Rabu, 28 Januari 2015

DIY: Sampul surat tanpa gam

My bos ada terima jemputan kahwin. Bila tengok sampul kad ni, macam menarik pula sebab dia tak menggunakan gam. Nak buat pun I rasa mudah je ni.

Potong kertas ikut size gini.

Selasa, 27 Januari 2015

Short escape: Cameron Highland

Percutian yang tak dirancang pun sebenarnya. I hanya taip kat Whats App Group family I pagi Selasa tu,

jom Cameron jom Sabtu ni. Bosanlah kerja!

Then reply yang diterima,

Ikin - jom jom bestnya
Amy - aku kerjaaaaa!
Dikwan - krik krik krik
Ibu - abah tak nak. ayam itik nanti takda orang nak bagi makan.

T____T
Jawapan ibu yang memang I dah agak dah.
Teruslah I senyap dan sentap dengan jawapan ibu. Haha.


Sebelum ke CH, kami bfast kat R&R Rawang.

Sampai lah membawa ke hari Jumaat I senyap kat WA group, petang tu I tanya lagi.
Tak jadi kan p CH?

Terus ibu laju-laju reply:
Jadi, nanti lepas Isyak ibu datang rumah dengan abah. 

Ibu fahamlah tu bila anak dia senyap lelama.
Senyap tanda sentap. Haha.

Isnin, 26 Januari 2015

Tips memasak untuk pengantin baru =)

Terasa nak menulis tentang masak-masak ni bila blogwalking ke blog Hannah Johari tuari. Walaupun ai bukan expert dalam bab masak-memasak ni tapi ada lah sedikit tips yang boleh dikongsi untuk pengantin baru.

Dahulu, masa kecil ai tinggal dengan nenek. Balik dari sekolah, semua dah tersedia oleh Nenek. Kemudian, form 4, dok asrama, sambung belajar ke UiTM, memang tak pegang periukbelanga langsung. Ai juga tak pernah berpeluang duduk rumah sewa, so, memang lagilah peluang untuk memasak sendiri itu kurang.

Bila dah berkahwin, semuanya berubah sebab dapat pula suami yang suka makan. Haha. Suka tak suka, kena masak juga lah. Ingat lagi, lauk pertama yang direquest oleh suami adalah udang masak merah. Terkelujat sekejap sebab tatau cemane nak memasaknya. Nasib pada masa tu, ada kawan sebagai penyelamat. Berpandukan sms dari dia sahaja, ai dah boleh siapkan permintaan suami itu. =)

Mula-mula dahulu ai memang rasa susah nak memasak ni. Bila balik kerja je rasa stress sebab nak kena masak. Lagi-lagi lepas kahwin terus mengandung, dengan pembawakannya lagi, dengan penat kerja lagi, maunye tak stress. Tapi, sekarang rasa stress tu takde lagi sebab ai amalkan perkara-perkara di bawah ni.


1. Tahu Kegemaran Suami.


Bila nak memasak, perkara utama yang perlu diketahui adalah makanan kesukaan/kegemaran suami.

Penting kena tau kegemaran suami sebab bila dah berdua, memasak adalah perlu mengikut tekak dia dan bukan tekak kita semata-mata. Macam ai sendiri, ai bernasib baik sebab mak mentua ai suka bercerita apa yang Azreen suka, apa yang Azreen tak suka. So, senang lah ai. Yang dia tak suka ai tak masak lah dan bolehlah juga elak pembaziran.


2. Awak masak tak macam mak!

Selasa, 20 Januari 2015

Kembar Ustaz Azhar Idrus


Kahkahkah.

p/s: Nak kembo ghupe takpe, jangan kembo nak kahwin dua tiga lak. I CYC nanti ye 
:P

Isnin, 19 Januari 2015

Alive 3D Art Gallery, Dataran Segar, Port Dickson

Harap maaf, ini adalah entri yang panjang kerana ada banyak gambar.
Haha.

Sabtu lepas, I ajak Azreen singgah kat galeri ni sebelum kami pergi berendam kat Primaland. Potpetpotpetlah mulut mamat tu bila I selit agenda lain pula dalam plan asal. Haha.

Alive 3D Art Gallery ni terletak di Dataran Segar, Lukut Port Dickson. Landmark kalau nak ke sini, cari Giant Lukut, galeri ni terletak  dalam dereta kedai berdepan dengan Giant.

Bila nampak bangunan ni, maknanya  dah betul lah arah tujuan tu.

Main Entrance

Entrance Fees. Kalau pergi time cuti sekolah dapat jimat banyak sebab time tu lah depa buat promotion.

Ok, kasut bertumit tidak dibenarkan masuk. Harap maklum! Silalah berkaki ayam kalau tak patuh pada arahan.

Masuk-masuk je korang akan jumpat bilik ni. I try capture banyak pictures kat sini, tapi tak nampak perbezaan apa pun. Last-last assitant kat situ offer tolong ambilkan. Terus nampak bezanya. Haha.
Sebenarnya, untuk setiap gambar, ada picture point dia. Silalah berdiri di picture point yang disediakan. Jangan main redah je macam ahkak tudung hitam tu. Haha.

Rabu, 14 Januari 2015

Sukarelawan banjir.

Time Azreen kata nak jadi sukarelawan untuk misi selepas banjir haritu, I dah termenung je dah. I tak kisah sebenarnya sebab boleh lagi panjang langkah bila suami takda, haha tapi yang I kisah malamnya. Even anak dah dua, perangai penakut I masih tak hilang lagi sampai sekarang. Kahkahkah!

Tak kelako ok sebab itu memang kenyataan.

Susah betul nak jadi berani. Time bersalin kan main iya nau berani, tapi dengan kegelapan malam, I is surrender T___T

Maka, dalam berani tak berani tapi buat-buat berani, I relakan lah jua dia pergi sebab I kalah dengan ayat dia bila dia kata, kan pergi buat pahala tu, dapat juga menambah-nambah  bekalan nak bantu dia di 'sana' nanti.

Chettt!
Ayat kennnn...

Tak pasal-pasal kita kena redho.

Siksa juga ok bila berjauhan dengan suami ni. Kereta kena bawa sendiri. Nak tidur malam susah nak lelap. Takut kan main. Malam pertama siap ajak adik datang teman. Malam kedua, terus hangkut anak semua balik kampung. Haha. Gelak ajelah Azreen  bila tanya khabar, I ada kat Melaka.

Jom, I nak share gambar tempat husband pergi sebagai sukarelawan haritu. Segala gambar ihsan selepas banjir besar di Kelantan haritu seperti di bawah diambil dari Galeri Kampeni Kubah Biru.


Speechless tengok gambar ni.


Selasa, 13 Januari 2015

Outing adik-beradik.

Buat 5s kat email semalam, ada perasan email dalam inbox tajuk outing adik-beradik yang I tak tengok dan buat entri kat blog lagi. Haha. Last year punya cerita ni. Kami keluar time Ikin dapat bonus. Dah orang ajak, kita turutkan je lah kan. Lagipun, bila dah berkeluarga ni, nak keluar bersama tu masa agak terhad sebab dengan urusan sendiri.

Kalau keluar ke shoping mall, kekanak riang I memang sumbat dalam ni je. Senang, semua depan mata. Nak melalak, nak bergaduh, hadap lah korang sendiri.

Isnin, 12 Januari 2015

Makan luar yang disaster. Haha.

Azreen, kalau diajak makan luar, memang lambat jelah dia nak jawab iya. Dah paksa beriya sambil cakap malas nak masak, barulah dia setuju.  Faktor utama adalah disebabkan gambar di bawah ni:


Dalam stage yang semua benda yang dia nak explore, semua benda yang dia nak tiru apa kita buat. Makan pun nak suap sendiri. Maka, pilihan yang ada:

1. Nak malu orang semua tengok anak melalak sebab mak dia kejam tak  bagi anak suap sendiri, atau;
2. Tahan malu juga atas kesepahan yang anak buat di kedai tersebut.

Haha. Takde pilihan sangat pun sebenarnya.  Tapi demi nak makan luar, kita hadapkan lah juga sebab mak-mak ni pun tak sesempurna mana. Ada masa dia mual juga masak kat dapur.


Sabtu, 10 Januari 2015

Kehidupan dahulu dan kehidupan sekarang.

Dahulu, orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak, rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun dan semua anak-anaknya bersekolah.

Sekarang, banyak yang berangkat kerja subuh dan sampai rumah selepas Isya', tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan.

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia 
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..."
(Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden???
Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu, tapi mereka tenang menjalani hidupnya. Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, ipad, ruangan berpenghawa dingin dan lain-lain lagi.

Seharusnya kita mempermudahkan hidup ini, tapi ternyata tidak, sampai tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa-gesa:

...pergi kerja, tergesa gesa...
...pulang kerja, juga tergesa gesa...
...makan tengahari, tergesa gesa...
...dilampu merah, tergesa gesa...
...berdo'a pun, tergesa gesa...
...bahkan solat pun, tergesa gesa...

Sifat diatas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11,
"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati, yang tidak seorang pun mahu dipercepatkan.

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampaikan kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."
(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan solat subuh, solat maghrib dan sebagainya.

Sampai di manakah hidup kita hari ini?


Sumber: WA

Jumaat, 9 Januari 2015

Teknik nampak kurus dalam gambar.


Kayu balas BALAK is timber,
Silalah cuba-cuba.

;)

Khamis, 8 Januari 2015

Tasty Thursday: Majlis Kesyukuran iBAF2014

Jangan mengeluh kenapa berat tak turun dan badan gemok tapi bersyukurlah kerana rezeki makanan di sekeliling yang tak pernah putus. 
~ (Cik Ain Cantik, 2014)

Kahkahkah.

Cream Puff

Rabu, 7 Januari 2015

Padang Pasir, Klebang Melaka.

I ni nama je orang Melaka tapi kalau korang tanya, kat mana tempat jalan best di Melaka, kat mana tempat makan best kat Melaka, jawapan I bagi memang akan buat korang sakit hati :p

Google jelah, banyak lah tempat yang keluar nanti.

Best kan jawapan I? Kahkahkah.

Padang pasir Klebang ni pun, kalau tak tengok Instagram Fynn Jamal haritu, tak tahu pun I kewujudan padang pasir ni walhal, kalau balik Melaka, tak sah kalau tak pergi ambil angin kat depan bas bersepah-sepah tu. Nasib jugalah dak Nad rajin update cerita dia jalan-jalan, so dari situ juga I tahu lokasi tempat ni.

Mamat pembersih ni. Kerja dia asyik menguis pasir. Pasir masuk sikit je dia dah sibuk tunjuk kaki dia suruh keluarkan.

Yang ni pula memang suka nau main pasir. Sampai kat sini macam syurga kat dia. Muka happy giler.

OK YANG NI MEMANG TERLEBIH HAPPY!
Haha.

Selasa, 6 Januari 2015

Iman Reezqy ke taska.

Dua tiga hari ni, kalau pandang si Reezqy mesti dalam hati akan berkata-kata,

Macam manalah ko nanti dik nak urus diri kat taska?
Siapalah nak tepuk-tepuk ko dik nak bagi tidur?
Siapalah nak melayan rajuk kau, nangis kau dik?
Alahaiii, kesiannya lahai anak Mummy ni
..

Tapi bila difikirkan balik Tips nak nganto anak ke taska I tu, tambah pula tengok kakak elok je sampai sekarang, maka kita buat hati kering je lah hantar Reezqy ke taska.

5 Januari 2015, dengan rasminya Iman Reezqy pergi taska. Bujang dah anak Mummy sebab dah kena berdikari ;p

Dua tiga hari dah bisik kat dia, nanti adik pergi taska ya. Dia jawab ha je. Ni pagi semalam lepas siap, cakap kat dia lagi, adik tinggal dengan kakak ye kat taska nanti. Dia senyum je lah sambil layan lagu kat tab.

Isnin, 5 Januari 2015

Tips menjadi Sukarelawan.

Untuk panduan bersama.

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.

Tolong hindari:

i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik. Sebaiknya, jadilah kalangan mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.

Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat saya terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:

i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

ii. Usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu

Sabtu, 3 Januari 2015

Realiti suami isteri.

 Ye ke dak ni?

Untuk yang menghadap hari-hari, tambah pula anak dah dua, I akui memang ye.
Belum lepas fasa 5 tahun pun lagi dah,

Yang, I handsome tak?
Awak dah kenapa? Nak kahwin lagi satu ke! *menyinga
Kahkahkah.

Eh, tapi bila berjauhan macam sekarang ni sebab suami join misi cuci cuci lepas banjir, kan main merindu lak haa sampai update blog. 
Dear Suami, moga selamat pergi dan selamat kembali ye. Kita tunggu awak tau ;)


Apapun, salam Maulidur Rasul semua.
Kenapalah kan Maulidur Rasul tak jatuh pada hari Ahad? Kalau tak boleh terus cuti sampai Isnin? 
=)






Jumaat, 2 Januari 2015

Hai 2015!


Salam 2015 semua.
Semoga semuanya bersemangat untuk menghadap tahun baru masihi dengan semangat dan azam baru.

Hari pertama 2015 tahun ini, pagi-pagi lagi I dah kena marah dengan Ibu sebab dari malamnya ibu telefon, tapi tak berjawab. Telefon Azreen lak takde bateri dan tak cas.

Maaflah ibu, bukan tak mahu menjawab panggilan, tapi anakmu ini berjuang melawan kesakitan ibu! Kita is sakit perut T___T Bila ditanya kenapa sakit perut, I hanya mampu menjawab makan asam jeruk walhal, gigih taknak makan nasi sebab mahu kurus kononnya. Tolong lah Nurain, kau tu dan nasi berpisah tiada, lagi mahu menyiksa diri, maka, mendapatlah kau kan!

Berbalik kepada panggilan dari Ibu, satu  berita sedih yang diterima. Kakak saudara I meninggal dunia pada 31 Disember selepas Maghrib. Ibu cerita,

Jenazah dia Kak Long, senangnya nak diuruskan, lembut, wangi. Mudah segala urusan dari dikapankan, hingga dikebumikan. Orang takde dosa kan, mudah aja segalanya.

T______T

Alhamdulillah, Allah permudahkan pengakhiran Along Esah. Alhamdulillah pengakhiran Along Esah juga lancar walaupun di hayatnya dia sakit menahan derita. Semoga Along tenang di sana ya. Tamat sudah derita Along di dunia. Moga Along ditempatkan di kalangan para muslimin dan muslimat.

Teringat lagi di waktu buat makan-makan keluarga haritu, masih terbayang lagi di mata ni, pandangan Along Esah dari tingkap rumahnya. Ya Allah, tak sangka sangat. Rupanya, itu adalah pandangan dia yang terakhir untuk kami.

Al-Fatihah untuk arwah Along Esah.
Yang pergi tetap pergi, yang hidup tetap kena teruskan kehidupan.
Moga pengakhiran kita semua nanti juga akan baik-baik seperti Along Esah.

Untuk adik-adik I, ingatlah ya. Tak sempurna seseorang itu, tak semestinya pengakhiran juga tak sempurna. Malah Tuhan janjikan sesuatu yang lebih baik untuk menutup ketaksempurnaan itu. Yang penting, sentiasa bersangka baik, sentiasa berbuat baik dan sentiasa ingat Dia semestinya.

Walaupun permulaan 2015 I agak sedih, doa I, moga 2015 akan terus bersinar untuk lebih banyak lagi kebahagiaan dan kegembiraan.

Hai 2015!
Hai kegembiraan dan kebahagian.
Hai cabaran baru dan cerita baru yang bakal diwarnai ;)



Khamis, 1 Januari 2015

Warna-warni 2014 yang mewangi!


It's a wrap!
Meh kita bungkus 2014.

Terima kasih Tuhan untuk setiap masam, manis, tawar, pahit, masin yang dikurniakan untuk 2014.
Moga kami semua  diberi kekuatan dan cukup bersedia dengan kehadiran tahun 2015 yang lebih mencabar.
Insha Allah, Amin.
;)