, nanti seronoklah abang dengan kakak dapat Mami baru, diorang jawab,

Taknakk. Nak Mami jee (sambil muka sedih)

Haha. Sayang juga korang dengan Ommak yang suara macam halilintar ni ye.

Azreen pun kalau boleh luah, memang dia pun rasa menyesal agaknya beristerikan I (Hai my silent reader, my blog stalker and my silent fan!)

24 jam manjang, berleter. Bukan takat anak, bapaknya sekali pun terpalit sama.
I tahu dia selalu stress walaupun dia tak tunjuk. Sampai nak tidur pun kang, ada je.

You dah buang sampah B?
Pintu dan kunci?
You dah mandi ke belum ni? 
Haha.

Sabar je lah B.
Nanti kalau I pegi dulu, suara ni lah yang you akan paling rindu.
Terngiang-ngiang tau suara I selalu.
Tahu?

Baca tulisan kat atas tu juga, mengingatkan I kat Ibu Abah.
=(


Perasaan diorang sekarang ni sebab anak-anak semua duduk jauh.
Yang dah berkeluarga dengan urusan keluarganya.
Yang bujang, takde depan mata.

Mesti dorang rindu, gelak tawa anak-anak yang dulu duduk serumah.
Dulu ada depan mata, sekarang seminggu atau dua minggu sekali baru dapat bertentang mata.

=(

I juga akan rasa apa yang diorang rasa sampai masanya nanti.
Sedihnya.

Abah pun sekarang makin dah tak sihat.
Kadang I macam tak dapat nak terima abah dah tak kuat.
I nak Abah I yang masih kuat seperti dulu. Yang sentiasa ke sini sana. Yang riang melayan cucu-cucunya. Yang boleh bergelak sama ketawa terbahak-bahak tengok Raja Lawak.
I nak Abah yang dulu.

Masa mula Abah sakit haritu,  bila masuk rumah, tengok Abah yang dah susut, lepas tu nak jalan pun macam susah, I speechless.

Tak tahu nak react macam mana. Takkan nak nangis lak depan Abah.
Nak balik pun berat hati.
One thing for sure, I takut nak hadap andai apa yang I tak nak  berlaku, akan berlaku.
=,(




Rabu, 20 Mac 2019

Kendurian

Kendurian ni adalah program kat office.
Kendurian bermaksud Kenduri Durian.

Dua program berbeza, yang satu I was the Organizer, dan program yang satu lagi kita adalah Ahli je.

Program santai ramah mesra sesama Staf je sambil makan buahan bermusim. Nasiblah Nilai ni dekat dengan kawasan buahan bermusim, maka senang juga dapat bekalan buah-buahan.


Buah durian untuk program ni, durian kampung datang dari Beranang, Selangor. Isi tidaklah sehebat Musang King, tapi manis sedap di makan je.


Next program I tak dapat tunggu sampai majlis mula. Hanya datang bantu setting sikit-sikit sebelum majlis, then kena masuk office. Durian kali ini datang dari Gombak.

Kalau dulu, I sanggu tunggu musim durian, beriya beli durian sebab suka makan. Sekarang ni, mungkin juga faktor umur, dah tak berapa teruja pun tengok durian ni. Setakat makan seulas dua, dah! Takde dah beriya boleh makan sampai 5-6 biji sekaligus macam dulu.


While bantu Urusetia setting tempat program, yang ini lagi buat I teruja. Haha. Petik sayur-sayur!

Ya Allah, geram betul tengok sayuran hijau ni. Semua sayur ditanam oleh staf. Kan main hijau gebu sayurnya. Dah disuruh kita petik kalau nak, maka laju ajelah kita.

Ada juga cuba tanam dua tiga jenis sayuran dalam pasu kat rumah, tak tahulah sebab musim panas, atau tangan ni panas, pokok sayurnya pun hidup segan mati tak mahu.

Haha.

Isnin, 18 Mac 2019

Cycle of life: Abah


Pusingan hidup, semua akan laluinya.
Ada pelbagai warna bersatu menjadi cerita.

Dari bujang, berkahwin, dan berkeluarga.
Dari ada secret admirer,  bercinta berbunga-bunga, sakit putus cinta, berjumpa orang lain pula.
Dari berjengket-jengket masuk tadika, ke sekolah rendah, sekolah menengah, masuk universiti dan berkerjaya.
Dari kanak-kanak, menginjak dewasa dan meniti usia tua.
Dan, pelbagai lagi cycle hidup yang kita akan lalui untuk menjadi  KITA pada hari ini.

~Pusingan hidup by Abah.
18 Mac, 2019

Jumaat, 15 Mac 2019

Raneeya: sukaneka sekolah

Minggu lepas Raneeya busy dengan pemilihan sukaneka sekolah. Dari hari Selasa sampai Khamis dia berlatih. Balik petang Jumaat tu dia excited beritahu, kakak terpilih masuk lari baling pundi kacang. Nanti  Mami dan Dedi datang tengok tau.

Allahuuu nak, kakak dah masuk sekolah rendah dah kak.
Sukan sekolah ni jarang emak dan bapak  pergi tengok, lagi-lagi dibuat waktu sesi P&P dan hari bekerja.

Dia memang frust bila kita bagi tahu macam tu, terus keluar ayat:

Kalau Reezqy boleh je mami dan dedi pergi tengok,
Kakak semua tak boleh. 

Hai lah hai. Takde niat pun nak pilih-pilih kasih. As parents, kita ni sedaya upaya tunaikan apa permintaan anak-anak selagi tak melapaui batas.


Maka, demi menunaikan permintaan anak, kita gagahkan diri juga lah pergi. Dah la bapaknya pagi tu nak pergi kursus. Sukanlah lambat start, kena la sama-sama menunggu.

See, muka happy nampak makpak datang =)
Siap pesan tunggu sampai acara dia habis.

Acaranya start lambat sebab cikgu lepaskan acara anak-anak darjah satu dulu. Berpeluh ketiak makpak menunggu.

Seronok tengok keletah anak-anak bersukaneka.
Yang ikut mood sendiri je.
Yang kawan-kawan dah usaha bagi menang, part dia dia buat sambil lewa macam pergi bersiar-siar.
Yang menguap-nguap tunggu kawan. Time sukan pun ngantuk ye nak!

Cikgu pun kan main bersemangat handle anak-anak Tahap 1.
Cikgu rumah merah garang betul. Tu yang nampak belakang tu.

Tahniah kakak & team.
Menang pingat emas untuk acara dia.
Berbaloi Mami dan Dedi menunggu di tengah panas.

Isnin, 11 Mac 2019

Reezqy: Kelab bola sepak

Last week, Azreen daftar Reezqy join kelab bola sepak bawah office I. Kelab ni  ditubuhkan oleh Alumni pelajar office I.

Since latihan hari Sabtu pagi, hari Jumaat malam tu beriya la pi cari boot bola. Baru 6 tahun, tahu ajelah sizenya payah nak jumpa. Last beli kedai biasa je, yang takde brand. Tu pun bukan size dia. Besar sikit kena sumbat tisu. Stokin pun terlebih tang tumit. Takpelah bang, pakai ajelah dulu. Last minit punya cari memang gitu ajelah.

Dan malam tu,

Hehe. Kan main bersemangat try baju kasut semua. Riang betul dia, tapi mak pak sambil senyum sambil seram. Knowing Reezqy (anak nombor dua ;p), memang dah tahu sangat perangai dia.

Mak Pak seram kot esok dia pegang baju kita, malu terus menepi di tepi padang. Dah terngiang ayat dia;

Abang maluuu.
Abang tak nak lah.
Abang nak balik!

Haha.

Maka, hari yang di nanti pun tiba. Jeng jeng jeng!
Ingat nak ikut tengok first day Reezqy training, tapi mikirkan kerja rumah yang menanti, suruh Apaknya ajelah hantar.

Ikut laporan Azreen, mula-mula memang keluar ayat keramat dia tu. Abang malu!
See, Ommak' s instinct always right!

Ikut Azreen lagi, mungkin sebab belum ada kawan.
Mungkin sebab dia tak dapat jersi lagi.

Kebetulan ada dua orang anak jiran ada join sekali, baru dia  perasan geng main petang dia ada, lepas tu organizer bagi jersi, terus hilang malu semua.


Oh my Reezqy in action!


Kan main kau ye bang, dah dapat rentak, terus keluar true color kau. Haha. Sampai kena tukar kumpulan lah sebab asyik berborak dengan geng setaman. Apa ajelah diorang membawang tu. Kahkahkah.

The Apaks yang setia menunggu di tepian padang. Me time Apak dan anak gitu. Sila lah tunggu sampai latihan selesai. Suruh tinggalkan aje, biar dia independent sikit, Azreen tak nak. Alang-alang tak buat apa, dia tunggu ajelah.

So far, dua  hari latihan on weekend ni memang dia bersemangat je, bangun sendiri, mandi, ambil beg kasut, bersiap sendiri. Training pun ok, mengikut lah juga kata Coach. Skill main bola masih kena gilap sebab sepak bola pun malu-malu lagi.

Apapun untuk Iman Reezqy, Ommak doakan semoga Abang tak hangat-hangat taik ayam lah ye main bola ni macam mami yang selalu hangat-hangat taik ayam bab jogging. Haha.

Ingat bang, ni Investment Apak kau. Jangan disesiakan. Ommak tak kisah abang nak jadi pemain bola sepak, doktor, majistret, tukang masak, tapi surah lazim hafalan malam-malam jangan tinggal. Tak ingat, ommak cubit berbintat kang =p

Jumaat, 1 Mac 2019

GCB birthday celebration, 2018

Salam,

Salah satu group kawan yang I rapat kat office adalah GCB. Kecuali I, depa yang lain sebangunan. I tercampak jauh sikit. Haha.

Kalau nak dating tu memang diorang kena datang ambil I. Our friendship ni dah lalui macam-macam perkara. Menangis bersama, ketawa bersama. Banyak benda yang kami kongsi.

Walaupun masing-masing ada BFF dalam group yang lain, tapi antara kami, Alhamdulillah, setakat ini masih akrab. 'Terpeleot' sikit-sikit itu biasa. Dari situ belajar perangai masing-masing.


Semoga kami sentiasa ikhlas bersahabat kerana Allah swt, dipelihara dari perkara yang tidak baik dan ukhwah antara kami sentiasa utuh, Insha Allah, aminn.

Tiap-tiap tahun memang kami celebrate birthday sesama kami. Tetapkan hadiah apa nak setiap tahun, then share duit beli hadiah untuk sambut.

Empat kali sambutan setiap tahun walaupun kami berenam sebab ada empat antara kami kongsi bulan yang sama.


August baby ~ Kokin. Love this picture so much! Kan main riang semua. Eh, tak semua. Yang dua hujung tu je.  Haha.


Disember baby: Koyam dan Konee. Plan pakai baju sama kecuali yang dirai. Mission succeed! 

May babies, birthday jatuh bulan puasa sila bertabah tunggu hari sambutan ye Koyu dan I. Haha. Tapi advantage kat situ ada ahli keluarga merai bersama =)

Eh, apasal orang bulan Mac tapi gambar last ni Korose? Haha. Kesian Korose, sebab dia lahir awal antara kami, maka, dia lah selalu kena suprise tentang hadiah yang kami decide =p

Kalau perasan, semua kek adalah sama time sambutan ye. Sebab itu adalah kek kegemaran semua.  Kek simple tapi sedap di makan.

Now, Mac muncul kembali. Apakah hadiah yang bakal kami terima tahun ni? Adakah kek yang sama juga akan menghiasi gambar kami?

Tunggguuuuu.

Korose, sila berdebar menantikan hadiah dan sambutan anda ;)