Isnin, 9 Jun 2014

Congrats dik ipau!

24 Mei haritu, adik kedua telah nyuruh I bawa abah dan ibu pergi UTM Skudai untuk memeriahkan majlis konvo suami dia. Parents Faizal, adik ipau I ni tak dapat hadir pula sebab diorang kat Terengganu dan sedang menunggu hari adik perempuan Faizal bersalin. Kesian pula kat adik sebab dia dah lah sarat mengandung, sensorang nak handle anak dia, maka berangkatlah kami sekeluarga ke sana pagi tu. Konon nak gerak lepas subuh, tapi bila dah reramai ni, pukul 9 juga baru semua siap, pukul 9 juga baru boleh gerak.


Sampai-sampai je kat UTM, Faizal dah selamat terima skrol dan dah nak keluar pun dari dewan. Haha. So, kita teruskan dengan sesi bergambar jelah.


Ikin, orang yang bergraduasi dan Arif Daniyal.



Adik ketiga, ibu dan Ikin.

Tuan belog.

Iman Raneeya yang ceria sebab kat sana ada macam-macam jualannya. Kopak hoi!

Family potrait without adik bongsu.

Family potrait without suami tersayang. Haha. Kemain!

Adik bongsu dan abang ipaunya.

Suami tersayang yang takde kerja, selfie!

The sibling: Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Bang Chik.

Lepas majlis konvokesyen tu, kami singgah di Restoran ZZ Sup Tulang kat JB sebab orang yang diraikan nak makan kat situ. Dah kenyang makan, terus berdesup laju-laju lari balik ke Melaka sebab husband nak ngejor siarang langsung badminton Piala Thomas. Haha. Makanya, semua gigit jari je lah tak dapat nak jalan-jalan di JB.

To adik ipau, tahniah sebab dah berjaya bergraduasi. Lepas ni moh lah kita sama-sama sambug master pulak ye. ;)

2 ulasan:

  1. tq sis n famili yg hadir...really appreciate it..luv u all so much..huhu

    BalasPadam