Khamis, 13 Mac 2014

Bermadu, perkataan keramat untuk seorang perempuan.

Ain tersebut bukanlah DEN.

Untuk stalker halal I, tak payah nak mengelinjang sangat, lepas tu senyum sampai ke telinga bila baca tajuk ni. Aku lempang kanggggg!

Berbalik pada tajuk, dulu masa duduk dengan makpak, kalau bergurau ke gaduh-gaduh manja ke,  Abah suka ugut-ugut ibu:

Abah: Marah lah, marah lah, kahwin lagi satu kang baru tahu.
Ibu: Nak kahwin, kahwin lah, bulan-bulan jangan lupa bagi RM5000.
Abah: Ark ark ark.

Gitulah selalunya ayat ibu. Takda perasaan takut apa pun menuturkan kata tu. Mungkin ibu tahu, abah takkan termampu nak bagi sebanyak tu tetiap bulan, sebab itu ibu berani bagi statement macam tu. Satu hari, terdetik juga rasa hati ni nak tanya,

Ibu rela ke bermadu sebab selalu cakap macam tu?

Jawab ibu:

1. Ibu tahu kewangan abah, dia sendiri pun sakit nak tanggung satu famili sampai ibu kena tolong menambah-nambah, kalau dua keluarga tentu jadi lagi sakit. Terpulanglah pada dia. Nak tambah sakit atau nak hidup macam sekarang.

2. Lelaki ni, kalau hu ha hu ha macam abah kau tu, dia cakap aja. Buatnya tak. Yang diam-diam ni yang bahaya sebab yang diam ni, dalam diam dia buat kerja.


Itu pendapat ibu.
Lain pula dengan pendapat MIL I bila satu hari tu, terbergurau pula dengan Azreen depan dia.

Azreen: Cun yang awek tu (rujuk cerita dalam tv). Body perghhhhh. Ni yang rasa nak kahwin lagi satu ni.
Ain: Kahwin lah, bulan-bulan bak sini RM10 ribu cukuplah.

Azreen: Kahkahkah. Minta tak pernah yang sikit.
Ain: Pampers susu anak bukan singgit dua ringgit  SAYANG oi. Awak nak kahwin lain, nak bersedap-sedap, takkan I nak berendam air mata lak. Duit yang you bagi tu boleh lah bawak-bawak shoping ke holiday ke dengan anak-anak.

Terus MIL nyampuk.

Jangan cakap macam tu Makcu. Mana tahu kot satu hari nanti ada rezeki dia mampu bagi banyak macam tu, terus kahwin dua dah. Jangan minta lah benda-benda macam tu.

Gelak besar I dan Azreen sebab kami bergurau je lah Mak oiii.


Bab poligami dan bermadu ni memang perkara yang sensitif sangat untuk seorang perempuan. Tak semua perempuan sanggup di madu, berkongsi suami, berkongsi segalanya. Pada I sendiri, tak tahu nak gambarkan diri ni jadi apa kalau terkena pada I sebab I ni sebenarnya tak lah sekuat seperti Ain yang komen dalam blog BN tu.

Harap maklum ye stalker halal.

2 ulasan:

  1. errrr.. x sanggup kot..walaupun diberi duit tiap2 bulan..

    BalasPadam
  2. itulah yg aku selalu sebut2 kalo laki tetibe merenyam duk menyebut nk tambah sorang... kehkehkeh...dh tau dia x mampu... =P

    BalasPadam