Isnin, 27 Januari 2014

Movie: The Help

Azreen dia selalu cakap kat mak dia, Ain tak suka tengok movie mak. Dia asyik tengok Bella, Model-model, Masterchep je. Bola lagilah dia tak tengok Mak. Chik tengok dengan Reezqy je. *Reezqy jenis suka bangun tengah malam kan, I nak tidur, so, hadaplah kau tengok bolah sambil jaga Reezqy. :p

Lepas tu, mak mentua I lak, lepas Azreen cerita kat dia, mesti dia akan cerita balik kat I. Kira kalau Azreen mengadu kat Mak dia, mak dia  mesti mengadu balik kat I gitteew. So apa je yang kira Azreen nak share dengan Mak dia, even tak nak I tahu, tapi  lastly, I akan ter tahu juga. Haha.

Bercakap tentang tengok Movie ni, bukan lah I tak suka tengok movie. Tapi, I rasa mak Azreen atau perempuan lain faham kenapa kita perempuan ni jarang nak tengok movie panjang-panjang kat tv. Balik kerja, nak ngejar memasak, nak mengejar mandi, nak mengejar masa dengan anak, nak mengejar sediakan bag anak pakaian kerja suami, ada masa kau nak duduk depan tv nak menonton movie.

I pula jenis kalau tengok dah tengah-tengah atau hujung-hujung ni, takdenye I nak hadap. Bukan I lah tu. I kena tengok dari mula, faham cerita dan tunggu endingnya. Mahu hangus lauk oi, kalau ikut nafsu I hari-hari layan cerita kat tv. Haha. Lagi satu, I memilih juga kalau tengok movie kat TV ni, selain dari true story, I lagi prefer cerita yang ada memberi impak pada kita bila kita tengok, lepas tu lebih kepada cerita family matters, love story, yang mana semua Azreen bosan nak tengok. Azreen pulak layan cerita yang buat I menjerit kalau tengok, cerita yang I banyak nyorok bawah bantal dari tengok movie dan cerita perang-perang yang I rasa, elok I berperang dengan dapur dan anak-anak dari tengok cerita tu. So, sebab tu I tak boleh tengok movie/cerita dengan Azreen tapi Azreen boleh je tengok dan layan apa yang I tengok.  We are totally DIFFERENT, but we perfectly LOVE each other. :p

So, last two days kot, I tertengok lah cerita The Help ni. Time tu semua kerja dah siap dan mata pulak tak nak lelap, so cerita ni ngam-ngam je start bila I tertukar channel.

Cerita ni pasal isu racist antara kulit putih dan kulit hitam pada tahun 1960's. Through cerita ni kita akan nampak sangat sikap prejudis orang kulit putih dalam cerita ni terhadap orang kulit hitam. Siap tak boleh share toilet ok sebab jijik dan macam-macam lagi lah. Kita juga akan jadi annoying tentang sikap orang kulit putih ni yang nampak macam best tapi realitinya dalam filem tu, hampeh kedaung.


Sinopsis:
The Help (2011) stars Emma Stone as Skeeter, Viola Davis as Aibileen and Octavia Spencer as Minny-three very different, extraordinary women in Mississippi during the 1960s, who build an unlikely friendship around a secret writing project that breaks societal rules and puts them all at risk. From their improbable alliance a remarkable sisterhood emerges, instilling all of them with the courage to transcend the lines that define them, and the realization that sometimes those lines are made to be crossed-even if it means bringing everyone in town face-to-face with the changing times.

The Help ni sebenarnya tajuk buku yang ditulis oleh Skeeter tu. Disebabkan isu racist yang timbul dengan pelbagai akta yang tak membolehkan orang kulit putih bergaul dengan orang kulit hitam, Skeeter menghadapi kesukaran nak dapatkan sumber dari maid untuk isi bukunya iaitu kisah hidup seorang maid. Tapi tanpa jemu Skeeter pujuk, dan dengan bantuan Aibileen dan Minny, dapatlah Skeeter isi yang diperlukan dan menerbitkan buku the Help. Through buku tu juga ia membuka mata  tentang cara layanan orang kulit putih terhadap maid di Missippsi. Cerita ni nampak macam serius tapi banyak lawaknya. Ada juga part yang menyetuh perasaan. So, bagi I cerita ni memang best untuk ditonton.

Ni antara karektor yang korang tak boleh lupa kalau tengok cerita ni. Minny and her chocolate cake. Haha. Minny ni outspoken tapi dia baik hati. Sebab sakit hati sangat dengan majikan dia, Minny ni balas dendam buat kek dari taik dia dan bagi majikan dia makan. Haha. Padan muka Hilly.

Nasib Minny lepas tu berubah lepas dapat bos baik. Perempuan skirt pink tu dipulaukan  oleh orang kulit putih di kawasan tu sebab dia cantik dan body mantop so, dia ambil Minny bekerja. Bos yang kali ni memang best dan sempoi gila. Siap boleh makan semeja.


Tonggak Utama, Skeeter, Aibileen dan Minny. I paling suka watak Minny tu.

Jumaat, 24 Januari 2014

Sahabat Utara.

End of February haritu I ada ikut suami pi Utagha atas urusan kerja.
Since i ada kawan di Utagha, yang mana dia pun antara BFF yang I ado, terus minta izin kat husband nak pi jumpa dia yang dok di Sg. Petani (SP) nuuun.

Dah lama sangattt wooo tak jumpa dia.

Since I tak familiar jalan nak ke SP pada waktu malam, sepupu I lah yang jadi mangsa untuk bawa I dan Iman Raneeya ke sana. Nasib baik lah ajak sepupu I sebab, tak disangka sungguh, SP cepat nau berubah. Adalah dalam 5 6 tahun kot I tak jejak kaki pi SP dan banyak benau yang dah berubah. Sampaikan SP dah ada dua Tesco tu sekarang ni.

BFF I Afzan ajak jumpa di Village Mall which is I tak pernah dengar pun sebelum ni yang VM ni ada kat SP.


Sempat bergambar selesai makan je sebab time makan tu sepupu I malu nak snap-snap sebab ramai orang katanya.


I bersama Mak Buyung di malam hari menggalasa si tenonet yang dah tidur.

Tak dapat lama pun jumpa Afzan malam tu sebabnya si tenonet dah tidur. Tapi takpalah kan, dari tak jumpa langsung, pertemuan yang singkat tu pun dah mencukupi.

To Afzan dan Anep, terima kasih ya sebab sudi melayan tetamu jauh dari Melakau ni.
Semoga selamat bersalin juga buat Afzan yang tengah mengandung anak pertama.
=)

Pssst, weols pakai baju sama warna tu, putih!
Tak janji pun tawww.

Pulau Pinang, tunggu cheq naa...


Semoga dipermudahkan segalanya. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ke Neghoghi  :)

Khamis, 23 Januari 2014

Vietnam Trip: Day 1

Entri nak masuk empat tahun terperam, so bila baca, janganlah dibanding-banding gambar tu dengan fizikal I yang sekarang. Kahkahkah.

Seingat I, I hanya post pasal I sampai Vietnam, then food dia, tu jelah tentang trip I ni. Lepas tu, disebabkan busy sambut puasa dan raya I pregnant, terus I tak ambil tahu dah dan tak teringin dah nak post apa-apa. Haha. Alih-alih, 2014 ni lak, tergerak hati nak recall dan cerita balik pasal trip dah bertahun berlalu tu. Hadapkan je lah ye baca sambil perati-perati size badan I yang eh slimnya nangis ok bila tengok balik :p

Trip ke Vietnam ni sebenarnya part of assignment class Degree time kat UPM. Impak Perang terhadap Kehidupan Masyarakat Vietnam Selepas Perang. Lebih kurang gitulah tajuk assignmentnya. Dah nak masuk empat tahun kan? What do you expect? Campur dengan urat yang dah putus sebab bersalin tu, ingat I nak ingat bulat-bulat? Kahkahkah. Ambil lebih kurang je lah ye cerita.

I pergi trip ni, empat hari selepas Majlis Bertandang, iaitu 5-7 Ogos 2010. Balik dari Vietnam, 2 3 hari lepas tu bulan puasa lak. Kemain, padat betul jadual pengantin baru. Pergi trip dengan inai masih merah, then I angkut Azreen sekali, feeling-feeling honeymoon terus. Hambik....

Flight kami pagi pada 5 Ogos tu. Seingat I, kak Ipar hantar I dan Azreen sesubuh hadam time tu. Subuh breakfast semua kat LCCT.

Eh, ni gambar time dah sampai di Than Son Nhat International Airport. Yang baju kelabu tu, tourist guide kami, Jenny. Cun wooo.

Ni dekat LCCT lagi with skendeles yang Azreen dulu jelous dengan Mamat ni sebab keakraban kami. Haha. Kami akrab je, tapi memasing dah ada teman istimewa lah Azreen oi. 
Dalam AA. Tak leh nak bercengkerama sebab dok depan Pensyarah. Haha.



Sampai je kat Airport, kami disambut oleh Jenny dan bas kontot. Bas ni lah yang mengusung kami ke hulu hilir sepanjang di Vietnam.

Sesampai je di Vietnam, tempat pertama yang dituju adalah Satay House Malaysian Restaurant. Dijamu makan tengahari iaitu nasi ye bukan satay yang tak berapa nak masuk dengan tekak I. FYI, sepanjang kat Vietnam ni, I memang tak berapa nak masuk dengan semua makanan. Sanggup makan buah dari makan makanan diorang. Kengkawan lain, elok je telah I tengok, termasuklah dengan Azreen.

Posing je la boleh harap, makan tak  berapa selera.

Ikan masak lemak cili padi. Nampok sama, tapi rasa tak macam lauk kat Malaysia yang lemak berkrim tu ye.

Lepas makan, makan maka tour kami pun bermula la. First visit adalah  sekitar Bandar Saigon yang menjadi tempat tarikan pelancong. Kami di bawa ke Saigon Central Post Office atau Bu Dien Trung tan Saigon. Bangunan ni dibina pada abad ke 20 dan direka oleh Gustava Eiffel. Cantik dan klasik je bangunan ni. Tapi satu jelah yang I tak tahan. Dok dalam tu panas :p


Kat sini, I memang takde kerja lain, ambil gambar kalau tak melompat memang tak sah :p

Post Office ni berdekatan dengan Basilika Notre- Dame, gereja Utama diorang. Tenang je kan tengok jalan raya diorang ni.  Damai pun ye sebab ada pokok-pokok tu.

Love bird halal yang girang kemain. Tak habis-habis melompat. Gilo!

Gambar dalam Post Office. Dalam ni ada juga jual cenderamata, tapi since baru sampai, dan letih dengan cuaca yang panas, I tak belek-belek pun. Tapi kawan-kawan cakap, harga boleh tahan mahal. 

I suka pokok-pokok kat belakang tu. Tengah  bandar ok, ada pokok-pokok. Tenang kita tengokkannnya.

Oh mendamaikan pokok besar tu. 

Next visit adalah ke Independece Palace atau dikenali sebagai Reunification Palace. Bangunan ni dibina atas tapak bekas Norodom Palace. IBangunan ni adalah rumah dan tempat kerja Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam. Ia merupakan tempat tamat Perang Vietnam semasa Kejatuhan Saigon pada 30 April, 1975 sebab ada tank langgar main door bangunan ni. - Beriya kan I cerita. Haha. Percayalah, I copy wikipidia je :p

Pencinta sejarah macam diorang ni sukalah pergi tempat gini. I pulak pergi semata untuk menyiapkan assignment je. Vietnam ni baru nak membangun korang sebab perang diorang kan tamat dalam tahun 1970s gitu, so banyak tempat tourist  attraction tu memang panas berdegang. Merasalah korang masuk istana takde aircond.

Bilik tetamu dalam istana. Nampak mewah di situ. Haha.

Catatan peristiwa penting.

Classmate yang gilo-gilo yang paling tua, yang scorer sokmo, Abang Sham.

Tinggalan Perang.

Gothca, love bird yang asyik bercinta. Orang pi dengar taklimat, ko sibuk bercinta. 

Sempat fotoshoot jap. Ni bukan apa, berenti berehat ni. Percayalah, tempat aku bersandar tu tak beraircond pun *_* Nasib ada topi, boleh kipas-kipas.

Part of isi kandungan istana tu.

Then habis melawat Istana tu, kami dibawa pulak ke Vietnam Handicapped Handicrafts. FYI korang, diorang ni handicapped akibat kesan perang tau. Kesian sangat. Cuba korang google Ejen Oren/Agent Orange, baca kisah diorang ni.  Sedih.

Tapi, even handicapped, diorang punya hasil tangan kemain cantik oooo. Tulah kan, Tuhan jadikan manusia tu sempurna. Dia kurang tang lain, dia lebihkan tang lain pulak.
Dah, tetiba mode Ustazah dah pulak dah ha. 

Ada yang kurang di bahagian mata, kaki, tangan tapi hidup tetap diteruskan.

Nak letak semua gambar kang muntah lak. So I pilih satu ni jelah untuk tatapan korang. Nak tengok yang lelain, pepandailah google. Haha.

Lepas dah melawat tempat-tempat kat atas, barulah si Jenny tu bagi kiteorang ni check in hotel. Kejam kan, dah berpoloh-poloh ketiak, barulah dibaginye masuk bilik.  Kat sini, agensi yang kami guna letak kami kat Lavendar Hotel. Ok lah bilik dia. Wifi semua ok. Time I pergi tu, online semua boleh tapi FB diorang block.

Malamnye pulak, kami gi dinner dan aktiviti bebas. Pengantin baru kan join the trip, memang masak jadi bahan je lah. Lambat sikit turun, diorang punya membahan, kemain lagi. Haha. Layankan jelah.

Malam tu kiteorang makan kat Kedai Shamsudin ni. Kedainye macam ke dalam sikit. Korang nampak girl Vietnam yang baju biru tu. Comel kan? Siap pegang offer Azreen nak ikut balik? Kahkahkah.  Terus pucat muka mamat tu. Kebiasaannya ikut maklumat dari Jenny, perempuan kat Vietnam ni, diorang meniaga siang malam. Siang meniaga baju, malam meniaga bukak baju. Ada faham? Eh, sendiri faham je lah ye.
Lepas makan, kami dihantar balik ke hotel  untuk berehat. Tapi yang berehat I jelah, classmate yang lain sibuk  ke Night Market depan hotel tu. Haha. Oh, lupa. Matawang diorang ialah Vietnam Dong ye.




Ok habis entri Day 1.
Next?

Tunggguuuu entri Day 2 pulok.
Kalau rajin la ye.

Rabu, 22 Januari 2014

Pilih tempat kerja dengan harapan jadi baik.

Dulu, masa dapat surat tawaran kat tempat kerja sekarang ni, hati rasa serba salah sangat dan terfikir-fikir, nak terima ke tak, terima ke tak. Sebabnya,

1. Orang yang beriya-iya ambilkan borang, suruh I isi dan dia pun turut memohon tak dapat tawaran, tapi  Alhamdulillah, rezeki tu untuk I.
2. Ex-Tunang macam tak berapa berkenan I kerja jauh. Dia di Melaka. I di Negeri Sembilan. Kang dah kahwin, jadi perkahwinan jarak jauh pulak.
3. Reason paling berat sekali adalah, I seorang yang free hair dan  dress-up pula langsung tak mencerminkan nama tempat tawaran tu, buat I rasa, alahai, nanti kena berpura-pura, fake, hipokrit semua tu. Penat lah.

Haha.
Reason nombor tiga paling tak boleh blah kan? ;p

Tapi dah tertulis kan. Tempat I memang kat sini. Rezeki I memang kat sini dah His plans adalah yang terbaik untuk diri ini.

=,)

Ingat lagi dulu masa interview, I rasa macam  harapan tipis je. Pergi interview sensorang siap tak tahu jalan. Tapi dalam hati siap bisik-bisik, kalau ni rezeki I, I akan jumpa. Kalau bukan, kita balik rumah je lah. Dah lah time tu semua candidates datang dengan boyfriend lah, suami lah, ahli keluarga lah, tapi I pula datang sensorang je.

Siap sebelum interview, I boleh pinjam handouts calon lain untuk dibaca ko. Kahkahkah. Gile tak ready langsung. Time interview lak, I fail jawab soalan siapa Ketua Putri UMNO  (Dato' Noraini yang jadi Ketua Puteri time tu). I siap sengih je then jawab, Im sorry sir, I have no idea and to be honest,  i don't know the answer. ;p

Terus lepas interview tu rasa, alah, confirm tak dapat punye lah. Kan main berani ko jawab tak tahu kan, ko ingat orang nak ambil ko kerja  tapi isu semasa pun tak alert.

 ;p ;p ;p

Alih-alih beberapa minggu lepas tu dapat surat tawaran. Sangat terperanzat dan tak sangka. Memang dah tercatat ia memang rezeki I.

Lepas timbang tambah tolak darab bahagi semua reason untuk terima, I REDHA dan pasrah je. Lagipun, I nak sangat tinggal dengan parents since dari kecil I kan duduk dengan nenek dan datuk. Then, I harap, bekerja di tempat yang mempunyai nama yang baik, harap-harap, I pun akan berubah jadi  baik-baik sangatnye pun lah. Haha. Siapa yang tak nak jadi baik kan? Tak baik banyak, jadi baik sikit pun jadi lah.

Tahun pertama dan kedua mula bekerja kat sini, I masih tak nampak lagi perubahan yang baik-baik. I rasa macam sama je kerja kat tempat lain.  Cuma yang nampak bezanya, I yang dulu suka lari dari bersukan, dah pandai lah sikit-sikit bersukan. Haha.

Lepas tu, sikit-sikit diri ni mula berubah. Dari yang tak suka tu jadi suka. Dari yang terpaksa dah jadi biasa. Dari mengikut-ngikut terus jadi lekat di hati. Dari yang jarang, terus jadi amalan.

Dan sekarang, dah nak masuk tahun kelapan I di sini, I masih lagi mencuba berubah ke arah kebaikan dan akan terus memperbaiki diri dari masa ke semasa. Siap dah ada suami dan anak dua dah kau. Kahkahkah. Faktor rakak (rakan+kakak2) sepejabat dan rakan seperondoan juga sediki sebanyak mempengaruhi untuk memperbaiki diri serta menjadikan diri ini lebih matang lagi. Dari mana yang tak biasa pun dah jadi biasa sekarang.  =)

Insha Allah, semoga akan terus cuba cuba dan mencuba menjadi ummatNya yang mengikut jalan yang lughuihhh walaupun kadang-kadang ada juga terpeleotnya. Ampun Ya Allah!

Satu yang pasti, bukan pilih tempat kerja dengan harapan jadi baik tu yang merubah segalanya. Tapi ia terpulang kepada hati dan pilihan semua di tangan kita sendiri. Kalau kita pilih untuk menjadi  baik, membuat benda baik, mencari kawan yang baik, maka akan baik-baik lah kita dan begitu juga sebaliknya.

Wallahua'lam.


Selasa, 21 Januari 2014

Tips hantar anak ke taska


Alhamdulillah, bulan ni masuk bulan ke lima hantar Iman Raneeya ke taska. Dia dah semakin pandai bawa diri, dah boleh ikut aktiviti dan dah tak menangis dah. Siap hari cuti pun dia tanya, bila nak pergi taska. Haha. Lagi-lagi dah ada uniform kan, siap suruh simpan baju Iman dalam bag, nanti Iman nak pergi taska. Cuma bila cuti lama sikit, mula lah datang penyakit merengek nak pergi office dia tu balik. Tapi tak lama mana lah merengeknya. Jejak je pagar taska, nampak kawan tergedik-gedik panggil Iman, Iman, hilang rengek terus mengelinjang si minah kenit tu balik.

Agak mencabar juga nak menghantar si Iman ni dulu ke taska sebabnya, satu,  lumrah anak sulung, dimanja terlebih then tak independent. Sebab yang kedua, Iman  dijaga oleh saudara iaitu makcik I dan nenek sendiri; orang-orang yang memang dia dah kenal so, bila tengok orang asing tu, dia punya cultural shock siap nangis dalam hati tersedu-sedu sampai dua bulan.

Antara tips yang boleh I kongsi bila nak hantar anak ke taska ni:

1. Survey
Ni semua orang tahu kot. Perkara yang paling asas. Survey lah keadaan taska, cikgu dia macam mana, tanya pendapat kawan-kawan yang ada hantar anak kat taska tu, yuran, makanan, layanan, aktiviti semua tu. Tanya ikut apa yang kita hendaklah. I sendiri, cari yang bayaran ok, lepas tu satu jalan nak ke office. Senang. Tak payah nak pusing-pusing semata nak hantar Iman ke taska. Kalau nak feeling-feeling masuk taska, minta permission buat lawatan dalam taska. Time tu boleh lah tengok tahap kebersihan dan cara budak lain dijaga di taska itu.


2. Hati kering
I ni kalau tak ikut hati kering I, memang bulan kedua dah letak balik Iman kat rumah MIL. Siapa tak nak kau, layanan first class MIL yang 9 jam memang tertumpu kat Iman je. Tapi bila fikir balik yang MIL pun nak kena urus si Reezqy debab tu, so, nak tak nak, korbankan lah perasaan Iman. Haha.

MIL i pun, satu hal juga. Dia siap menangis bila tengok Iman menangis nak pergi taska. Siap dia cakap, tak payahlah hantar dah. Dia boleh jaga dedua. Tak bayar pun takpa. Terus kami jadi serba salah.  Bukan duit soalnya. Kami kesian kudrat MIL yang dah berusia. Tu je. Azreen lagilah tak tentu arah bila mak dah asyik menangis. Siap cakap, neraka dah tempat I ni Yang. Rasa I nak lempang je mamat tu even dia melawak.

Bulan pertama I hantar, serabut jugalah asyiklah terfikir, macam mana lah Iman bawak diri, siapa lah pujuk dia nangis, macam mana lah dia makan, macam manalah Iman nak tidur sebab dia kena di garu-garu dulu badannya kalau nak tidur, berak cikgu basuh tak, cikgu pukul tak Iman kalau asyik menangis, bersih tak Iman mandi, boleh tak Iman bergaul dengan kawan-kawan semua. Haishhh. Hari-hari fikir. Siap kalau ada kereta I nak pergi mengendap. Tapi, fikir je lah, buat tak sebab suami I asyik cakap, nak perfect awak pergi jadi cikgu lah! :p

Hati memang kena kering wehh dalam bab ni. Tak payah layan sangat perasaan yang bukan-bukan tu. Buat bodoh je dan muka kena cool bila anak melalak sambil pangil Mummyyyyyyy time masuk taska tu. Nak berjejes air mata, sila dalam kereta ye Mummy. Haha. Buat pekak je bila Iman menyanyi mendayu-dayu Iman tak nak pergi taska. Jangan dilayan. Fikirkan, ini semua untuk kebaikan Iman juga. 


3. Soal selidik 
Masuk bulan kedua, Iman masih tetap menangis, I ambil pendekatan lain pula. Hari-hari I tanya kenapa Iman tak nak pergi taska. Bila tanya, cikgu pukul ke? Dia geleng. Kawan jahat ke? Dia takde respon. Jawapan yang dia bagi. Taska tak best. Boleh?? Memang lah tak best sebab dalam hati Iman Raneeya yang best playgroud je, main pasir, pi Giant, pi Tesco kennnn. Hari-hari tanya jawapan dia tetap taska tak best so I buat kesimpulan, taska tu takde masalah lah.

Kat FB pun I post juga pasal Iman yang menangis je pergi taska tu, dan macam-macam lah orang komen. Ada yang komen, dia ada fav cikgu kot, cikgu lain dia taknak, suruh cuba tukar taska lain ke, dan macam-macam lagilah. Agaknya, cikgu Taska tu pun ada baca komen-komen kat FB I, terus satu hari tu Pengetua Taska ajak berbincang. First dia suruh cuba hantar Iman half day dulu, lepas lunch hour I ambil. Bagi Iman mesra dulu dengan enviroment taska. Yang kedua, dia suggest cuba tukar Iman kat branch yang lagi satu. Mana tahu kalau Iman serasi sebab kat situ ramai perempuan.Kalau dua-dua tak jalan, boleh lah I kalau nak cuba tukar taska lain.

Alhamdulillah, I pilih cara yang kedua, dan ianya berkesan untuk Iman.


Setakat ni tu jelah tiga tipsnya. Haha. Kalau ada lagi, nanti kita tambah ye.

Khamis, 16 Januari 2014

Balkidz, the bloger

Sepanjang I menulis blog ni, dari zaman clash dengan boyfriend dulu, sampai dah beranak dua ni, I akui, I memang hanya menulis tapi tak pernahnya join mana-mana pertemuan dengan para bloger, baik yang famous, suam-suam kuku atau tak berapa glamorous di arena perblogan. Bersahabat dengan bloger pun tak adanye pun. Sekadar komen-komen kat blog, takpun gi skodeng-skodeng mereka kat IG. Itu jelah. Berkawan secara maya je gitu. Takdepun join mana-mana pertubuhan yang bernaung di bawah dunia blog ni.

Ada juga antara schoolmate I dan officemate yang menulis blog, diorang ni, memanglah ada jumpa. Tapi sebab dah kenal kan, tapi kalau terjumpa pun, perasaan tu biasa-biasa je lah sebab diorang ni memang dah kita kenal. Kot-kot buat excited jumpa diorang ni, terkejut pulak diorang tu kang. Haha.

Seingat I, antara bloger yang I pernah jumpa adalah Zila Ziman (Sifu Make Up I), Rina (beli set makeup dengan dia), Kak Zimah, Kozam dan Kozul (sebab diaorang ni rakan maya teratak dulu), hmmm tu je lah kot. Boleh dikira dengan jari jumlahnya.

So, bila si Balkidz ni menjemput I untuk ke majlis dia haritu, perasaan time tu, Ya Allah, macam nak pergi first date gamaknya. Kahkahkah. Dupdapdupdap dalam hati ni. Siap fikir, nak react cemane, nak cakap apa, alahai, nak pergi ke tak, haishhh, tentu arah jadinya.

Bila dia wassap, aku nak jumpa ko kak, dan I reply, tengok lah kalau aku tak sesat  nanti aku sampai. Terus dia zaassss, hoi aku dah bagi GPS koordinat nak sesat apanya. Hahahazabedah punya budak.

Nak dijadikan cerita, memang sesat pun I di hari majlis itu. :p Tak sesat, tak Ain Ya Nun kan lah namanya. Beriya I tunjuk gambor kad jemputan kat Guard tu, sekali Guard jawab, bukan sini lah dik. Ni taman depan tu, adik keluar  dari sini, dalam 200 meter masuk kanan. Azreen dah menjeling menjeling memandang je dah sebab time ajak haritu dia cakap dia tak tahu jalan tapi I siap-siap jawab dah, takpe I tahu. Confident ok menjawab sebab I yakin ada GPS :p 

Ampunkan lah isterimu itu ye Suamiku yang ganteng macam Keith Foo! :p :p :p

Nasib baik  direction yang Guard tu bagi dan GPS I yang seterusnya itu tak salah jalan dah. Betul dan tepat siap masuk kat parking sesama ahli keluarga Balkidz lagi dekat laman dia. Haha. Dari luar dah nampak muka si Balkidz tu, so teruslah I seret suami dan anak-anak masuk ke rumah. Reaksi time tu, belakon je macam dah lama kenal. Salam gelak-gelak dan pandai-pandai bawa diri.

Inilah Puan Balkidznya  dengan Badriena, perantin pada haritu  =)



Candy Buffet

The pelamin yang simple, comel, cantik dan tak 'berbunga' nau! I likeee.

Cik Pengantin yang sedang enak dilambung ombak bulat-bulat pink.

Bergamba dengan tuan rumah dan perantin. Anak Balkidz dengan anak I, dua-duanya sedarjah (lahir tahun yang sama).

Lepas ambil gambar, makan dan dapat goodies bag yang putus tali tu :p kami pun minta diri nak balik. I ingat, kot la dapat jumpa bloger lain kat majlis ni, tapi takde pun. Takde rezeki kot nak memanjang jodoh dengan bloger lain.


Apapun, terima kasih Puan Balkidz dan suami ye kerana sudi  jemput I. Moga dapat berjumpa lagi di lain masa. Mana tau, kot I sesat sampai Sarawak nanti, dapat lah jumpa ko kat sana pulak ye.

=)

Isnin, 13 Januari 2014

Duit poket: Boleh ke dapat duit tanpa berusaha?

Blog walking kat blog Feeza, terbaca post dia pasal duit poket dan ter register.

Kahkahkah.
Benda senang kan, klik klik klik terus terjebak.

Tapi,
Betul atau tidak, tidaklah diketahui kesahihannya.
Yang penting, dalam akaun I dah ado US$25 katanya.

Kemain.
Duduk atas kerusi,  klik itu klik ini,
Tiba-tiba dapat US$25.
Kau boleh percaya?

Cuba korang klik  kalau nak cuba: DUIT POKET


Jumaat, 10 Januari 2014

Body treatment Ariana Rose yang handsome :p #10

Body Treatment.

Caller: Hello, boleh bercakap dengan Puan Ain.
Ain: Ya, saya bercakap. Siapa ni?

Caller: Oo  Puan Ain, saya D*** dari **** Slim Centre. Saya dapat nombor puan ni dari rakan Puan yang mendapatkan khidmat di tempat kami. *tah sesape lah kawan I yang bagi nombor tu khennnn Saya ingin menawarkan kepada Puan sesi body treatment secara percuma kepada puan. Puan boleh datang ke pusat kami dengan membawa seorang lagi kawan. Secara percuma puan.. bla bla bla bla bla...
Ain: Sorry En. D***. Saya rasa saya tak perlukan sesi tersebut. Saya dah dapat berat badan ideal dah pun. Saya pun, Alhamdulillah sihat walafiat ni. *confident je cakap sambil Azreen dah jeling-jeling.

Caller: Boleh saya tahu cara apa yang Puan guna untuk dapat berat badan yang ideal?
Ain: Alah En. D*** sekarang ni kalau nak kurus dah ada macam-macam cara. Berlambak dalam youtube tu. Rajin tak rajin je nak download dan buat exercise. Lagipun saya baru lepas bersalin, memang dah workout untuk slim balik lepas pantang tu.

Caller: Oo begitu. Takpe Puan, kalau puan nak datang suka-suka dengan keluarga pun takpa. Nanti saya call puan lagi ye untuk set appointment.
Ain: Ok.

Azreen: Siapa tu? Kemain confident je ko kan berat badan ideal. Ideal lah sangat. *kerut hidung sambil lubang hidung dikembangkempiskan.
Ain: Sibuk je. Hidup kena confident beb walaupun badan ko besar tong. Tah sesape lah bagi nombor fon aku kat mamat lembut tu tah. Haishhhh.


Ariana Rose

Lepas siri drama Filipina yang I minat tu tamat, I memang dah jarang lah tengok tv kecuali America's Next Top Model tu. So, balik kerja, buat kerja rumah, siap kan benda-benda  utk besok, then terus tidur jelah. Tapi ada sekali tu, tertengok pula cerita Ariana Rose tu dan terfollow lah pulak. So, lepas habis cerita tu semalam:

Ain: Duhaiiii kekasih hatiiiii.. *nyanyi lagu drama tu.. B, Keith Foo tu handsomeee nyeeee kannnnnnn
Azreen: Kau dah kenapa?
Ain: Ishhhh handsome lah. Sesuai lah dia jadi hero.
Azreen: Ni handsome depan mata ni tak nampak ke?
Ain: Siapa?
Azreen: Azreen dan Iman Reezqy
Ain: Ceh! *kombang lubang hidung arah ke Azreen
Azreen: Kahkahkahkah. Pi lah bawa-bawa solat Maghrib tu Yang. Mintak ampun dengan Tuhan sekali sebab muji laki lain handsome dari suami sendiri. Dah lah Maghrib hujung-hujung jo...

Kahkahkah.
Padan dengan muka den!
^OO^


Handsome

Mummy: Nama awak siapa?
Iman: Iman Raneenyaaa.

Mummy: Pandai. Nama Mummy?
Iman: Ainnn!!!

Mummy: Good girl. Nama adik?
Iman: Lijiikii! (Reezqy)

Mummy: Pandainyaa. Nama Daddy?
Iman: Emsyemm! (Handsome)

Mummy: Eh, nama Daddy Azreen lah. Nama Daddy siapa?
Iman: Emsyemm lah Mummy

Siapa pulak yang mengajo Emsyemm. I ajar Azreen.
*_*


Rabu, 8 Januari 2014

Yellow, yelly, yeynadeyyyyy: tema baju raya


1.  Makcik I call dari Bandung tanya warna dan nak kain jenis apa, lace ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kain baju raya nanti, dia nak cari. Tapi  I macam tak tahu nak jawab apa. Tak terfikir lagi lah. Bukan sebab tahun ni beraya di side Azreen buat I tak fikir lagi, tapi mood nak tempah baju raya, tempat jahit semua tak datang pun. Bila tanya Azreen nak warna apa, dia jawab dengan happynya, Kuning! 

2. Tentang jenis kain dan lace bagai yang orang dok gila cari kat Indonesia tu, I takut-takut je dengan pilihan makcik I tu. Bukan apa, I ni kalau boleh tentang baju raya, nak sesimple2 yang  boleh. Senang nanti. Lepas habis raya boleh terus buat pakai pergi office. Kot lah buat baju raya sarat marat dengan lace bagai, maniknye lagi, dah macam apa pulak nak pakai pergi office. Ada yang baju raya terperap je dalam almari macam baju nikah tu.

3. Sekali lagi, I takde hati dah nak pergi tempah-tempah baju raya. =( Tak pernah ok, I menangis sebab tempah-tempah baju ni, tapi tahun lepas jadi. Terus mood tempah menempah nak cari kain baju raya ni tak berapa nak ado dah. 

4. Sejak dari kecil lagi, I dan family, memang dah biasa baju raya bertema dan senada. Tak warna kain sama atau material kain boleh je sama tapi lain warna. Dari dulu lagi, kalau orang tengok baju kami adik beradik dan makpak yang sama, automatik orang akan kata, oooo tu family Pak Abu. Orang memang akan kenal. Berbaju senada ni menunjukkan kita sekeluarga berpadu bersatu gitu. Tapi since tahun lepas  dan dah ada keluarga masing-masing, kebiasaan tu dah jadi lain. Ada pulak yang terlain, tak nak sama tema semua. Hmmm, takpelah keluarga masing-masing. So, this year, kita ikut suka hati masing-masing lah ye semua. Alah, tengok muka kita sama pun orang dah kenal anak Pak Abu kan kan kan? :) *cuba adapt semua benda secara postive lah kononnya.

Ok dah. Tu je.

Selasa, 7 Januari 2014

Family Day: Bersukaneka pulak dah!

There are no perfect families, but a family will always love perfectly.

Buruk ke kau, baik ke, hitam ke, bulat ke, mengembang ke, menguncup ke, jatuh ke, bangun ke,
kasih sayang keluarga takkan pernah kurang. 

**Quote tu, i sangat suka, so I ingat la sampai bila-bila.
=)

Ikut hati, malasnya nak update pasal cerita family day ni. Lepas tu tengok pulak photog update gambar kat FB ada 500 campur dengan BBQ dekat nak 100 kot gambarnya, hmmm, terus lagi jadi double triple malasnya.


Tapi,

Disebabkan Azreen dah tanya beribu kali apasal tak update cerita FD, dan malas nak dengar dia tanya, meh lah kita gagahkan update. Memori yang harus di save di sini kan, so, cargasssss Ain! Eh Azreen ni, sape punya blog tah nak paksa-paksa lak kan?

Tetiap tahun kami memang selalu buat family gathering ni. Biasanya, pilih tempat (PD paling selalu), sewa apartment, bakar2, gelak-gelak, makan-makan, gosip-gosip, gaduh-gaduh manja, merajuk lah bagai, lepas tu memasing pulang ke rumah memasing. Itu lah aje agendanya. So, this year, makcik i bagi cadangan suruh buat sukaneka pulak, tak payah nak gi tidur-tidur apartment ke chalet ke dah. Dan yang terpaling best, I dan Azreen dilantik jadi urusetia. Kan mainnnnnn semua, pakat-pakat setuju dengan cadangan itu.


Ok, sakit pula hati kita mereka lantik kita, so, siap siagalah kau semua ye!


Maka, untuk pertama kalinya, inilah hasil usaha suami isteri berdua bergabung meletup ni. Tiga bulan plan kau, sampai semua sedara mara I tak larat nak tengok reminder kat Wassap Group dah tentang sila ambil cuti pada 29 Disember 2013 :p 


Moh kite, layan gambo.



Details Family Day dan Puan Penaung: TS Family = Tijah Salim. Hanya Puan Hjh. Tijah je lah yang tinggal. Nenek I pun dah tak kuat, tak ingat, tak larat semua. Even dia dah tak faham apa-apa pun, I harap, bawa dia datang situ, tengok kami anak cucu ni happy-happy, I harap dia pun happy lah juga. 


Acara dimulakan dengan senaman regangan dan Chicken Dance. Lawak tengok Pakcik Makcik Sepupu-sepupu menari. Jarang ok nak tengok depa beraksi begitu. Haha. Yang penting diorang semua supporting nak juga buat. =) Eh, gambar instructor takde la pulok!

Acara Burok Lantak (susunan acara tak teratur). Group yang boleh habiskan roti Gardenia sebuku panjang tu, dialah pemenang. Amek kau, tak cukup napas memasing makan roti tu. Haha. Vote lagi kami jadi urusetia :p



Ni gambar dah hujung-hujung program ni. Tetiba nak gambar grouping lak kan, rumah biru, rumah merah, rumah hijau dan rumah kuning. Siap dah dapat hadiah semua. 

Acara Kedua: Hembusan Kabus Awan Nano Dewasa

Acara Pertama: Hebusan Kabus Awan Nano - Kanak-kanak

Acara Kembar Siam -  Kemain tau main acara ni sampai siap jatuh bedebuk dan melecet kaki memasing.

Acara Ketupat Mak Jah. Nampak senang acara ni, tapi kalau dah kena anyam ketupat guna reben yang licin tu, kau mampu? Apapun, ibu I juara untuk acara ni. Like daughter like mother lah kan, eh?

Acara Lambung Belon Mail Lambung. Nama acara ni semua idea Azreen, so jangan nak tanya kenapa nama acara kemain lagi.

Acara kanak-kanak: Lari Kepit Ketipak Ketipung: Dewasa tiup belon, bagi kat kanak-kanak suruh pass ke Dewasa yang lain. Dewasa yang lain tu kena pecahkan. Siapa pecah belon dulu dialah pemenang. Ewah, kan main siap bagi description game sekali.

Ni acara wajib ada dalam semua sukaneka, boling kelapa.



Game last: Semakin jauh semakin rindu atau nama saintifik dia, siapa terpanjang. Haha.

Lepas habis semua game, masing-masing boleh buat acara bebas dah. Bukan takat yang kekanak je nak main pasir, yang dewasa pun sama juga.

Sesi mentekedarah sampai lebam. Makanan time ni memang syurgaaaa. Melambak banyaknya.

Sesi Penyampaian Hadiah. Disebabkan Nenek tak berdaya, kita wakilkan jelah yang datang lambat untuk bagi hadiah. So, Encik Edi lah yang kena.

Game Span Bocor Mak Jemah.

Game Tijah Salim Next Top Model. Sebagai peminat America's Next Top Model sampai cycle 2.0 Men VS Women pun I tengok, acara ni memang akan wajib ada dalam setiap sukaneka yang I kelola. Kahkahkah. 

Game timba perigi untuk kanak-kanak. Tapi yang excited, orang tua yang bebenornya. :p 



Family potrait for 2013.

Last but not least, si Pengurus Setia yang menjalankan tugas. Kalau side Azreen, kami dipanggil pasangan sedang bercinta sebab selalu berkepit, kat side I, memang taksempat nak kepitnya dah ha. Kena buli ado lah. Apapun, thanks suami sebab supporting melayan kehendak pakcik makcik I dan terima kasih kerana menerima semua ahli keluarga I apa adanya. =)