Ahad, 30 Januari 2011

kate dulang paku serpih, ngate orang dia yg lebih!

Balik dari kelas,

me: bie, tak jadi gi JJ, kita gi giant boleh tak?
dea: alahh, x payah lah. awak tu kang, bukan boleh. mcm-mcm yang awak beli.
me: ala, kali ni tak beli pape. betul. xtipu. nak jalan-jalan and tengok2 je. boleh lah. ye?
dea: xbeli konon. dalam takde, takde, ada je satu dua yang awak beli jugak nnt.
me: betul, janji. kali ni tak beli dah. dalam purse ada rm15 je ni. tak cukup duit kalo nak beli pape. boleh lah bie ye? plsssssss..
dea: erghhhhh, yelah2! tp awk jangan beli pape tau?
me: orite. tq bie *sengeh noti.

lalu,
berjalan-jalan lah si mami & dedi to be itu di sekitar giant sambil,

tengok-tengok barang.

belek-belek baby's thingy.

si mami to be itu pula cuba sedaya upaya menahan kehendak napsu tok membeli barang baby walopun dah ada dua tiga barang yang dipegang dah hampir nak di bawa ke cashier tok buat pembayaran. kate dah janji tamo beli pape kan? so, tak boleh la beli pape.

sekali, dalam mami to be tak beli pape,

lain pulak jadinya...





















hurmmm?




si dedi pulak yang melebih2, nampaknya!

dedi,
baru u tau kan bila rasa itu tiba dan kamu memang teringin nak memilikinya?
=)

Jumaat, 28 Januari 2011

baby's thingy

cak!
haha. suka katun kiut ni. comel & noti je.

ekceli, ai tengah survey2 kat blog momi to be. tengok2 dorang nye preps tok sambut baby.
hepi dan rancak je masing-masing membeli itu ini. haishh, ai jeles!

=|
preps ai?
smpai sekarang ai tak beli pape pun.
kalo beli losyen baby pun, tu adalah tok ai pakai sendiri je lah.

masih awal lagi ke kalau nak beli barang-barang baby tu sekarang ea?
FYI, family ai dan Azreen sendiri tak bagi beria tok wat preparations sebab tanak kuciwa melanda in case kalau pape jadi di hari muka.
tapi bila fikirkan balik, takkan nak beli sekaligus nanti. bukan sikit2 barang baby ni. byk tau. kang tak cukup duit lak nak beli sume sekaligus dalam masa yang sama?

hmm, apa yang perlu di beli dulu dan apa yang boleh dibeli di kendian hari? tatau nak mula kat mana sebenarnya.

papepun, ai dah boh list baby's thingy kat sebelah tu sebagai rujukan tok ai beli pape yang patut. tengoklah nanti, kalau ada masa, beli dulu kot memane yg patut. =)

Isnin, 24 Januari 2011

Zaman hingusan! Haha.

Buat FB walking tok cuci-cuci mata td, sekali terjumpa gambar2 time hingusan yang dihapload oleh kezen ai. Motip utama dia hapload gambo ni adalah semata-mata dengki dengan sepupu sepapat sebab kami hanya hapload gambo bajet cun je di FB. Boleh camtu?

Saril, ko memang dengki dengan ke'cun' nan kiteorang tu kan, tapi xpe, xdo tinggalkan kesan pun kat haii bila ko boh gambo camtu. Dah kenyataanya time hingusan gitu, takan nak diubah2 lak kan? Papepun, zaman hingusan adalah zaman yang sgt seronok dua ronok bagi ai sebab tak payah susah2 nak mikior masalah negara even money thingy nih. =p


Di masa masih dua bradik lagi. Posing nak bajet macho ajo.
Subang besar di telinga tu adalah tok menandakan ai gegirl. hakhak. Pegang tangan ikin pun muka terpaksa je.


Zaman melenjit riang.
Kekretipan ai amat menyerlah dalam menyuai padan pakaian diketika itu.
Baju yang ai pakai tu sebenarnya baju kurung kedah, kainnya labuh. tapi kalo pakai kain labuh mane bole nak melenjit-lenjit kan? so, sarung skirt je sudah! senang nak melangkah.
oh, ai sgt hitam mcm anak keling India lah!


Raya time di subuh hari! *yg paling pendek tu la tukang hapload gambo =p
Dan macam biasa, ai adalah yang paling tinggi dalam gambo. Kate tunjang kan!
Rambut adalah pesen kerinting besar hasil usaha gigih mak itam untuk membuat pelarasan rambut ai adikbradik dengan anak dia. =D


Ni tah umur berapa tah, tak hengat lak ai.
Rambut pendek macam jantan.
Gie taman permainan pakai baju kebaya lagi, kau ado? haha.


Last sekali, gambo time raya lagi.
Ibu memang suka menyeragamkan baju raya weols dari kecik.
Kalo tak baju warna sama, design kain mesti sama. Gitulah gayanya sbb ibu nak save bajet.
Peraturan pakaian ibu senang. Sape itam pakai warna gelap, sape cerah pakai kaler striking.
So, bila tgok gambo tu, baju sape paling gelap dan sape paling itam? Haha.

Khamis, 20 Januari 2011

Sedetik Lebih



Encik Suami,
walau kau kata suara ku macam panahan petir,
walau kau kata aku tak comel tapi kuat dan gagah perkasa,
walau kau kata aku tak romantik tapi garang macam singa,
katalah apa kau nak kata.
aku redha.
sebab dah itu memang aku yang kau kenali 3 tahun dulu.
tapi,
satu benda yang aku nak kau tahu,
silalah hayati lirik lagu itu yang kutuju khas buatmu.
hayati satu-persatu,
dan kau akan faham isi hatiku.
=)

Selasa, 18 Januari 2011

Bulan keenam.


*motip letak gambo di atas?
haha. saje sebab ai jeles dengan keadaan fizikal dolu2. =p


Alhamdulillah, setakat ini semuanya dalam keadaan baik-baik saja.
terima kasih Tuhan.
centakami bertahan hingga ke bulan keenam.
=)

Bulan Keenam.

1. heart-beat oke dan baby semakin aktif terutama sekali di waktu pejabat. suka usik-mengusik dan kentut2 di dalam perot ai. tapi bile ai letak tgn nak rasa, dia akan diam. haip2, comel la baby nih!

2. pemeriksaan bulanan: berat sudah 70kg. gulp! mampos nak diet balik nnt lepas bersalin. apepun, ai redha je la demi centakami. ai juga terkantoi bila misi tanya tentang ubat. sebabnya ada satu ubat tu dia memang bagi cukup2 je ikot hari yang ditetapkan. bila dia tanya tentang ubat tu dan ai jawab ubat banyak lagi, terus misi membalas, awak tak makan ubat kan sebab sepatutnya ubat tu dah lame abes. muahahah, ampun misi ! =p

3. sekarang ini kerap pedih di hulu hati. makan sikit pedih, makan banyak pun pedih juga. semua ini disebabkan ai ado gastrik. so, doktor pun menambahkan lagi la koleksi ubat bitamin ai. ada 8 jenis semuanya ye. 6 dalam bentuk tablet, dua lagi jenis cecair. yaksss! pengsan mak nak nengok ubat bitamin banyak camgitu! satu penyiksaan buat ai bila nak kena makan kesemua ubat2 tu. makin ketat la pemantauan 'Dr'. Azreen nampaknya nanti.

4. 3, 4 hari ni, kawasan perut di sekitar bawah pusat sangat sakit. menyucuk2. sebab tu la ai dihadapkan ke doktor untuk pemeriksaan lanjut. dah check segala bagai, doktor tanya: awak ada angkat benda2 berat ke? satu hal pulak ai nak recall balik apa yang ai buat lately. dan setelah penat fikir-memikir, baru ai ingat, ada dua 3 kali ai angkat fire extinguisher yang dijadikan pengadang pintu di pejabat ai tok digantungkan ke dinding. *wink2, ai kan kuat! =p

5. nama baby sudah ada. yey! setelah ditimbang tara, dan menolak nama yang ada sebelum ni sebab tanak dikatakan nanti meniru2 pulak, ai bersetuju la dengan nama yang telah dipilih oleh ai dan Azreen itu.
=) satu tok boy & satu tok gegirl.