Selasa, 25 September 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Alhamdulillah, anugerah yang dah dijangka bila kau bertukar jabatan.
Terima kasih Allah, terima kasih ex Bos, terima kasih suami dan anak-anak yang sentiasa memahami dan terima kasih juga rakan-rakan Fakulti dan semua yang sentiasa memberi bantuan bila diperlukan, menegur bila silap dan berkongsi segala ilmu yang ada.
Anda semua adalah pemenang, tiada pengalah di mata Allah =)

For my record, setakat berkhidmat di Jabatan since 2009, I dah terima:

APC 2010
Anugerah Terpuji 2011
Anugerah Terpuji 2013
APC 2017
Alhamdulillah.

Jadilah. Kita pun bukan hebat mana. Anugerah yang manusia cipta. Anugerah kat sana, Insha Allah, harap ada la, aaamin.
Ada yang kata, kalau kita berkerja kerana Allah, kita tidak akan kisah tentang anugerah tapi manusia tu kan memang suka dihargai so bila adanya anugerah macam ni, kita tahulah orang hargai kerja kita.

Pada tahun ini juga, since Emcee tetap universiti cuti bersalin, so, I diberi peluang untuk menggantikan dia. Alhamdulillah, digandingkan dengan Emcee yang perpengalaman, so kita ceduk ilmu dan galas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Semoga anugerah yang diterima tidak melalaikan kita tetapi diharap akan menaikkan lagi motivasi kerja, Insha Allah.


Tahniah juga untuk diri sendiri sebab confident level berhadapan dengan audience semakin tinggi, dah boleh control pernafasan sebaiknya bila jadi Emcee. Tahniah Ain! Haha.

Untuk seorang budak pemalu yang dulu kalau orang datang rumah dia dah lari masuk bilik dulu, selalu anxiety disorder bila kena present, dapat jalankan tugas Emcee dengan sebaiknya, memang rasa happy sangat dah. ;)

Please excuse my gemokness tak boleh sorok tu =p
Terima kasih untuk kenangan 2018 yang indah. Masih tersenyum lagi bila tengok gambar-gambar terima anugerah.

Alhamdulillah untuk segala yang dipinjamkanNya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua, aaamin. =)

Wassalam.

Sabtu, 15 September 2018

Piknik di Sagil, Johor

Hello Tangkak!
Hello Kak Najwa!
Haha.

Makcik I ajak berkelah. Tak sampai hati nak tolak sebab semua yang diajak tak berapa nak pi. Tanya Azreen, dia on je. So, moh la kita.

Gerak dari rumah Ibu dalam pukul 8.30, dalam pukul 10.00 macam tu sampai dah Sagil.

Iman Raneeya tanya, kenapa nama dia Sagil? Bukan kampung Sagil atau Sungai Sagil?
Hmmm, dah Tuhan bagi dia nama macam tu kakak, kena lah terima seadanya.


Nak masuk kena bayar ye.
Kereta RM2, Dewasa RM1, Kanak-kanak RM0.50, Mandi berak kencing RM0.50.

The cousins, 5 tahun, 3 tahun, dua tahun.

Sampai-sampai Rayeesa dah minta beli bola ni. RM8.90. 

Hai my twin sister tapi lahir tak sama tahun! Lama dah tak bergambar sama-sama.

Sagil ni air terjunnya bertingkat-tingkat. Tingkat paling atas paling lawa. Tapi sebab kami bawa warga emas dan kanak-kanak, duduk aje kat tingkat paling bawah.

Tengok lah stok makanan. Punyalah banyak. Dah la tempat parking dengan tempat mandi jauh bukan main. Berhangkut lah semua.

I bangun sikit je Rayeesa melalak dah. Takut nau kena tinggal. Mak kau nak bakar ayam je dik oi. Nak melekat aje doplohpatjam.

Hekal the handsome boy, cucu makcik I.

Pass Rayeesa kat Azreen sebab I nak bakar haiwan. Dah semua nak mandi, I lah offer diri jadi tukang bako.


Kita bako! Ada ayam, ikan dan puyuh yang telah diperap.

Tak mandi pun Rayeesa. Duduk di tepian air je macam tu. 

Kau mampu bawa bendera pi piknik! Laki den lah punya kojo ni.

Pewaris masa depan  harapan bangsa dan agama ~ terus keluar ayat patriotik. Haha.

Nenek saudara I. Kesian dia kena berjalan. Frust sangat dengan Guard yang jaga pintu ni. Dia berkeras tak bagi bawa masuk kereta padahal kita orang nak turunkan barang dan nenek ni je pun. Kau tak kesian ke kat Nenek yang kena berjalan jauh ni. Dah lah orang Melayu kita, takda timbang rasa betul. Buat lah orang, suatu masa nanti kau lak merasa.

Balik dari Sagil I sakit pinggang sampai sekarang sebab kena dokong Rayeesa ke parking kereta dan tangan sebelah kena papah Nenek. Ni dah dekat nak sampai cousin I take over Nenek sebab dia dah hantar barang ke kereta.

Wassalam.

Jumaat, 14 September 2018

Istana Kellie, Batu Gajah Perak

Selepas majlis kahwin Maria, kami follow pengantin pi Outdoor kat Istana Kellie.

Masa datang haritu dah perasan Istana ni, tapi sebab kami sampai Batu Gajah dalam pukul 6.30 macam tu tak berani lah nak singgah dan waktu melawat istana ni dah habis pun.

Istana Kellie ni adalah lambang cinta seorang Peladang Getah warga Scotland, William Kellie Smith untuk isterinya Agnes. Bangunan ni dibina inspired dari Istana Moghul, Agra India. Pembuat istana ni pun diimport dari Madras.

Nak tahu cerita details silalah Google =p

Pergi petang pun panas berdenting tapi time panas macam ni, kalau bergambar memang lawa lah. Natural lighting.

Oh Reezqy! Gambar kenangan ni bang. Esok dah besar, ko tengoklah perangai kau bang!



Kesian pengantin. Haha! Dapat Pak Sedara yang tengah gila bergambar dengan bendera sebab nak masuk pertandingan, memang kena kacau sokmo la pengantin nak bergambar.

 Iman Raneeya, Iman Reezqy, Athira El Zahra & Ummar Mukhtar kena paksa bergambar dengan bendera.

Pin pin pin. Pengantin lama pun nak photoshoot! Haha.

Mak Sedara, Pak Sedara dan anak-anak sedara yang buat kecoh kat sesi photoshoot pengantin. 



Sesi begambar dengan bendera lagi! Layan ajelah.

Princess Rayeesa! 
I tak pergi naik sampai atas pun time pi Istana ni. Dengan bebaju kurung, panas lagi, memang tak lah. Dah la dukung Rayeesa.

Kakak nak bergambar kat sini. Ok, save sini satu untuk kenangan.


Tiket nak masuk ke sini, Dewasa (Malaysian) RM5 (sila bawa mykad), Kanak-kanak dengan mykid RM3.

Parking pun ada yang berbayar, ada yang tak. Pandai-pandai lah pilih ikut suka nak parking di mana.

Wassalam.

Khamis, 13 September 2018

Beautiful Maria!

Maria adalah anak buah sulung Azreen. Time kami kenal dulu dia masih sekolah, dalam form four ke form three tah. Tak ingat. Azreen & her sangat close. Close seorang anak buah dan pak buah gitu.

Masa berlalu, sekarang kahwin dah dia.

Actually, post ni bercampur antara majlis bulan lima lepas dan majlis resepsi last week. Baca ajelah ye.

Majlis Nikah dan Resepsi  Perempuan dibuat bulan Mei lalu. Nikah, Jumaat malam, Sabtu pagi khatam Quran dan Resepsi Sabtu malam.

The Imans with Pelamin Nikah.  I banyak ambil video dari gambar malam tu. Haha. Sibuk nak update IG Stories =p

The husband lak kena jadi Pengacara majlis, so I la kena take over the kids. Dah menjaga tiga orang ni, faham-faham ajelah kan, memang tak sempat nak snap apa yang patut.

The photobooth. Kami rasmi time berinai petang tu. Bertabah lah Pak Mentua dan Mak Mentua melihatkan aksi pasangan pengantin lama ni =p

Kak Iman pun nak berinai sama. Siap tanya kenapa dia punya Inai tak sama macam Kak Maria.
Kak oi, inai pengantin tu ratus-ratus, kakak punya RM15 sudah! Haha.

Rayeesa yang tak reti duduk diam. Kejap memanjat, kejap berlari walaupun dengan memakai baju kebaya T___T

Family potrait: Reezqy macam biasa, nan hadolah nak participate. Dah mengantuk pun iya tu.

Next, resepsi. Majlisnya sangat meriah dan pengantin pun cantik sangat. Since Maria kahwin dengan seorang Kapten, faham ajelah protokolnya macam mana. Dengan muzik masuknya, diiringi askar dan pedang bagai, tapi itulah. I record video, bukan gambo. Haha.

Pak Sedara mendendangkan lagu dan puisi untuk anak buah tersayang.

Kawan Maria, dan juga merupakan student USIM. Since pengantin busy malam tu dan Faz pun nak balik cepat, dia bergambar dengan kami ajelah, Pengantin lama. Haha.

Jarak Resepsi Maria dengan side lelaki memang jauh sebab suami kena pi kursus. Lepas kahwin ditinggalkan gitu. =p

So, last week baru Resepsi belah lelaki. Ke Batu Gajah lah rombongan kami.

 With our Beautiful Maria! Cantik sangat dress. Orang sekarang kawin meletop-letop lah haihh baju. Geram tengok.

Kak Iman yang sibuk nak angatkan dress pengantin. Buatlah kak walapun tu ball gown dress, janji tercapai sudah hasrat kakak.

Part of our family yang join ke Batu Gajah. Tengok warna baju kami lain dari yang lain. Bila tanya husband, ada warna tema ke, dia kata takde. Tapi bila pi, mendapat lah kami aje yang lain.


Kami stay di homestay yang berdekatan dengan rumah keluarga pengantin lelaki. Bergambar bersama makcik, kakak dan anak buah Azreen.

The reception! Again, penuh dengan protokol juga. Lepas habis protokol askar, yang atas pentas tu dah start makan, majlis back to majlis perkahwinan biasa. 

Rayeesa since lepas baik demam ni, memang nak melekat ajelah dia. Balik dari Perak dan cuti panjang haritu, I sampai dapat sakit pinggang sebab minah ni asyik berdokong, dalam kereta berpangku.
Her happy face lepas majlis selesai! Tahniah Kak Maria! Semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia  hingga ke syurga. Ok, dah boleh buat anak dah, tak yah hold-hold  =p

Wassalam.