Jumaat, 25 Julai 2014
Khamis, 24 Julai 2014
Kemeriahan raya di pejabat.
Tinggal besok saja lagi kerja, then cuti ghayooo!
Even harini badan ada di pejabat, tapi hati tu menerawang tah ke mana-mana tah nya.
Haha.
Kat pejabat I ni, memang dah menjadi tradisi, setiap jabatan akan ambil gambar raya untuk dibuat kad ucapan raya. Bila tengok kad-kad yang diemel ni, memang terasa sangat raya dah dekat dan jadi macam rasa meriah pulak tengok kad raya yang bermacam-macam gaya dan design.
Meh kita rasai kemeriahan raya di pejabat kami meh.
Ni dari jabatan I. |
Rabu, 23 Julai 2014
Lapan cara untuk bantu Gaza.
15 hari telah berlalu sejak serangan rejim pengganas Zionis di Gaza yang bermula pada awal Ramadhan. Jumlah syuhada di Gaza makin bertambah. Hospital tidak lagi mampu menampung bilangan mereka yang tercedera. Bilangan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh juga makin meningkat. Ibu-ibu kehilangan anak kecil, anak kecil kehilangan ibu, kehilangan ahli keluarga seolah menjadi perkara biasa yang dilaporkan setiap hari.
Kerosakan harta benda, bangunan dan tanah pertanian tidak dapat digambarkan. Setelah bangkit dari serangan sebelumnya yang mengorbankan ribuan nyawa, Gaza berdarah kembali, dan mereka memerlukan bantuan kita lebih dari sebelumnya.
Bagi Muslim, tuntutan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza adalah jauh lebih besar dari tuntutan kemanusiaan, ia adalah manifestasi keimanan dan persaudaraan Islam.
Kita boleh membantu Gaza dengan banyak cara, di bawah ini disenaraikan lapan cara yang efektif bagaimana kita boleh membantu Gaza secara khusus pada saat ini sekaligus membuka jalan untuk membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa dari cengkaman rejim pengganas Zionis.
1. Memberi sumbangan harta
Tidak dapat dinafikan, sumbangan yang paling utama ketika ini untuk penduduk Gaza adalah sumbangan harta. Mereka amat memerlukannya bagi membangunkan kembali kehidupan selepas peperangan ini berakhir. Sudah tentu dana yang diperlukan adalah untuk tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum, pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak yatim dan macam-macam lagi. Tidak sedikit dana yang diperlukan. Sumbangkanlah sedikit jika tidak mampu banyak, Insya-Allah harta kita akan lebih subur walaupun syaitan cuba membisikkan kemiskinan. Itu adalah janji Allah.
Sumbangan kewangan ini boleh disalurkan melalui banyak NGO-NGO di Malaysia yang amat aktif berperanan dalam membantu masyarakat di Gaza seperti Aman Palestin. Kecilkanlah sedikit perbelanjaan kita dalam tempoh beberapa bulan ini untuk membantu masyarakat Gaza yang teruk dijarah oleh rejim pengganas Zionis.
2. Berdoa
Doa adalah senjata mu’min yang paling efektif, terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah adalah doa Qunut Nazilah. Doa mesti diteruskan agar rejim pengganas Zionis hancur sehancur-hancurnya dan tanah Palestin yang terjajah sejak tahun 1948 dapat dikembalikan semula. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas solat fardhu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain.
Isnin, 21 Julai 2014
Rembat gambar orang untuk buat iklan.
I pun tak tahu lah apa yang bestnya gambar kami yang diambil sempena Iman Raneeya setahun ni sampai kena rembat orang buat iklan. Kalau sebelum ni gambar yang sama di atas digunakan untuk iklan insuran, sekarang iklan rumah pulak dah.
Kemain! Selesa dan mendamaikan je kan kau rembat gambar tu?
Tak pasal-pasal muka I sekeluarga terpampang di tepi jalan kat Johor sana.
Lepas ni, mesti gambar photoshoot World Cup pulak kot orang songlap?
Jumaat, 18 Julai 2014
Persiapan raya.
Harini 20 hari dah orang puasa. Sembilan hari lagi raya dah. Cepat je kan masa berlalu?
Persiapan raya tahun ni ada yang dah dibuat awal, ada yang belum dan ada yang macam alahai, tak payah lah buat. Haha. Mood raya up and down sekarang ni. Lagi-lagi pagi ni dikejutkan pula dengan berita MH17 tu, terus tambah sayu je nak sambut lebaran.
Macam-macam kan dugaan di bulan puasa ni? Dengan Gazanya, dengan Kikinya, dan kalau tengok FB tu, semua nak jadi pemberita, semua nak jadi penganalisis dan pengkritik dan macam-macam lagi. Apa nak jadi dengan dunia ni?
Apapun, untuk budak dua ketul tu, persiapan raya diorang memang dah dibuat awal puasa haritu. Baju semua dah siap, tinggal kasut je nak carikan seorang sepasang. Azab juga bawa dua-dua tu shopping raya. Dengan yang seorang nya asyik menyorok bawah tempat gantung baju, dengan seorang lagi meragam sebab demam siap muntah dalam kedai, memang terasa nak buka puasa je lah sebab penat nak melayan.
This year, I layankan jugalah permintaan Azreen yang nak pergi Jalan TAR sebab dah dua tahun kot dia tak dapat pergi sana sebab I tak kuasa nak layan. Penat oi pergi sana time puasa. Azreen memang suka pergi sana. Dia kata, feeling nak raya sangat bila pergi Jalan TAR. Tengok orang jual baju rayanya, kuih rayanya, artis shooting raya lagi. Erghhhh, bukan tempat I lah tu!
Belanja korang satu gambar FS ni. Slim weh dia even preggy! |
Tahun ni juga, I awal-awal haritu je macam excited nak beraya. Bila dah bulan puasa, then dengar lagu raya, terus sedih fikirkan nenek I yang makin uzur tu. Sedih. Sedih sebab dia dah tak macam dulu lagi. Bahagian dia Tuhan dah tentukan gitu, bahagian kita nanti tah macam mana lah pula.
Tu jelah cerita persiapan raya tahun ni.
Rabu, 16 Julai 2014
Masak campak-campak: TELUR BISTIK
Asyik telur dadar, telur mata, so kali ni, kita layan telur bistik lak. Resipi ni haritu tengok kat BLOG CIKNA, tapi tak salin, so, time buat main campak-campak je lah.
Bahan-bahan:
3 biji telur - goreng dadar
Sekeping daging cincang (guna daging burger)
Selabu bawang dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Dua sudu cili mesin
Sesudu sos cili
Sesudu sos tiram
Sesudu kicap manis
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah bawang putih sampai layu.
2. Masukkan cili mesin, goreng sampai garang.
3. Masukkan daging. Biar daging masak sampai keluar air.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis. Kalau rasa macam kering, tambah air sikit.
5. Dah menggelegak dan masak, terus siram pada telur dadar.
6. Siap untuk dimakan.
Selasa, 15 Julai 2014
Tahniah Jerman!
Tahniah Jerman sebab menang World Cup!
Aman tenteram lah hidup kami sekeluarga lepas ni.
Haha.
Tak perlu dah nak kena pergi tutup alarm kat handphone orang tu dah sebab yang tukang set alarm set beriya tapi bangunnya idak pun. Ahkakkkk ni jugalah yang nak kena pergi offkan handphone lepas tu kejutkan dia sambil cakap, bangunlah game bola dah nak start ni.
Tak perlu dah nak kena tolong tutupkan tv bila bangun pergi toilet sebab sakit hati tengok tv terbuka tapi yang tukang tengok elok tidur berlagu-lagu dengkurnya.
Takda dah pagi-pagi buto orang memekak jerit gol lepas tu dengan dedua Iman pun bangun sama.
Tak payah dah nak bagi tazkirah terawih pada orang yang dahulukan bola dari terawih.
Kahkahkah.
Yang penting,
Nasib German menang.
Kalau tak, penatlah nak hadap orang muka tak happy team dia sokong kalah.
;)
Isnin, 14 Julai 2014
Masak campak-campak: URAP PEGAGA
Bahan-bahan:
Selabu bawang saiz sederhana
Seulas bawang putih
7 ulas cili padi (kalau untuk resipi orang berpantang, toksah letak cili)
Segengam kelapa parut
Segengam kecil ikan bilis
Secekak pegaga dihiris (taknak hiris pun boleh, tapi kot tercekik pegaga time makan nanti, pepandai sendiri lah ye)
Cara-cara:
1. Kecuali pegaga, bahan yang lain tu sila tumbuk dalam lesung termasuk kelapa sekali.
2. Dah tumbuk ikut suka halus mana nak, sangai (goreng bagi kering) segala bahan tumbuk atas kuali tanpa minyak.
3. Nampak macam dah kering, masuk pegaga dan gaul rata.
4. Kalau nak nampak cantik, boh la sikit kunyit bagi kalerful. Haha.
5. Dah masak, campak garam ikut banyak mana yang korang suka.
6. Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas. Yummy.
Jumaat, 11 Julai 2014
Aunty Aini's, Nilai, Negeri Sembilan
Sebelum ni ada buat entri tentang Aunty Aini's ni. Tapi entri campur-campur lah. Since gambar ni memang dah lama dalam draft, meh kita post je semula. Haha.
Signage dan info tentang kedai. |
Khamis, 10 Julai 2014
Menu sebelas Ramadhon.
I kalau nak hilangkan stress or whatever jiwa kacau segala, satu cara, nyanyi. Segala mak nenek lagu I nyanyi. Lipat kain nyanyi, buai anak nyanyi. Potong sayur nyanyi. Sambil tengok tv pun nyanyi, tu maknanya, I memang memikir masalah lah tu.
Satu lagi cara, dengan ambil gambar makanan. Haha.
Ni macam tak berkenaan je kan bunyinya, tapi tulah penghilang stress I.
Rasa macam hilang segala masalah bila tengok gambar makanan yang diambil. Lepas tu time puasa-puasa lak, tengah mikir masalah, kau tatap pulak gambar makanan yang kau ambil, memang melayang lah masalah kau, tapi yang datang, ehhh, balik ni nak kena masak, nak kena makan ni, haishh, kena repeat menu ni! Gituuuu.
So, semalam, I stress mikirkan, malam ni ada training, si Reezqy tu dah lah tak sihat. Bila dah tak sihat, memang melekat kat Mummynye aja. So, cemanalah I nak tinggalkan dia dengan Daddynya nanti. I takut tengah I training kang, Azreen ngamuk call suruh balik. For sure, I tak boleh concentrate nak training nanti. Haishhhh, stress I!
Maka, dalam pada-pada stress tu, teruslah ter masak dan ter ambil gambar dan, terus ter pergi training sambil hilang segala benda yang distresskan. Haha. Menu yang I masak:
Rabu, 9 Julai 2014
Group Whats App (WA)
Group Whats App (WA) ni memang ada masa memudahkan untuk menyalurkan maklumat, tapi ada masa jadi macam annoying pun ada juga.
Yang part annoying tu sebagai contoh, kau wujudkan WA geng sekolah dengan tujuan utama untuk merapatkan ukhwah dan menyalurkan info tentang reunion yang nak diadakan atau apa-apa maklumat lain sebagai contoh nak menjemput kenduri kahwin anak ke, nak sampaikan berita yang cikgu mengajar dulu meninggal dunia ke dan lain-lain lagi. Ok, fine. Tapi tup tup dalam nak menyampai-nyampai terus jadi gosip, terus melalut ke benda lain, sekali untuk orang yang jarang buka WA di rumah ni, click WA sekolah tersebut, terus heart attack bila unread WA ada 3 ribu. Hoi, info mana satu lak yang I perlu skroll dan ambil tahu antara 3 ribu WA yang ado tu?
Eh, ni contoh I bagi je.
Takde kena mengena dengan sesiapa so tak payahlah nak terasa sangat.
Memanglah kalau ikutkan tak payah baca, tapi, apa tujuan kau join group WA tu, tapi tak baca info yang sepatutnya disalurkan dalam dalam group tu. Apa tujuan kau di masukkan ke dalam group kau tu tapi dalam masa yang sama, takda apa-apa manfaat pun kat kau, takda kena ngena dengan kau pun. So, baik kita LEFT GROUP JE SUDAH.
Bukan tak boleh nak berondo, bergosip dalam dalam group WA tu. Boleh. Tapi, please lah refer tajuk group WA tu sendiri. Kalau iya pun nak juga bercerita beriya, PM jelah dengan sipolan tu. Takpun, cuba create satu group yang kau seGENG je. Kan senang. Ha, cerita apa je yang kau nak sampai doploh ribu reply pun takpa.
I sendiri pun ada je group-group gosip ni. Takde hal pun nak cerita itu ini. Tak jadi masalah pun nak cerita macam-macam sampai unread WA jadi doploh ratus ribu pun, sebabnya, apa yang kita akan skroll dan baca tu ada kena mengena dengan kita, memang topik yang kita in. So, takdelah hazabedah sangat nak hadap.
Mood memasak.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ______________________ (sila isi nama penuh korang) *doa tu. I doakan yang baik-baik tau untuk korang bila sebut nama penuh.
Memasak ni kan, dia ikut mood, macam mengemas dan lipat kain juga. Kalau mood masak sampai, memang 4 5 jenis menu boleh buat lelap mata ja. Cuba time malas, nak masak suhun masak air tu pun bercinta depan dapur gas.
So, menu time rajin haruslah:
Memasak ni kan, dia ikut mood, macam mengemas dan lipat kain juga. Kalau mood masak sampai, memang 4 5 jenis menu boleh buat lelap mata ja. Cuba time malas, nak masak suhun masak air tu pun bercinta depan dapur gas.
So, menu time rajin haruslah:
Donut balls. Malas nak lubangkan tetengah tu. So, kita bulatkan aja. |
Ahad, 6 Julai 2014
Lapan tahun di sini.
Happy 8th anniversary KERJA!
Semoga jodoh kita sentiasa panjang sampai pencen nanti, Insha Allah.
=)
Jumaat, 4 Julai 2014
Bazar Ramadhan: tengok-tengok lah penjual kalau nak membeli.
Forward by officemate:
Mintak tolong sangat-sangat bila kita nak beli makanan yg kita nak makan waktu berbuka nanti kita tengok sama orang yg menjual tu macam mana. Kalau yang jual tu pakai kemas elok, yang lelaki pakai kopiah elok, yg pompuannya tutup aurat elok, cara buat pun cermat elok, time sembahyang dia berhenti sembahyang, kita yg tengok pun tak rasa was-was, maka belilah kat dia.
Tapi bila yg menjual tu pun kelabu asap ja, dengan yg lelaki pakai gelang rambut kaler2 bercacak2, dgn yg pompuan pakai ketat, dah la ketat baju tu pulak lengan pendek nampak habih lengan dia, dengan tudung tak pakai, nasihat saya tak payah dok beli la, pasal imam Ghazali ada berkata,
"Jika kamu nak tahu puasa kamu diterima Allah atau tidak, lihat siapa yang menyediakan makanan utk kamu ketika berbuka"
Kalau yg buat makanan tu orang yg baik-baik, InsyaAllah puasa kita diterima. Tapi kalau orang yg buat makanan kat kita tu buruk perangai, perintah Allah dia langgar mcm tu je, dikhuatiri puasa kita tak diterima. Puasa kita sah cuma takut tak diterima.
Petikan tazkirah subuh ust Fawwaz Mad Jan.
Bila dapat WA ni haritu, I reply kat kawan, I TAK PERGI PARAM PUN.
Haha.
Untuk setakat 6 hari puasa ni, memang I tak jejak lagi pun ke Bazar Ramadhan (BR). Last year pun, hari terakhir baru I pergi. Tu pun gatal sebab berbuka rumah MIL, dah siap masak, takde apa nak buat, so, pergilah menghabiskan masa tawaf Bazar Ramadhan. Beli pun time tu roti john je sebab roti john tak reti nak buat, maka kita beli lah. Nasib baik, dapat roti john sedap.
Tahun ni pun, I ingat, memang tak nak pergi langsung. Kot terasa malas masak, berbuka kat kedai yang dah biasa makan jelah. So tak payah nak susah-susah fikir, orang tu masak, orang tu jual sedap ke tak.
Berbalik kepada info yang kawan I forward kat atas tu tadi, beringat-ingatlah ya orang yang meniaga di BR ni. Kita jual barang makan yang orang makan lepas tu jadi darah daging, so pepandailah fikir sendiri. Lagi satu, jangan nak kejar untung semata tapi rasa tah apa-apa.
Makan-makan sebelum Ramadhon.
Sebelum Ramadhon haritu, memang banyak dapat jemputan makan-makan sempena meraikan macam-macam. Haha.
1. Aunty Aini's, Nilai.
Pergi makan kat Aunty Aini's Nilai sempena Dr. Ailis belanja. Dia bagi duit pada staf Admin, lepas tu suruh kami pilih tempat makan sendiri. Dia tak dapat join sbb dah fly pi London time tu. Since I sorang yang tak pernah jejak sini, maka tempat ni jadi pilihan kami semua. Menu pada hari tu ialah sambal udang petai, patin masak tempoyak, asam pedas daging tetel dan kerabu sayur. Lepas makan, kami order dessert tapai pulak. Memang terbaik lah tapai makan dengan aiskrim tu. Tempat makan ni ok, garden cafe kan, memang sesejuk mata memandang lah. Cumanya, kalau dari segi rasa, bagi I biasa je.
2. Thoyyib Cafe, Nilai.
Rabu, 2 Julai 2014
Anak buah baru.
Alhamdulillah, adik kedua I telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam di Hospital KPJ Kajang. Awal dua hari dari due date. Berat baby 3.2 kg. Alhamdulillah juga Tuhan permudahkan urusan bersalin dia. Pagi tu dalam pukul 11 lebih dia WA inform dah masuk bilik bersalin sebab dah buka 4cm, siap taip sekali, weh aku nervous, takut lah. Tapi I tak layankan pun. Haha. Then dalam pukul tiga lebih macam tu, husband dia WA, dah selamat dah.
=)
Bertambah lagi ahli keluarga baru raya nanti. Meriah lah raya kita ya sambil lawan anak siapa nangis paling kuat nanti. Haha.
Baby 'A' with Mak Long. Takda nama lagi ni sebab Mama dia prepare nama Aira Daniya dengan harapan anak dia yang keluar nanti perempuan. Haha. |
Selasa, 1 Julai 2014
Ramadhan 1435H kami.
Selamat berpuasa semua.
Macam mana puasa korang? Penuh lagi?
Haha.
Sebelum Ramadhan lagi, I dan Azreen dah terfikir, macam manalah Ramadhan kami tahun ni dengan anak-anak. Azreen siap cakap, mesti disaster time berbuka, lepas tu tak tentu arah dengan anak dua orang lagi, dengan yang seorang yang suka explore macam-macam dan seorang lagi yang tak reti duduk diam semua benda yang dia nak pegang.
Langgan:
Catatan (Atom)