Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan: Jom ubah Pesta Makanan ke Pesta Ibadah!

Sumber


Alhamdulillah, di bulan mulia ni dapat perkongsian ilmu yang baik dari sahabat. Jom baca dan cuba. Kot boleh ubah dan tambah-tambah ibadah.

:)

Selamat berpuasa semua.

----------------------------------------

Di zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi yang menunjukkan kekuatan ummat Islam di zaman itu. Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya diraikan dengan pesta makanan. Sepatutnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian, kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan
Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan ialah jangan hidang makan malam yang banyak semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

2. Jangan window shopping ke bazar Ramadhan. 
Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang pertimbangan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar!

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Teruskan berbuka dengan makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Makan jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air. Cukup.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru2 berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

6. Selepas mandi, sebelum pergi solat Isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

7. Solat Isyak berjemaah kemudian lakukan sembahyang terawikh.  Solat dengan perlahan dan santai. Jangan tergopoh gapah.

8. Pastikan ambil moreh yang ringan. Makan selepas pukul 10.30 malam adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Aktiviti terbaik untuk masa ini adalah tadarrus minima 1 helai muka surat Quran. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya dan setiap masa.

9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam dan berehat. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol sebanyak 4 kali ganda.

10. Selepas itu bangun pukl 3 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dan renjis air sejuk pada hujung jari. Boleh mandi, tiada masalah kesihatan.

11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara pukul 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam.

14. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

16. Tidur qailullah (1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.



Kuliah puasa dari sudut kesihatan. 
Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)




Cara makan kurma:

60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis, ajwa, mabrom, sapawi, mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
=)

Jumaat, 27 Jun 2014

Salam Ramadhan 1435H


Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua rakan-rakan media sosial.
Ampun maaf zahir dan batin ya sekiranya sepanjang perkenalan kita di media sosial ini, ada perkataan yang ditaip atau dikongsi terkasar bahasa dan terguris rasa.

Semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan dan diterimaNya.
Insha Allah.

Khamis, 26 Jun 2014

APOMCOAW 2014 #3

"APOMCOAW - A Portrait Of My Children, Once A Week, 2014"

Iman Raneeya & Iman Reezqy: Air dicincang takkan putus, Insha Allah.


Rabu, 25 Jun 2014

Bola tampar saya.


Bola tampar,
Dari zero,
I become a hero,
Even kadang spike menjadi,
Terkadangnya pula banyak ke laut.
Haha.

Bola tampar,
Tahun ini tahun kelapan kita bersama,
Dah merata negeri kita jejak demimu bola tampar,
Serta pelbagai kenangan masam manis tawar hebiaq terlakar bilamana I join bola tampar.

Oh bola tampar,
Keranamu juga I bertemu Dia.
Di court sana mata saling mencuri pandang,
Kemudian diikat di bulan Februari, seterusnya menyulam cinta di atas feri,
Sempat berbola tampar di USM sebulan sebelum di satukan di tahun 2010.

Oh bola tampar,
Kadang-kadang macam tak suka dengan kau ni,
Kadang-kadang jadi sayang,
Kadang-kadang rasa macam ahhhh malas dah nak layan,
Kadang-kadang menyampah datang kalau tak menang.
Erghhhh apasalah kena ada semua tu?
Tapi yang benarnya, kita sayang awak sangat bola tampar.
Awak jiwa kita.

Bola tampar menyatukan team kami semua,
Walau setiap tahun bertukar ahli,
Sebab ada yang tertelan bola dan ada yang tak boleh main tak dapat restu suami dan macam-macam hal lagi,
Prestasi team pun ada jatuh bangun sendiri,
Kita tetap usahakan lah ya untuk maintain begini,
Kekalkan momentum dan tingkatkan skill lagi,
Agar boleh beat UNIMAP dan UMS,
Walaupun hanya dalam mimpi.
Haha.

Bola tampar saya,
Moga jodoh kita sentiasa ada.
=)


Selasa, 24 Jun 2014

Musim panas.

Sekarang ni cuaca panas.
Time malam memang berbahang terasa panasnya.
Apapun,
Meh la kita bersama-sama menjaga kesihatan di cuaca yang panas ni.
Jangan lupa minum air banyak-banyak ye.


Isnin, 23 Jun 2014

Inspirasi. Motivasi. Selamat pagi!



Kita kuat bila kita tahu kelemahan diri sendiri. 
Kita cantik bila kita tahu menghargai kekurangan kita sendiri. 
Kita bijak bila bangkit dan belajar dari kesilapan diri sendiri.
~ Prof. Dr. Muhaya


Selamat pagi Isnin.
Jom kerja!
Saya sayang kerja saya :)

Jumaat, 20 Jun 2014

Family photoshoot: Ola bola, demam world cup!

Tips I, kalau nak ambil white studio photoshoot, make sure korang ada tema, so cantiklah gambar tu nanti. Tema boleh ikut suka, colorful, tema pastel color, tema black & white, tema back to school or apa-apa lah, janji ada tema dan senang nak act depan kamera.

Oleh kerana photoshoot kali kedua ni, I bagi kat Azreen ikut suka dia nak pilih tema apa. Kena adil kan dalam rumah tangga. Kot ini anak yang last, kang tak merasa pula dia nak pilih-pilih tema. Haha.

Dah bagi peluang kat dia, memang takda benda lain lah. Dapat suami gila bola kan, maka tema photoshoot kali ini adalah ola bola bersempena world cup lah kita. Ola bola dalam studio sudah. Kang outdoor, jenuh pula nak mengejar hero dan heroin I tu. Dan tak pasal-pasal untuk photoshoot ni juga, i terpaksa sarung jersi yang ada. Nak pakai jersi pink dia tak bagi sebab tak world cup katanya.

Terpancar kegirangan hati mamat gilabola tu. Haha.

Rabu, 18 Jun 2014

Iman Reezqy setahun sudah!

Menjadi emak ni, kalau boleh, kau nak sentiasa adil dan saksama je. Sentiasa cuba tak pilih kasih, kasih sayang dibagi seimbang sama rata, biar anak tiada rasa Mummy sayang adik lebih, kakak Mummy tak sayang.

Haha.

Macam tu jugalah photoshoot setahun ni.

Since dalam bilik dah terpampang gambar kakak setahun di dinding, si adik pula takkan takda langsung gambar dia pula kan? Oleh itu, untuk berlaku adil sesama beradik, marilah kita realisasikan, walaupun masuk umur setahun haritu, adik ditimpa macam-macam hal sampai masuk hospital, kita tetap usahakan jugalah agar gambar adik dapat dicapture. Tak gunakan khidmat white studio yang betul pun takpelah dik kan, janji gambar adik ada dan nampak cantik sudah.



Isnin, 16 Jun 2014

Teaser: Photoshoot Iman Reezqy setahun.

Belanja sekeping lah dulu ya. :)


Rabu, 11 Jun 2014

HKCC spread love together!



#Berkesan ker?
#Berapa lama nmpk kesan dia?
#Selalunyer yang ngandung tu amik berapa box?
#Sekotak dah nmpk kesan ker?

Jawapan:

HKCC TIDAK MENJUAL JANJI.

Tiada tempoh tertentu untuk BERKESAN itu ini kerana ia hanya minuman seharian berasaskan herba terpilih yang kami sendiri TERKEJUT dengan ZAT yang Allah gerakkan terhadap kandungannya. 

HKCC tiada bacaan 30 juzuk Al-Quran.

HKCC bergantung 200% pada Allah S.W.T.
Cuba minum dengan niat lillahitaala untuk kesihatan diri dengan ikhlas jiwa. Kadang-kadang, mungkin rezeki kita bukan dengan hati ragu-ragu. Kalau minum HKCC tidak memberi apa kesan, mungkin belum tiba masanya, Dia nak beri ujian dulu.


'Eleh.. test tengok betul ker boleh itu ini?'

Sentiasa  BERSANGKA baik.
Cubalah menguji ZAT ALLAH ta'ala terhadap sesuatu itu. Tak cuba, kita takkan tahu.
(^_^)


Terpulang,

Masing-masing punya pendapat sendiri.
Cuma pinta kami dengan rendah diri, tak perlulah beli HKCC jika niat ingin melihat kekuasaan Ilahi betul ker boleh itu ini. Apapun sila audit dan bersihkan hati dulu.

Oh ya, tak hebat manapun KOPI ni, tiada JANJI yang kesan nampak dlm beberapa hari kerana jisim manusia itu unik.
Hanya Allah yang tahu.
Berkesan untuk saya, belum tentu untuk anda.

HKCC hanya rm39.90/20peket.
Kalau nak sihat beli,
kalau tak nak, simpan lah duit.
HKCC tak paksa.

Apapun, pilihan di tangan sendiri.
HKCC minum kesihatan.
Minum untuk sihat, susut itu bonus.
HKCC spread love together!

Wallahu'alam.

Selasa, 10 Jun 2014

For steamboat & BBQ lover!

Korang suka makan steamboat?

I suka.
Suka sangat.
Kalau boleh hari-hari berstemboat je pun I rela.
Tapi sejak kahwin ni, kena fikirkan tekak suami dan anak-anak juga. Memang tak dapek lah nak hadap steamboat sokmo. Lagi-lagi kalau kau dapat suami muka bando tekak kampung yang nak nasi je, takda maknanya ok nak masak rebus-rebus celup tu.
Haha.

So far, tekak I kata sos steambot Johnnys adalah yang terbaik. Yang kedua terbaik, sos kedai H&H kat Kg. Gebok, Mantin.
Kalau BBQ or grill grill ni, ada cili sos pun itu dah terbaik kat tekak I.

Untuk orang yang suka makan steamboat dan makan grill grill ni, korang kena ada satu gajet macam gambar bawah ni. Banyak kelebihan tau kalau ada gajet ni.

1. Tak payah nak hidupkan arang dah kalau nak grill lamb or chicken. Ia guna letrik. Korang kena bersedia bayar bil letrik lebih je lah. ark ark ark.
2. Tak payah poloh-poloh tiak or bertolak-tolak dah nak suruh siapa grill. *bab ni sepupu I memang suka ngelat.
3. Kalau nak buat makan-makan, tak payah susah-susah masak dah. Sediakan bahan basah, nak grill, beli yang dah siap marinate semua, then boleh on majlis dah. Very the easy breezy covergirl uols!
4. Gajet ni pengerat silaturrahim. Sambil masak sambil borak, sambil tunggu turn nak masak sambil buat air, sambil-sambil tu suami masakkan untuk isteri tersayang, eh!
5. Gajet ni senang basuh  dan senang simpan.

Ha, siapkan list kan semua kebaikan kemain. Eh, korang jangan ingat i promote benda ni lak. Tak pun. I saja tulis sebab sharing is caring kan?

Ha, nilah gajet tu. Siap nak bakar pizza pun boleh. Kau hado??? Takdo? Kalau takdo silah lah pi google siapa yang ada jual. Haha.

Dah beli gajet, lepas tu ada pulak tumbuhan dan haiwan ni untuk dikerjakan, tak ke gumbira masa bersama keluarga korang kan?


Apapun, alangkah indahnya kalau ada orang hadiahkan untuk I satu benda ni.
Haha.

:p

Isnin, 9 Jun 2014

Congrats dik ipau!

24 Mei haritu, adik kedua telah nyuruh I bawa abah dan ibu pergi UTM Skudai untuk memeriahkan majlis konvo suami dia. Parents Faizal, adik ipau I ni tak dapat hadir pula sebab diorang kat Terengganu dan sedang menunggu hari adik perempuan Faizal bersalin. Kesian pula kat adik sebab dia dah lah sarat mengandung, sensorang nak handle anak dia, maka berangkatlah kami sekeluarga ke sana pagi tu. Konon nak gerak lepas subuh, tapi bila dah reramai ni, pukul 9 juga baru semua siap, pukul 9 juga baru boleh gerak.


Sampai-sampai je kat UTM, Faizal dah selamat terima skrol dan dah nak keluar pun dari dewan. Haha. So, kita teruskan dengan sesi bergambar jelah.


Ikin, orang yang bergraduasi dan Arif Daniyal.

Sabtu, 7 Jun 2014

Jom cuba: Infused water.



Why you should drink infused waters?


Khamis, 5 Jun 2014

Steamboat dan BBQ di rumah Kimie.

Cuti Israk Mikraj haritu, I dan BFF sekolah Teknik Port Dickson plan buat BBQ dan Stemboat. Rumah pilihan adalah rumah orang yang banyak gajet masak dan lokasi dia adalah tengah-tengah so, orang Sungai Buloh dan Seremban pun boleh datang. Sedap-sedap I je pilih tarikh, padahal yang cuti pada tarikh tu hanya Negeri Sembilan je. Selangor dan Putrajaya kerja. Dan tak pasal-pasal tuan rumah pun terjebak cuti sama. Haha.

Nah hambik kau size X large gambar haiwan dan tumbuhan untuk majelis haritu. Menetes  air liur tak tengok? Kambing tu sedap mak oi.

Rabu, 4 Jun 2014

Good bye & good luck!

Bila tengok gambar Big Bos Kampeni Kubah Biru (KKB) yang dah tamat perkhidmatan ni, sedih je. Ya, even dia tak kenal pun I, tapi I kenal dia. Even ada yang suka ada yang tak kat dia,  pada I dia adalah wanita yang boleh dijadikan idola dan inspirasi kalau nak berjaya. Ya, cara dia mengemudi kapal KKB mungkin agak 'keras', tapi masing-masing dengan cara masing-masing. Dengan kekerasan itu juga lah KKB banyak menempah kejayan.





To Dato' terima kasih kerana banyak menyedarkan kami yang banyak nau terleka. Selamat maju jaya di tempat baru dan semoga sentiasa menjadi insipirasi kepada semua wanita untuk menggapai jaya.

Selasa, 3 Jun 2014

Al-Fatihah: Muhammad Izz Rizzqi Mohd Nizam

Ingat lagi tentang post mohon sumbangan yang I buat DI SINI?


Dukacita dimaklumkan bahawa baby Izz Rizzqi telah meninggalkan kita semua pada 10.20 pagi tadi.

Terkejut sangat baca berita ni di blog N&N.

Semoga keluarga Izz Rizzqi tabah di atas dugaan ini.

Kita memang dijodohkan bersama..


Kahkahkah.

Isnin, 2 Jun 2014

Panggil mommy dan daddy is village people uols!


Since I dan husband decide nak suruh anak panggil kami Mummy dan Daddy, I memang dah biasa dengan isu ni. Lagi-lagi I yang orang kampung ni bila balik kampung memang pakcik makcik dan orang kampung yang dok terdengar dok membahan je lah.

Tapi, dah itu pilihan kami, maka menghadap je lah  apa orang kata dengan takde rasa apapun. Mummy Daddy pun sama je macam panggilan Mama Papa yang digunapakai oleh semua tu. Cumanya orang kita jarang guna, maka bila ada yang pelik-pelik mulalah berkata.  Kami ambil pendekatan, lama-lama nanti pokcik mokcik tu biasalah mendengarkannya. Dan, dunia tu kan berputar, once you mengata orang, tengok-tengok eh eh anak dia pula milih cucu dia panggil Mummy dan Daddy juga. Kahkahkah. What you give you get back lah. Kan dah termalu muka dah.

I tak marah pun perempuan kat atas ni nak gelak ke apa ke sakit hati ke kalau meluat dengar budak panggil mak bapa si budak dengan panggilan Mommy dan Daddy tapi yang I marah dia mengata orang kampung or dia sebut as village people tu. Siap cakap muka mak budak tu kampung sangat kemain. Bagusnya lah kan menilai orang?

Apapun, tak kiralah sebandar mana pun kau, seurban dan setinggi mana pun kau belajar, satu kau kena ingat, kalau takde VILLAGE PEOPLE ni, takkan ada kita semua.