Jumaat, 4 Julai 2014

Makan-makan sebelum Ramadhon.

Sebelum Ramadhon haritu, memang banyak dapat jemputan makan-makan sempena meraikan macam-macam. Haha.


1. Aunty Aini's, Nilai.


Pergi makan kat Aunty Aini's Nilai sempena Dr. Ailis belanja. Dia bagi duit pada staf Admin, lepas tu suruh kami pilih tempat makan sendiri. Dia tak dapat join sbb dah fly pi London time tu. Since I sorang yang tak pernah jejak sini, maka tempat ni jadi pilihan kami semua. Menu pada hari tu ialah sambal udang petai, patin masak tempoyak, asam pedas daging tetel dan kerabu sayur. Lepas makan, kami order dessert tapai pulak. Memang terbaik lah tapai makan dengan aiskrim tu. Tempat makan ni ok, garden cafe kan, memang sesejuk mata memandang lah. Cumanya, kalau dari segi rasa, bagi I biasa je.


2. Thoyyib Cafe, Nilai.




Yang ni tak plan pun. Cumanya tenghari Khamis minggu nak puasa tu, semua boring dan stress, terus Pegawai kami ajak keluar makan. Fikir punya fikir, Thoyyib Cafe (TC) jadi pilihan. TC ni speciality dia kopi dan roti bakar, tapi sebab kami datang tenghari, memang tak lah kan nak order roti.

4 ofus. Tak cukup korum pun ni sebab ada yang cuti bersalin, cuti rehat, balik rumah jumpa isteri dan tidur.

Mee bandung kot ni. Sodap.

Menu I  dan Kak Muna, laksa penang. Sedap! Kuah kan main pekat, terasa ikan-ikan dia.

Tudung biru tu lah si Pegawai yang berkenaan.

Kak Muna yang ceria dan Faruq yang boring sebab kami bertiga asyik cerita hal baju raya, kuih raya, gosip sini sana. Haha.

Mine, kopi habbatus sauda. Sedap. Lepas minum asyik sendawa je.

Faruq tekak omputeh, so dia order ni chicken chop. Chicken dia kureng tapi gravy dia sedap.

3. Watie Corner / Kedai Tepi Kubur, Nilai.


Makan-makan yang ketiga ni dibelanja oleh Dr. Sumaiyah, Dr. Fuadah dan Dr. Ummi sempena meraikan team jabatan kami (Gugugsan C) yang menang (silver medal) sempena Sukan antara Jabatan. So, tempat pilihan adalah di Kedai Watie Corner atau nama manja dia Kedai Tepi Kubur. Haha.

The team mengadap lauk pauk. Menu: Sambal udang petai (bosa-bosa udang dia), sotong goreng kunyit, daging masak lemak cili api dan ikan masak tempoyak (yang ni terbaik & tempoyak is my favorite).

Alahai, kesian Suzy, sekerat pulak muka dia.

Kami!

Mengadap lauk yang banyak tak terkata. Yang pasti makan kat sini sedap even tempat dia tak berapa selesa sebab panas. 


Tu jelah yang nak dikongsi sempena makan-makan sebelum Ramadhon haritu. Kepada yang belanja, semoga murah rezeki kamu semua. Terima kasih daun keladi, kalau rasa nak belanja jemputlah kami lagi. =)

10 ulasan:

  1. Kusss semangatttt kita tengok semua gambor makanan ni pagi pagi. :D

    BalasPadam
  2. thoyib cafe atne? nanti balik aku nak try

    BalasPadam
  3. Semua makanan area rumah je ni... hahahhaa... Selamat berkenalan dan selamat berpuasa... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Nadiah. Selamat berkenalan juga. Nanti pergilah try ya.

      Padam
  4. Salam. Kat Aunty Aini tu ada buat Ramadhan Buffet tak?

    BalasPadam