Isnin, 31 Disember 2012

Tata 2012, mmmmuah!





Good bye 2012,
Thank you so much for the tears, laughters, happiness, tests and all the good and bad memories!

and,

for you 2013,
please, please, please be AWESOME!

;)

Khamis, 27 Disember 2012

Dating time!

Since Iman Raneeya dah dihantar ke Melaka, Azreen dah remind  I banyak kali tok keluar dating time cuti Krismas. Dia nak tengok wayang since dah lama juga lah kami tak  keluar berdua-duaan menonton wayang.Cadangan I untuk spent time bersama-sama berdua-dua romance-romance di rumah langsung tak diambil peduli. Haha.

Almaklomlah kan, mak buyung yang dah semakin besar ni dah malas nak  berjalan. I berharap sangat cadangan I diterima, tapi ditolak dengan alasan, pergi Genting kan main boleh berjalan. Takkan JJ yang sekangkang kera tu tak boleh pulak? Haha, ambik kau kena sound! Azreen siap pancing I dengan beli handbag baru lagi bagi membolehkan dia dapat tengok wayang.

Yelah, yelah, moh kita ikutkan aja. Tak baik melawan, kang tak cium bau surga. Ark ark ark.


Time kat JJ  ni tah berapa kali I makan tah. Memula makan kat Secret Recipe. Dah kenyang hadap Ayam Lada Hitam berjagung, jalan-jalan lagi, cari handbag, tapi takde yang berkenan, I order takoyaki tu pula. Nak merasa uols. Asyik tengok orang post gambar je, terus lah iols beli juga. Lepas makan takoyaki jalan lagi cari handbag sementera tunggu time wayang start, tiba-tiba rasa nak makan yong tau fu kat food court pulak. Hahaha. Lantakkkkk! Ajak lagi I keluar.

Keluar semalam juga, I feeling Kak Semah pakai tudung manik-manik bagai. Tak pernah dibuat ok! Tapi dah alang-alang beli halfmoon shawl ni, kita sarung kan ajalah ikut suka dengan bajet feeling-feeling cantik.  Berat je rasa atas kepala! Memang lepas ni, I sedekah kat adik-adik je lah nampaknya sebab rasa macam tak seswai je pakai tudung-tudung gini.

So, cerita yang weols tengok time dating adalah CZ12.  =)
I takda masalah sangat tengok filem-filem Jackie Chan (JC) ni sebab I memang membesar dengan filem-filem dia.

Memang tak rugi lah  beli tiket couple seat untuk cerita ni. Asyik gelak besar je tengok acting JC dalam ni. Dah tua-tua pun lakonan still mantop meletop. I siap tahan kencing lagi nak tunggu cerita ni habis.  Siap dah habis pun orang tunggu lagi nak tengok scene yang tak jadi.

Pssst B, nanti donload cerita ni ye, I nak repeat tengok lagi.
=)


Dating time haritu, ditamatkan dengan pulang membawa pelbagai hasil tangkapan untuk Iman Raneeya je. Handbag Mummy?
Hmmm, xde yang berkenan pun walaupun lapanbelas kali dok keluar masuk kedai and section handbag.

Haha.

Rabu, 26 Disember 2012

Rampokan.

Serius, I kalau dengar bap bap berita rampokan ni memang berderau darah dibuatnya. Terus seram-seram sejuk datang rasa takut.

Selain gelap, tang rampokan-rampokan ni juga adalah perkara yang I amat takut sangat-sangat. Bukan takut hilang harta benda semua tu, tapi takut kalau rampokan terjadi time kita ada rumah dan kita diapa-apakan. Harta boleh dicari yang oii, tapi nyawa?

Selalu, kalau malam-malam tak boleh tidur, mesti I akan kejut Azreen, cakap, takut lah  bila tak boleh tidur. Bila dia suruh baca lah surah apa-apa, I jawab, I bukan takut yang gitu-gitu,  tapi I takut orang merompak rumah. Confirm mamat tu akan terbeliak biji mata pandang I bila dengar apa yang i takutkan tu. ;p

Harini, terdengar berita yang kawan I rumah dia dimasuki perompak malam Krismas haritu. Alhamdulillah, dia dan family takda pape, yang hilang harta benda je. Tapi, perompak tu masuk time orang ada rumah ok! Husband kawan I tu siap tidur depan tv lagi, tapi tak sedar. Hmm, mesti kes pukau lah ni. Malam tu juga, 5 buah rumah di rompak dalam satu taman tu.

Terus fobia rampokan I datang balik!

Untuk kes-kes pukau ni, dulu masa kecil-kecil, arwah Datuk saudara selalu pesan, pagar rumah dengan ayat kursi. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib, mesti cucu-cucu dia akan keliling rumah sebanyak 7 kali dengan  baca ayat kursi. Selain untuk elak pukau-pukau, cara tu juga boleh halau hantu syaitan semua ni. Kalau rumah teres, toksah lah pusing satu taman tu untuk memagar, cukup dengan baca ayat kursi di setiap penjuru rumah. Wallahua'lam lah kan sama ada benda ni betul ke tidak, tapi selagi kita berusaha, tak salah rasanya. Lagipun, ayat kursi kan memang bagus diamalkan.

Ada satu kes rompakan orang ofis I juga, perompak tu masuk rumah. Tapi, Alhamdulillah, satu benda pun dia tak ambil walhal laptop dan  barang berharga siap tersadai atas meja. Jiran sebelah yang kena pulak, barang berharga semua habis lesap. Bila ditanya, apa rahsia. Jawabnya, mungkin disebabkan selalu membaca Al-Quran, boleh elak benda-benda macam ni. Cara tu pun mungkin betul juga. Sebab ayat-ayat Al-Quran ni kan ada antaranya ayat pendinding.

Apapun, semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita dari perkara-perkara buruk macam ni.

Eh, kalau malam-malam tu, toksah nak tidur sexy-sexy sangatlah. Mencegah sebelum parah. Kang tak pasal-pasal menarik nafsu perampok, lain pula jadinya. Malang tak berbau uols!


Jom makan durian!



Ohoiii, kalau dapat kawan yang memang sekepala suka durian memang best lah. Takdelah I terpaksa mengadap muka Azreen je bila nak makan durian. Tak syiok ok ngadap muka mamat tu sebab sambil makan durian sambil kena dengar khutbah tak eloknya durian ni dari dia. ;p


Eh, Faruq and Kak Muna, nanti-nanti kita repeat lagi ye. Selagi tak habis musim, ada masa kita makan lagi ok.

Nak ajak ex-FEMily, masing-masing sibuk bercuti. So, kita pergi mana yang ada je lah.

Isnin, 24 Disember 2012

Pregnant je naik Genting Highland! Haha.

Kalau bab last minute plan ni, memang bagi kat I lah.
Haha.

Hari Jumaat tu, I wassop Azreen,

Me: Kita naik Genting nak?
Azreen: Bila?

Me: Pagi besok lepas subuh?
Azreen: Kan nak balik Melaka hantar Iman Raneeya.

Me: Kita naik pagi-pagi. Dalam pukul tiga kita turun lah balik Melaka. Dalam pukul 6 macam tu kita sampai Melaka. Ala, pi kejap je. Jalan-jalan, makan-makan, then balik.
Azreen: Kenapa besok?

Me: Kan kita nak hantar Iman balik Melaka. So, we need to spend quality time together lah. Mesti seronok bawa Iman naik atas tu tengok macam-macam games semua.Mesti jerit-jerit dia nanti.
Azreen: Iman ke Mummy dia yang seronok ni?

Me: Alah, taknak pergi takpelah.
Azreen: Ok ok kita pergi. Kang majuk I juga yg susah.

=)


During 1st pregnancy, year 2010. Time ni baru pregnant dalam 2 3 bulan kot. Masih slim melim lagi gitu hah.


During 2nd pregnancy, year 2012. Lagi sehari usia kandungan nak 5 bulan dah. See, banyak betul bezanya time mengandung yang pertama dan yang kedua!  ;p


Satu game je pun yang kami naik time pergi GH. Monorail. Tu pun berjam tunggu baru dapat naik.  Almaklomlah kan, pergi time cuti sekolah. Masakkk lah ko menunggu turn nak naik. I tetap teruskan niat naik Monorail tu sebab Iman dah asyik jerit train, train bila setiap kali  monorail ni lalu, tapi bukan turn kami yang naik.


Solero shot! Haishh, kalau tak pregnant ni, memang I dan seret Azreen naik bendalah ni. Haha. Confirm muka mamat tu akan pucat dan pening-pening lepas selesai game.  Kalau I  fobia gelap, dia pulak fobia tinggi. ;p


Family potrait!
Muka si Iman dah hangen dah nak berjalan sendiri tapi Mummy tak  bagi. Orang ramai Iman oooii, kang hilang kang, payah nak mencari.

Ok fine. Naik Genting, bawa kamera, tapi bateri kamera takde, memang sangggattt best! Nasib baik lah handphone berkamera uols! Ada juga la gambar 5 6 keping.


Eh, Genting dah tak cantik macam dulu dah kan? Buruk aja semua. ;p

Time balik, bila Azreen tanya, best tak pergi genting Yang?

I jawab best je.

Dah tentu lah best partnya,

1. Bawa kamera tapi takde bateri
2. Tunggu monorail berjam-jam sampai kematu bontot ditambah Iman Raneeya berdrama siap tendang-tendang orang sebelah jerit-jerit bagai.

Haha.

Besttttt sangat kan B kan?

;)

Khamis, 20 Disember 2012

Potong kapla dia!

First time bawa Iman pergi gunting rambut kat kedai. Haha. Even dah cakap lapan juta kali kat Azreen, nak potong rambut Iman time umur 2 tahun nanti, tapiiiii tetap juga cakap tak serupa bikin bila belum dua tahun lagi Mummy dia dah tergedik-gedik bawa pergi gunting rambut. ;p

Alah, bila Iman umur dua tahun nanti I tengah dalam pantang, confirm tak sempat punyalah nak keluar apa semua tu! *ayat sedapkan hati sendiri


Alhamdulillah, time gunting rambut tu dia behave je. Elok, diam tak nangis apa pun. Cuma, mulut  je lah yang tak boleh diam. Asyik cakap dah dah dah. Mummy dah. Nenek dah. Dah dah dah! Nenek dah!

Ha, ambik kau! Tukang gunting tu dia panggil Nenek uols. Penat ahkakkk betulkan panggil Auntie, dia tetap panggil Nenek juga. Mungkin sebab faktor badan tukang gunting yang agak besar kot, tu yang terkeluar Nenek.
;p


Selasa, 18 Disember 2012

Iman Raneeya dan cuti sekolah.

Hello kawan-kawan Mummy.
Musim cuti sekolah datang lagi.
Dan, Iman Raneeya pun akan cuti juga walaupun belum masuk sekolah.
=)
Iman Raneeya akan cuti dari pergi rumah Pengasuh selama dua minggu.

Minggu ni Iman akan tinggal dengan Grandma & Grandpa kat Nilai. Tapi tinggal waktu siang je lah, malam masih tidur di bawah ketiak Mummy lagi.

Next week pula Iman akan balik Melaka, tinggal seminggu dengan Nenek Ani dan Tok Abu. Tinggal dan tidur di sana.

Yey, seronok rasanya dapat habiskan masa dengan Datuk dan Nenek sendiri!

Add caption




 




To Mummy,

Iman tau Mummy dah mula sebak-sebak dada dah sekarang ni. Walaupun suara Mummy macam halilintar, tapi hati Mummy tu fragile kan main. Iman belum balik Melaka lagi Mummy dah mula nak sedih-sedih dah.

Jangan la macam tu Mummy. Mummy kan ada Daddy. Ingat kata Daddy, bila Iman kat Melaka, it's time untuk Mummy & Daddy habiskan masa bersama. Nanti Mummy ajaklah Daddy pergi jalan mana-mana ye. Pergi tengok wayang ke. Pergi beli barang Adik Baby ke. Ye?

To Daddy,

Time Iman balik Melaka ni, jangan nak tinggalkan Mummy tu sorang-sorang pula. Mummy tu dah lah penakut. Nak pergi mana bawa Mummy sekali tau. Tolong jaga Mummy dan Adik Baby ye Daddy.


Ok lah semua.
Ada masa nanti, Iman taip lagi.

Ikan emas ikan yu,
Ailebbbiyuuuuu.

=)

Isnin, 17 Disember 2012

Kita bagi dia soalan susah sikit!

Mummy: Nama siapa?
Iman: Iman Nyanyaaaaaa!!! (Iman Raneeya)
Mummy: Pandai..

Mummy: Iman anak siapa?
Iman: Ajeeeerinnnn (Azreen)
Mummy: Ok, fine! Tah bila nak anak Ain tah, asyik anak Azreen je.

Mummy: Iman boy ke girl?
Iman: Boboboi..
Mummy: Haishh, girl lah.


Mummy: Iman sekolah darjah berapa?
Iman: ??? *muka berkerut-kerut pandang Mummy tak tahu nak jawab.
Mummy: Haha. Iman tak sekolah lagi lah!


;p
Padan muka Iman.


Khamis, 13 Disember 2012

Mari mengenang cinta lama. Eh?

Eh eh eh.
Tajuk boleh buat kena tidur luar malam karang kalau suami terbaca  ;p
Nak taip mari mengenang cerita lama sebenar sebenarnya tapi tertaip cinta lama pulak. Nak cancel-cancel, malas pulak, so biarkan je lah tajuk macam tu.

Nak cerita tentang cerita lama, haruslah tepek gambar lama. Tak gitu? Ko tengok, ko tengok. Kan main lah selim uols bila tengok gambar lama. Nangeh tengok gambar lama sendiri. 

Ok, back to the topic, alah, i saja je nak mengenang-ngenang cerita cinta lama dengan suami. Saja je nak mengeratkan hubungan kasih sayang yang i rasa makin hambar ni. Haha. Kan main! Kalau orang salah tafsir ni, mau kata rumahtangga I berantakan gitu.

Takdolah berantakan pun. Berumah di tepi pantai kan, memang kadangkala ada dilambung ombak light-light gitu. Tapi takdelah  sampai ter tsunami. Kahkahkah. Tapi kan, i punya teori, lagi kita suami isteri bergaduh, lagi erat kasih sayang. Kan? Maunye tak, bila dah gaduh, haruslah nak kena pujuk-pujuk, nangis-nangis, peluk-peluk, eh?

Haha.

Normal lah kan perempuan mengandung, emosi tak tentu arah. Ada time ok, ada time parah. Tapi yang I perasan, pregnant yang ni, I memang suka cari gaduh dengan suami sendiri. ;p Rasa puas je hati kalau dapat bergaduh. Bila dah bergaduh tu, mula la terasa suami dah jauh lah, hubungan hambar lah, suami dah tak sayang lah and etc.

Ada je benda-benda kecik yang boleh jadi punca nak gaduh. Tutup suis tak cabut plug pun nak marah nak sentap. Tak tolong angkat baju pun nak kecik hati. Tak tolong basuh pinggan dalam singki pun air mata dah bergenang-genang sayu. Gilo! Benda kecik aja nye punn. Haihhh lah Nur Ain Hawani.  Haha. Terus tukar nama dah.

So, jom lah kita mengenang ceritera cinta dulu, agar menyemarakkan lagi api cinta asmara tu.
Kahkahkah.

Ceritera cinta I dengan suami ni boleh buat siri drama Korea. Kalau tak caya meh baca sini.

Tengok gambar pulak.


Ni gambar selepas ditunangkan dalam Februari 2010.
Manis-manis gula, lagi manis cinta saya. ;)
Again, slim kan main!


Hmm,
Ok,
Dah lah. 
Nanti-nanti kita sambung.
Tiba-tiba je malas dah nak taip.
Mood tak tentu arah lah weh.

Apapun, 
To Dakpink,
Ingatlah,

The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

So, toksah nak cari gaduh sangatlah dengan suami sendiri!

;)

Khamis, 6 Disember 2012

Bukit Gambang Resort City, Pahang

Program: Bengkel Halatuju dan Perancangan Strategik Rumah Kira-kira. Haha, ;p
Tarikh: 30 November hingga 2 Disember 2012
Tempat: Bukit Gambang Resort City (BGRC), Pahang

Ok, dah hujung-hujung tahun ni kan, mood segala mak nenek dah down to the earth kan, so untuk entri orang pemalas down to the earth ni, meh kita banyakkan gambar, kurangkan menaip.

Kahkahkah.

Last week, my department menganjurkan bengkel ni. Atas undian ramai, BGRC menjadi lokasi pilihan.  Hmmm, I kalau tempat berair-air ni nak buat bengkel, memang macam malas-malas sikit lah. Tapi disebabkan saya yang menurut perintah, kita layannnn kan je lah. Kang kalau tak habis bajet, kena cut down pula kan tok next year's  budget. Haha.
At the same time juga, program pelajar berjalan di tempat yang sama. So, sambil menyelam, sambil minum air lah ye kawan-kawan. ;p   Iman Raneeya kan main macam di syurga betul dia bila tengok belon yang kan main banyak tu. Eh, ni gambar sebelum Majlis Makan Malam.



Ikut hati, malas nak jejak water park. Tapi, ada anak kecil kan, ni adalah sorga dia. So, mummy terpakasalah korbankan kemalasan mummy demi melayan karenah anakanda tercinta. Lagipun, kampeni dah bayar tiket kan, takkan nak membazir macam tu je. Apalagi, jom lah kita mandi!

Hari kedua, paginya ada team building. Since aktiviti nye ada yang kena melompat apa semua tu, so jadi pemerhati je lah. 








Malam tu  pula ada dinner, so beriya-iya lah siap nak pergi join the dinner. Tapi, boleh pulak macam-macam hal malam tu. Dengan Iman Raneeya buat perangainya sebab dah letih main air kan,  dengan si Daddy sibuk nak tengok bolanya, haishhh, terus tak tunggu majlis habis I dah balik bilik. T____T

Kat BGRC ni selain ko kena sediakan kudrat tenaga bebanyak sebab dari satu tempat ke satu tempat kan main punya jauh, ko juga kena sediakan duit bebanyak sebab mendalah kat atas ni ada di merata-rata tempat. Kering duit Mummy Iman oi sebab ko pantang betul jumpa benda ni. Siap meraung-raung kalau tak dapat naik.
Kat sini banyak kolam mandi. I lagi rela bawa anak mandi kat kolam biasa je sebab kat water theme park, orang kan main ramai macam semut weh. Mungkin sebab cuti sekolah, tu yang kain main lah punya ramai orang time tu.

3 hari kat sini, 3 hari pompuan kecik ni mandi kolam sambil Daddy tukang melayan. Nak harap Mummy mandi sama, minta ampun je lah. Tak kuasa hakak! Kang dah basah-basah terbonjol-bonjol lak segala yang tak patutnya. Haha.

Orang paling happy sepanjang berada di sana. Peace uols!
Since I pergi dengan kenderaan kampeni, so kalau nak pergi ke water theme park, kita kenalah naik tram dengan bayaran RM1 tok dewasa. Tak larat weh nak jalan kaki, kang ado yang terberanak kang

Baru i perasan, since kat sana, gambar Iman Raneeya banyak dengan Daddy nye je lah pun.
Ni jelah gambar dengan Mummynye.
Last but not least, gambo penutup bagi berdarah air mata. Haha. Sulamselamcinta di BGRC. Eh, eh, gambo tu tak buat papepun, berdua-duan menonton tv kat lantai je sebab si Iman Raneeya dok conquer katil. ;)

Time kat BGRC ni juga I ada beli kek dekat Na tau. Masya Allah, sedap nye kek dia. Na, kalau you bagi kek tu awal Na, tentu tak kelaparan I time kat sana sebab even BGRC ni cantik dan tempat yang sesuai untuk  bercuti bersama keluarga, tapi tang makanan dia agak kureng sikit la. Apapun, terima kasih banyak-banyak ye Na sebab sudi melayan karenah mak buyung ni. Next time kalau pi Pahang, i order lagi.


Rabu, 5 Disember 2012

Masih ada hati lagi tu...


Kahkahkah.
Gelak guling-guling tengok baki cuti.
;p

Tapi,
I tetap nak apply yang tinggal satu hari tu juga.
Tetap nak habiskan juga.
Lantakkkkkkk.


Orang kata,
Alah, perempuan pregnant, cuti dah habis, apa susah.
Pergi je klinik minta MC lepas ni kalau nak cuti.
Orang pregnant senang dapat MC.

Eh eh,
Tak juga ye tuan puan.
Dua kali I pergi klinik.
Sebab betul-betul sakit time pregnant,
boleh, Dr tanya macam-macam?
Memang susah sangat dia nak bagi MC.


Apapun, selamat bercuti-cuti Malaysia dan luar Malaysia uols.
=)
Moh apply cuti moh!