Selasa, 28 Oktober 2014

Masak campak-campak lagi.

Bawang didadu, bawang putih dihiris, goreng sampai layu. Campak tomato yang dah dipotong dadu, goreng sampai layu juga. Masukkan ayam cincang. Dah keluo air, masukkan sos tomato prego tu. Dah didih boh la garam, lada hitam, lada sulah or perasa ke ikut suka nak letak banyak mana. Since anak pun nak makan, maka mak pun beralah lah, tak masukkan cili dalam kuah bolognese nye. Cili padi kita buat ulam je sudah.

Sup daging korban bersama kobis dengan  carrot. Ni tak payah ajar pun, lelap-lelap mata korang boleh buat.

Isnin, 27 Oktober 2014

Isteri orang.

Bila dah kahwin ni,
bila dah ada anak dua,
bila dah lepas dari fasa bentuk badan yang kejap kembang kejap kuncup,
bila dah lepas dari pengalaman bersalin yang tak tergambar dek perkataan dia punya dupdapdupdap dan sakit nak hadap,
bila dah lepas dari fasa rumah sunyi sepi sebab sekarang rumah tahap bising suara mak siap sama naik dengan suara anak dan bapak,
bila dah self esteem makin tinggi tak payah nak control-control depan orang ramai dah bila nak handle anak,
bila dah sukses menggalas tanggungjawab seorang isteri dan jadi seorang 'SUPER MUMMY',

Jumaat, 24 Oktober 2014

Rabbit Fun Land, Semenyih.

Sebelum ni, setiap kali lepas daki Bukit Broga, tiada keinginan nak singgah pun kat Rabbit Fun Land tu, tapi lepas  Lieyalatif post time dia sekeluarga pergi haritu, terus ada rasa nak pergi. Lagi-lagi sebab Iman Reezqy suka nau tengok binatang, maka haruslah kita terjah tempat tu.

Lokasi Rabbit Fun Land (RFL) ni berdepan dengan parking Bukti Broga je ye kawan-kawan dan bayaran masuk hanya RM5.

Masuk-masuk je tempat ni korang akan jumpa  jambatan gantung kontot ni, so boleh lah kita abadikan kenangan di sini.

Khamis, 23 Oktober 2014

Sukan tertutup.

Iman Raneeya ada pertandingan sukaneka minggu lepas tapi ianya diadakan secara tertutup je. Cikgu Iman kata, ikut program-program lepas, kalau jemput ibu bapa, ada kanak-kanak yang taknak buat aktiviti.

Haha.

Memang pun, kanak-kanak ni, kalau ada makpak, terus datang manjanya. Maka, para makpak semua redho jelah tak dapat tengok anak-anak beraksi live.

Colorful banner

Kakak Iman rumah merah. Tengah get ready untuk acara susun lego.

Selasa, 21 Oktober 2014

Gadis bunga.

My cheeky Iman.

Last week ada event company, dan macam biasa, I was selected as gadis pentas di bawah jawatankuasa cenderamata. Haha, gadislah sangat kan :p

Dah salah satu job scope yang diamanahkan adalah untuk bagi bunga pada wife TPM. Since I ado anak dara, dan bos kenit I pun suggest suruh Iman bagi kalau I tak kisah, maka malam tu I train lah kakak Iman.

Nanti Iman kena bagi bunga kat Puan Seri tau.
Ok.

Nak cakap apa bila bagi bunga?
Assalamualaikum Puan Sheli.
Ni bunga untuk puan sheli.

Ok, pandai. Kalau Puan Seri tanya, nama adik siapa? Iman jawab apa?
Iman Reezqy.

Eh, silap lak, nama awak siapa?
Iman Raneeya.

Umur berapa?
Tiga tahon!

Ok, pandai.
Iman ingat tau yang Mummy ajar ni.

Lepas tu dok ulang lah dialog tu banyak kali tok bagi perfect.

Isnin, 20 Oktober 2014

Jalinan Mahabbah: Bakar kalori sambil bakar ayam

Last week I follow pejabat Azreen punya program. Jalinan Mahabbah apa tah nama dia. Aktiviti utama, mendaki Bukit Broga dan BBQ di Sungai Tekala.

Pagi tu, kami berkumpul di Masjid Gebok, dalam pukul 6 lebih baru gerak ke Bukit Broga. Lambat naik kan, so memang tak dapat tengok matahari terbit lah :p

Bukit Broga yang tak pernah tak ramai orang.

Ramai yang kata, I gigih mendukung Iman Reezqy semata-mata naik Broga. Diorang sebenarnya tak tahu yang I gigih nak fikirkan nak tinggal budak kecik tu pada siapa.

Disebabkan malas nak gigih bebeno beriya memikir dan taknak menyusahkan orang, dan MIL yang nak berehat time weekend, maka, kita angkut jelah gemala hati  beta tu semua. Haha. Hongeh oi memikul seketul beban 11 kilo tu. Haha. Tukar-tukar dengan Azreen. Tapi, dalam separuh perjalanan macam tu, Iman Raneeya pula keluar ayat retisss dia, Iman penat, maka terpaksalah mengendong si Reezqy tanpa tetukar dah. 

Jumaat, 17 Oktober 2014

TTC dan kopi HKCC: Testimoni Pengguna

14/10/2014
26 minggu
Trimester 2
98 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015
318 days happily married

Caraku TTC minum HKCC kopi mengandung dan cara elak kaki cramp masa mengandung!

Selepas entry Period tak teratur pun boleh mengandung dan 10 amalan TTC ku, ramai yg Whats App/ Msg tanya pasal kopi HKCC yang aku minum dan ude-bak minum CCFM. Ada tanya penting ke kopi tu, ada cakap tak biasa minum kopi takut pening, ada kata tak minum tak boleh ke kopi tu, dan ada jugak terus order ingatkan aku jual.



Tak... Tak... aku tak jual, kalau nak beli buleh direct contact Puan Umie 016-6603741 atau ke http://nuqmanscollection.blogspot.com/

Sebab ramai jugak dok tanya kan, meh aku terus kat sini aku bagi LIVING PROOF testimoni kesan minum HKCC, CCFM dan SKBP semasa proses TTC dan sepanjang mengandung.

Bangi Gateway: Dating with the 'handbags'

Bangi Gateway, syurga membeli belah pakaian muslimah dan syurga tempat makan best. Itu kata orang-orang yang dah pernah pergi.

Tapi bila I pergi, bawa pula the 'handbags' yang tengah boleh tahan lasaknya, memang berpoloh ketiak lah pergi situ. Tak jadi syurga dah haihh.  Haha.

Adik Reezqy yang bermuka suci, yang Mak Ngah Ikin selalu kesian dengan beliau sebab selalu kena belasah dengan kakak sendiri. Haha.

Kiman (Kak Iman) panggilan Arif Daniyal untuk kakak sedaranya. Time baik kemain, siap nak pegang-pegang tangan. Cuba time berebut mainan atau tab, memang taklah kan macam ni.

Selasa, 14 Oktober 2014

Colors by Sasha.

25 Julai 2010 ~ saat bersanding atas pelamin. Takdepun beriya nak berinai. Haha. 

Kepada bakal-bakal pengantin, adik-adik manis yang suka tangan berukir-ukir inai, mak-mak budak yang sentiasa nak rasa feeling2 pengantin sentiasa, or sesiapa saja yang suka berinai, sila pergi dapatkan khidmat Colors by Sasha ya.

I dah pergi buat dah sebelum hari raya haji haritu. Siap pergi majlis Anugerah Sukan USIM orang dok giat, bila kahwin lagi ni, sampai hati tak jemput pun. Haha.

Isnin, 13 Oktober 2014

Kampung Pulau Semut.

Balik raya haji haritu, budak dua ketul ni, tak nyempat-nyempat turun dari kereta dan explore rumah atok nenek mereka.

Budak dua ketul.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Makna setiap tertib solat.

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Khamis, 9 Oktober 2014

Raya qurban orang kampung. #2

This year, raya qurban di kampung I. So, kita sangatlah happy. Eh, memana raya pun kita happy je lah nye pun. (Azreen baca oi) :p

Dulu abah selalu keluar statement, orang lain dah bercucu, abah ni tak sempat ke tidak pegang cucu sendiri. ~ Statement dikeluarkan oleh Abah sebab I tak kahwin lagi. Rilex lah abah oi. Dah anakmu itu lambat bertemu jodoh, nak buat macam mana. Kan elok abah bersabar. Perancangan Dia itu indah. Ha, ambik setahun satu ha Allah bagi atas kesabaran abah tu. Haha.

Rabu, 8 Oktober 2014

Cerita Raya Haji.

Selalunya, Raya Haji atau Raya Aidiladha ni, persiapan semua orang tak beriya macam raya puasa. Dulu, I adik-beradik, kalau Abah tak membebel suruh pakai baju raya, memang kita orang pakai baju biasa je sampai ke petang. Tapi abah, dia tak boleh. Kata abah, bezakan, hari biasa dengan hari raya, bukan hari-hari raya, setahun sekali tu je pun. Sambutlah dengan cara yang betul dan hargainya. Maka, kita pun beriya-iya lah siap juga :p

Azreen pun macam abah juga. Raya haji ke raya puasa ke tetap beriya nak berbaju melayu. Sebelum balik lagi dia asyik dok ulang-ulang, samping jangan lupa yang, samping. Awak tinggal takpe, samping tu jangan. T___T   Punyalah nak melaram kan. Raya haji je kot. Beriya melaram, balik sembahyang raya, tukar uniform kena potong daging. Kahkahkah.


Bersederhana dalam segalanya, tapi dalam gambar sentiasa hover~! :p

Mamat songkok tinggi yang dipinjamkan Tuhan untuk melengkapkan resipi perkahwinan. Haha. Syukran Ya Allah.

Khamis, 2 Oktober 2014

Bestnya sibuk!

1. Ahad ni Raya Haji. Dan terpaling best, baju Raya Aidilfitri I yang lalu masih tak siap lagi. Best kan. Best sangat rasanya, sampai I cakap, takpelah kak, pulangkan jelah kain gojes saya itu. Tak dapatlah I nak menunjuk design or color baju I, baik di Hari Raya Aidilfitri, mahupun di Hari Raya Aidiladha. Pengorbanan yang I buat sempena raya haji tahun ini adalah korban perasaan dan  terima seadanya baju yang tak siap tanpa rasa nak marah atau mengamuk kat akak tu. Hanya minta pulangkan kain je. Tu pun akak tu senyap je.


2. Hello Oktober! Minggu ni raya haji, BBQ dengan family, minggu kedua Oktober program Jom Broga, Oktober minggu ketiga Bola Tampar Piala Pendaftar, awal November konvokesyen kampeni kubah biru. Eh, bestnya kita busy!  Haha. Jarang kan jumpa orang yang suka bila dia busy?  :p


3. I cuba berahsia dengan suami sebab terbeli tiket ke tuuuuut. Tapi bila berahsia dengan suami ni buat kau sentiasa rasa gelisah, tak tentu arah, tak senang duduk, mandi tak basah, tidur tak lelap dibuatnya. Maka, pagi tadi terpacul juga rahsia yang cuba dirahsiakan. Terus rahsia tidak lagi menjadi rahsia. Alahaiii, susah lah nak rahsia-rahsia. Kita berterus terang ajalah lagi mudah. Kan? Tunggu tarikh dah masa, nanti kita terbanglah ye suami ye. =)


Ok dah. 
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
=)

Rabu, 1 Oktober 2014

Kakak pun nak pakai tudung.


Seminggu dua ni, pagi I memang bertambah-tambah chaos dengan raungan Iman Raneeya yang nak pakai tudung.  Kalau dulu menangis bila tak pakai uniform taska sebab ada hari I pakaikan dia baju biasa je, sekarang melalak pula bila tak dipakaikan tudung nak pergi taska.