Group Whats App (WA) ni memang ada masa memudahkan untuk menyalurkan maklumat, tapi ada masa jadi macam annoying pun ada juga.
Yang part annoying tu sebagai contoh, kau wujudkan WA geng sekolah dengan tujuan utama untuk merapatkan ukhwah dan menyalurkan info tentang reunion yang nak diadakan atau apa-apa maklumat lain sebagai contoh nak menjemput kenduri kahwin anak ke, nak sampaikan berita yang cikgu mengajar dulu meninggal dunia ke dan lain-lain lagi. Ok, fine. Tapi tup tup dalam nak menyampai-nyampai terus jadi gosip, terus melalut ke benda lain, sekali untuk orang yang jarang buka WA di rumah ni, click WA sekolah tersebut, terus heart attack bila unread WA ada 3 ribu. Hoi, info mana satu lak yang I perlu skroll dan ambil tahu antara 3 ribu WA yang ado tu?
Eh, ni contoh I bagi je.
Takde kena mengena dengan sesiapa so tak payahlah nak terasa sangat.
Memanglah kalau ikutkan tak payah baca, tapi, apa tujuan kau join group WA tu, tapi tak baca info yang sepatutnya disalurkan dalam dalam group tu. Apa tujuan kau di masukkan ke dalam group kau tu tapi dalam masa yang sama, takda apa-apa manfaat pun kat kau, takda kena ngena dengan kau pun. So, baik kita LEFT GROUP JE SUDAH.
Bukan tak boleh nak berondo, bergosip dalam dalam group WA tu. Boleh. Tapi, please lah refer tajuk group WA tu sendiri. Kalau iya pun nak juga bercerita beriya, PM jelah dengan sipolan tu. Takpun, cuba create satu group yang kau seGENG je. Kan senang. Ha, cerita apa je yang kau nak sampai doploh ribu reply pun takpa.
I sendiri pun ada je group-group gosip ni. Takde hal pun nak cerita itu ini. Tak jadi masalah pun nak cerita macam-macam sampai unread WA jadi doploh ratus ribu pun, sebabnya, apa yang kita akan skroll dan baca tu ada kena mengena dengan kita, memang topik yang kita in. So, takdelah hazabedah sangat nak hadap.
Lagi satu, please alert jugalah dengan ahli group. Sebab group WA ni ada macam-macam jenis. Yang group gosip mak bedah nye, yang group official berkaitan kerja, yang group adik beradik, yang group business, yang group anak cucu cicit, so kalau nak send apa-apa tu fikir-fikirlah sikit. Toksah lah nak send gambar tetek berulat kejadah tu dalam group kerja yang dah sah-sah ada bos kau yakni lelaki. Ya, tak salah nak berkongsi tentang penyakit, tapi tu group tentang hal-hal kerja kot, siap dah diremind banyak kali hanya post hal kerja, tapi kenapa yang tak paham bahasa?
Eh, ni contoh tau.
Contoh yang takda kena mengena dengan sesiapa pun ya.
Ni lagi satu contoh WA group side ibu I. Tujuan group WA ni diwujudkan untuk bincang family day je pun. Tapi since family day setahun sekali tu tak sampai pun tarikhnya lagi, so masing-masing merapu dah ke topik World Cup. Yang layan bola, ok la kot baca. yang tak layan, confirm memasing berbulu je tu kang tengok WA dia beratus banyaknya.
Lepas tu, nak marah pun tak boleh kat ahli dalam tu. NI WA GROUP SIDE IBU I ok. Sepupu sepapat I tapi cuba tengok siapa yang beriya dalam group tu.
Siapa? Husband siapa?
Hadoiii yai!
Siapa? Husband siapa?
Hadoiii yai!
Hahahahaha kite faham apa akak rasa , kadang kadang tu kita bukak je. Scroll bagi hilang notifications je. :P
BalasPadam