Isnin, 27 Ogos 2012

Syurga kau bawah kaki aku. #5

Waktu raya ke rumah kawan Azreen haritu, darah I tersirap dengan kata-kata kawan dia bila kami bercerita tentang turn balik raya.

Bini aku tiap-tiap tahun raya rumah aku. Syurga dia bawah tapak kaki aku, so dia kena ikut aku dululah pergi salam dan jumpa syurga aku dulu di pagi raya. Kang kalau jadi pape kat aku dalam perjalanan, tak ke naya je aku tak sempat jumpa syurga aku. Kahkahkah.

Hmm, maunya I tak tersirap dengan kata-kata mamat tu even dia cakap dalam nada berseloroh. I tak faham kenapa ada jenis lelaki yang macam ni. Ye, I faham, syurga isteri tu adalah suaminya, isteri wajib patuh dan ikut cakap suami, tapi tak payahlah sampai macam tu. 6 tahun kahwin, enam-enam tahun, raya pertama kat rumah kau. WTH!

Kau kahwin dengan perempuan yang ada makbapak ok, bukan anak yatim piatu. Manalah perasaan belas ihsan kau untuk si isteri tu? Tolak ansur pula langsung tak ada? Macam ni ke seorang ketua keluarga menggunakan kuasanya?

Tak terfikir ke kau macam mana perasaan si isteri yang dibesarkan oleh mak bapak, dari kecil hingga sebelum jadi isteri dia sambut raya dengan mak bapak pagi raya salam tangan mak bapak dia, alih-alih lepas kahwin, terus tak dapat langsung beraya dengan famili sendiri di hari raya pertama disebabkan syurga di dibawah tapak kaki kau.

Tang perasaan makbapak perempuan tu pula, ada kau ambil tahu?

Haishhh.
Tak fahamlah orang macam tu.
Jenis takda hati perasaan kot.


Bagi I sendiri, i dah minta izin dari sebelum kahwin lagi kat Azreen, selagi mak bapak i masih hidup, i minta buat giliran beraya tiap-tiap tahun. Sebabnya, even Azreen syurga I, jasa mak bapak yang membesarkan I juga patut dikenang so, bagilah peluang kat I merasa untuk berhari raya pertama dengan keluarga i juga. Kalau takde diorang, takkan lahir i, takkan Azreen jumpa I dan dapat kahwin dengan i pun kan?


;)



15 ulasan:

  1. errrrr... takut pulak kak bab2 umah tangge ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu lah realiti perkahwinan Dik.
      Tak sepanjang masa senyum ketawa.

      Eh, jgn disebabkan ni takut nak kahwin lak.
      Yang penting kerjasama dan tolak ansur taw.

      Padam
  2. okey..sgt tak suka dgn lelaki mcm nie tau...selfish!

    BalasPadam
  3. patutnya kena adil dalam hal ni.. bukan jer kena fikirkan ttg perasaan kita, tapi perasaan orang tua kedua belah pihak...

    x sangka masih ada lelaki macam tu zaman skrg ni.. sedihhhhh betul!

    BalasPadam
  4. huh!! geram pulak lelaki mcm tuh!
    sesuka ati gina kuasa yg ada..itu baru balik beraya..belum kira yg lain lagi.silap2 nak balik rumah bini pun berkira.

    BalasPadam
  5. seriously apa punya laki ntah ni eh.. mentang-mentang suami, syurga bawah tapak kaki so perasaan isteri tolak tepi.. dia tak tau ker doa seorang isteri itu juga mustajab untuk suami..

    be fair ok! baru dia boleh cakap pasal syurga. tu hal luar dalam, dosa pahala, bukan kita tau pun.. cehh...

    sorry yer ter-emo plak hik hik hik..

    BalasPadam
  6. dia lupa tue terkecik hati mak bapak si perempuan dia yang tanggung dosa bukan si perempuan tue so dalam enam tahun kalu maka bapak perempuan tua terkecik hati paham2 jerla.. walaupun ko pegang syurga dah awal2 tempah nak masuk neraka...

    BalasPadam
  7. Hampeh punya suami? Minta Simpang la laki aku gitu.... Apa daaaa...takde hati perut langsung...

    BalasPadam
  8. teruk betul..akak ni walapon yatim piatu tetap ikut giliran juga,ye la akak pun nak beraya dgn adik beradik akak jugak.

    BalasPadam
  9. nak masuk syurga bukan suami yg tentukan...itu istilah jer supaya isteri taat...yang nak hisab Allah...sabor je la...

    BalasPadam
  10. cis lelaki jenis apa dia tue... xder hati perot langsung.... benciiii

    BalasPadam
  11. eee..tak patut betul. syukur la kita tak dapat suami yg macam ni. memang la isteri kena patuh pada suami. tapiii.. kenalah ada timbang rasa, tolak ansur dan persefahaman jugak barulah aman rumahtangga.. kalau suami dah tak ambik kira hati dan perasaan isteri, camane tu? takut karang isteri masuk syurga, dia tu yg terbabas..wallahualam..

    BalasPadam
  12. sengal sungguh jantan tu.
    blaja tak abeh la tu.
    hukum layan makpak mertua same macam wajibnye kite layan makpak sniri kan..
    so kecik ati makpak wifey die leh buat die masuk syurga x?
    hihhh.. *ter emo plak*

    BalasPadam
  13. eh geramnya baca kata2 jantan tu.. kalau dapat kat aku memang dah lama aku tanam dia hidup2.. kitorang ni masi ada makbapak juga tau. hormat juga la mak bapak si isteri..

    BalasPadam
  14. kalau dia dapat anak perempuan pastu menantu lelaki dia buat camtu kat dia cemana?

    pastu time tu wife dia dah takde. raya la kau sorang sorang.

    nak bagi anak perempuan masuk syurga cara tu ke?

    BalasPadam