Rabu, 31 Disember 2014

Patutnya kita bersatu.

Sejak banjir ni, kadang-kadang rasa malas nak buka FB, nak tengok newsfeed FB dan segalanya berkaitan FB. Jadi malas sebab tengok cerdik pandai yang suka forward itu ini tentang banjir. Entah betul entah tidak info yang disampaikan tapi semua main forward sesuka hati. Itu belum masuk yang nak jadi YB, yang keyboard warrior yang nak post dia sentiasa hit sokmo, yang terlebih emosi mengalahkan dia pula yang mangsa banjir dan tah apa-apa lagi.

Bila Tuhan turunkan musibah, Dia nak tengok perangai sebenar kita sewaktu dia turunkan ujian, adakah kita sabar dan tabah atau sebaliknya ~ DFK

Ya, sangat betul ayat tu. Dikala musibah banjir ni memang dapat tengok true color orang Melayu. Lagi sedih, seorang Melayu dan seorang Islam tapi bila musibah datang, jadi lupa diri dan hilang  arah juga pedoman.

Satu lagi, banjir pun nak dipolitikkan. Yang main golf tu  pula disibuk-sibukkan. Aib orang pula yang sibuk di war-warkan. Macam diri tu sebaik-baik umat tak pernah buat kesalahan tapi diri sendiri pun tak  turun padang. Bila  dah turun padang, diviralkan pula kehadiran mamat tu yang disambut dan ditatang walaupun ketika banjir.

Di kala  musibah melanda ni, tak kira kau dacing ke kau bulan ke atau kau separa bulan, or whatever parti yang kau suka,  patutnya kita bersatu menghadapinya. Ketepikan fahaman jahanam tu dan terus bersatu membantu bangsa sendiri.

Bersatulah Melayu supaya tidak terus layu.

Selasa, 30 Disember 2014

Happy birthday Koyam dan Konee

Birthday girls: 30 Disember 2014

Untuk  Sifusinga Koyam dan  Setazah Konee yang disayangi, selamat panjang umur dari GCB. Eh, dah macam berfantun pulak dah! ;p

Semoga sentiasa happy, ceria, dirahmatiNya selalu dan sentiasa menjadi mata telinga bahu badan dan apa saja untuk kami ye. Haha.

Semoga happy dan best aja ye berkawan dengan kami. Mana yang kurang tu tegur, mana yang lebih, ingatkan lah kami agar kami tidak lupa diri.

Rabu, 24 Disember 2014

Bukit Merah Laketown Resort

Alhamdulillah, tahun ni ada untung besor, dapatlah office buat retreat. Since masa nak booking dah cuti sekolah, maka semua tempat full house dan yang ada hanyalah Bukit Merah Laketown Resort je.

Even ramai yang kata Bukit Merah tak best lah, itu lah, inilah, daripada melopong tak dapat pergi mana-mana, baik kita grab aje mana peluang yang ada.


Jumaat - Hari Pertama

I dan urusetia berkonvoi gerak ke Bukit Merah. Siap ada Marshalnya. Lagi best guna walkie talkie kan, memang sepanjang jalan, driver merapu sesama driver je lah untuk menghilang kan ngantuk. Pukul 12 kami gerak dalam pukul 5 macam tu kami sampai.

Budak dua ketul ni dalam kereta memang tak tentu arah jadinya. Perjalanan jauh kan, even dah bagi tab semua, tetap tak boleh hilangkan kebosanan diorang.

Isnin, 22 Disember 2014

Makan Malam Mahabbah

Staf admin dan I dijemput untuk hadir ke Dinner anjuran student. Maka, saya yang menurut perintah ikutkan ajalah memenuhi jemputan. Majlis diadakan di Bangi Golf Resort.

 Time memula pergi, kan main, berlilit bagai shawlnya. Lupa diri agaknya ada anak kecil yang boleh tahan lasak. Tak pasal-pasal, sampai je tempat majlis, laju-laju pergi tukar lilitan shawl. Haha. Part shawl yang jurai-jurai tu memang menarik perhatian Reezqy sungguh!

Rabu, 17 Disember 2014

Senyum selasa


Tak agak-agak isterinya pun! Kahkahkah.

Credit: FB Affa