Selasa, 3 Julai 2018

Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Ini adalah program office suami dalam bulan Mac lepas. I dan anak-anak ikut, jatuh cinta dengan tempat ni, then hujung bulan lepas tu kami angkut family I lak pi sini.

Haha.
Even kami suka,  bila adik pergi sini, dia tak suka sebab banyak kena berjalan, tapi I tetap suka je =p
Untuk outdoor person, nature's lover, so tempat ni memang sesuai sangatlah dengan kamu, kamu dan kamu!

Sebelum sampai ke Hot Spring, kami singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah. Pergi sini kena bersesak-sesak cari tempat untuk duduk kemudian bersesak-sesak beratur untuk order makan dan minum. Overall, food kat sini rasa semua sedap, cumanya, tempat viral kan, kena bertabahlah hadap orang ramai. Lepas tu panas.  Datang tengahari buta, even ada kipas, tetap panehh. Ada bilik berpenghawa dingin, tapi kena berebut lah.

Orang sibuk order makan, dia melalak nak aiskrim. Hai lah Reezqy. Beriya membazir air mata, lepas beli, sesuap je makan lepas tu dia tak nak dah. Sebab tu lah orang tak bagi beli Reezqy, sebab tahu abang tak berapa makan durian. Cakap Mami takmo dengar kan! Rugi RM5.

Alahaiii, terkenang kesedapan lauk dan kicap cicah tu. Tapi bila mengenangkan suasana kat situ, terus terpaksa lupakan rasa nak makan kat sana.

So, here we go! Sampai dah. Lepas makan, terus check in.

Tempat ni dalam ladang kelapa sawit, so memang pandang kiri kanan, nampak pokok kelapa sawit ajelah.
Jenis bilik macam rumah, ada atas bawah. Kami dapat bilik yang atas. Alhamdulillah, bilik kami ok je semua. Ada kawan Azreen dapat bilik yang bau rokok melekat kat bilik. Hmmm, nak merokok pun, pi keluar boleh dak? Kan dah tinggalkan kesan kat orang lain.

Ni receptionist. Takde aircond. Ada breakfast untuk dua orang disediakan kat sini. Harga RM15 kot. Kanak-kanak separuh harga. Baca komen orang, ramai yang condem tapi I ok je telan. Haha. 

Untuk ke kolam air panas, kena berjalan dalam anggaran (+-) 1km jugalah . Part ni lah yang adik I malas. Sebab tu dia tak suka datang sini. If stay kat sini akan dapat dua complimentary tiket. Kanak-kanak 4 tahun ke atas dikenakan bayaran. Raneeya day 1 tu I kawtim aje dengan budak kaunter, hari kedua pun I bagi ayat yang sama. So tak kena bayar.

Kat sini ada kolam yang airnya panas dan ada yang tak. Ikut suka lah nak pilih yang mana.

Yang ni airnya tak panas. Air kolam biasa macam kolam mandi yang lain. Fav spot Reezqy!

Ada tempat untuk rendam kaki dan juga tempat untuk rebus telur. Ada juga kolam air panas yang boleh masuk badan semua. 

Kolam yang ini suhu normal je tapi Rayeesa mandi sekejap je kat sini. Lepas tu nangis tak nak masuk dah. Dia penat agaknya, ke dia tak suka mandi kolam. Tak dapat dikenal pasti.

Untuk I dan Azreen, kami suka tempat  macam ni. Raneeya dan Reezqy pun suka sangat-sangat. Lagi suka sebab dapat berendam lama kan. Asyik tanya bila lagi nak datang sini. Rayeesa pun I agak dia suka sebab asyik lah berlari sana sini tak duduk diam. Cuma tang mandi kolam je lah dia tak berapa enjoy.

 Insha Allah, ada rezeki, kami akan datang lagi ke sini nanti.

Wassalam.

Isnin, 2 Julai 2018

Warna-warni Aidilfitri 1439H!

Even raya dah setengah bulan berlalu, cerita raya, I rasa I patut letak juga dalam blog sebab senang nak rujuk atau cari apa-apa, semua boleh rujuk dalam blog. Ya, sekarang ada IG, FB, Google Photo semua, tapi I rasa, blog ni sentimental value dia lain. Bila tengok gambar dengan ada cerita sekali, feeling dia tu, penulis blog ajelah yang tahu. =p

Sebelum tu, harap maaf ya, gambar lintang pukang tak ikut hari.So, baca ajelah, cerita yang i taip ni. Haha!

Suku sakat Abah at Mantin most Wanted. Ramai lagi ni, tapi ada yang ikut turn raya, ada yang tah mana pergi, ada yang dah makan malas nak bangun, so, yang terpotret di sini ajelah adanya.

Ni dalam 9-10 Syawal, Azreen cakap, nanti kita pi raya rumah Faruq. Terus I laju-laju whats app Faruq. Tanya kenapa kau ajak Azreen tapi tak ajak aku raya? Sebab Faruq ni ex office-mate I, tu yang musykil kenapa dia pi ajak Azreen bukan I? Haha, tu pun nak jadi masalah kat ko Ain kan!

Family belah Azreen. Yang tiada kakak kedua dan anak-anaknya sebab beraya di sebelah suami dan abang ipar nombor tiga sebab kena berkhidmat untuk negara. Untung orang dok belakang dalam gambar sebab nampak slim kahkahkah!

The beradiks tak cukup korum. Adik kedua beraya di Terengganu, so kita Whats App gambar ni di Hari Raya pertama kat dia supaya dia sedih. Jahat nau kan kan kan! Dah la orang tu beraya di perantauan.

Baju raya I tu, ikutkan, baju lain sebenarnya. Tapi bila dah beli, ada manik-manik bling bling bagai, I rasa over lak. Dah la raya kat kampung je kot. Terus I cakap kat Azreen, boleh tak nak beli baju lain yang simple je. Hangin je Azreen mendengar!

Perempuan kan, kalau dia beli baju awal tu, selagi tak raya, belum tentu jadi baju raya dia lagi! Awak kena faham ye suami. *rollingeyes

The beradik tak cukup korum lagi. Ni time beraya di rumah saudara. Kami ni sibuk nak snap gambar kat sawah, adik lelaki dah stuck kat rumah saudara sebab makan bihun. Dia lagi pentingkan makan dari bergambar.

My Family without Ikin (di Terengganu). Biru tua vs biru muda ye Bah tahun ni. Haha. Cakap dalam hati berani lah! Pi cakap depan-depan, kot sanggunp kena dengar syarahan non stop dengan abah kang. Abah I masih bersedih lagi BN kalah, terus kurus sikit puasa tahun ni. Sabar lah ye bah. Sesekali kena bertukar angin bah. Kita tengok inikali macam mana ya.

Yang ni, acah-acah sweet couple, baru kahwin. Kan main lagiii!

Perangai sangat laki den. Dia kata, jom ambil gambar macam gambar kahwin tu. Gilo! Berbulu je adik yang tukang snap.

Acah-acah baru kahwin kat atas tadi, walhal anak berderet dah! Raya ketiga kot ni. Kita ulang pakai baju raya tahun lepas je dah. Beli baju ratus-ratus, takkan sekali pakai je nakkk. Tak baik membazir macam syaitonnn. Selagi muat kita pakai.

Beraya di rumah kakak saudara. Raya ke 5-6 kot ni. 

Yang ni, tak habis-habis lagi drama swasta bergambar!

The cousins, Azreen's side. Pun tak cukup korum. Kalau ikutkan semua ada 11 orang.

Menyantuni Pakcik dan Makcik sekeluarga. Malam-malam terjah rumah.

OOTD raya kedua. Masih berbaju tradisi lagi. Inikan raya. So, time ni jelah pakai beriya.

Rayeesa yang tak tengok-tengok nak snap gambar dia. Lembu lagi menarik dari pandang kamera.

Tengok reben belakang baju. Kalau suruh suami ikat, jadi gitu lah. T____T Bertabah jelah.

Ehem-ehem. Raya kedua ketiga mamat ni masih berbaju melayu lagi. Sepupu I kata, bagus Azreen nak dia pakai baju melayu lagi. I jawab, Iya kak. Dah gosok dia pakai je lah. Lagipun, baju melayu, pakainya sekali time raya je, so membazir kalau tak pakai. So kita recycle je raya kedua ketiga pakai baju Melayu lama. Raya tahun depan, untuk raya kedua dan ketiga I dah nampak dah warna apa. Mint Green dan Kuning! Kahkahkah!

Hai makcik Sawi! Selamat hari raya, jangan sedih-sedih na. Teruskan hidup dengan orang yang ingat kita ja.

Pagi raya ketiga, ibu ajak I pi pasar. So, moh la, i hantar. Abah pun sibuk nak ngikut juga.

Qalesya dan Qaisara. Anak cousin. Bestnya lahai dapat kembar kan! Kena paksa diam sebab I nak snap gambar, terus dibantainya melalak.

The cousins, bergabung, berpadu, meletop! Memang hancur la bilik tidur.

The boys! Anti sosial. Geng gajet.

Mak saudara dan anak saudara. Mini me & mini Kak Yan. Dulu, kami berdua membesar sesama. Sekarang dah zaman anak lak. Mereka berdua ni jarang jumpa. Apapun, moga ukhwah kita sentiasa berpanjangan, Insha Allah.

Rayeesa! Perangai sangat ni. Pergi rumah orang masuk bilik orang lepak atas katil. Rumah saudara tak apa lah adik oi. Kalau rumah artis, viral adik nanti, mak pak pun terkena tempiasnya.

Haha! No caption.

Memenuhi jemputan Mak Wan. Orang penting dalam sukan bola tampar. Sepanjang I join bola tampar di USIM, Mak Wan lah puncanya. Dia yang kenalkan i kat sukan ni. Ikutkan, I ni kaki bangku, sukan apa pun tak tahu. Haha. Terima kasih Mak Wan atas jemputan. Semoga Mak Wan sentiasa dirahmatiNya dan murah rezeki dunia akhirat.

Last but not least. Ziarah BFF yang dah 8 tahun tak jumpa. Last I jumpa time dia berpantang anak pertama. Sekarang, dia anak empat dah. Thank you Botak sudi terima ziarah kami. Semoga kau terus kuat menempuh segala dugaan dan cabaran. Semoga dipermudahkan segala urusan kau, aaamin.

Wassalam.

Jumaat, 29 Jun 2018

Laksa Johor.


1. Cara masak failed. Resipi suruh tumis kau pi lebur semua bahan macam laksa Penang. 😅 Bahan pun banyak takde. Lengkuas, halia, yilekkk! Sambal dia pun lari warna. Bahan sambal orang suruh kukus aje, I pi goreng lak sebab malas nak keluarkan pengukus. 🙈 Bila dah buat, baru perasan, komen kat RESIPI tu mostly cakap tu bukan resipi laksa Johor pure. Alahai.

2. Rasa. Tentulah lagi sedap yang Kak Mas dan MIL Kokin buat. Kak Mas punya laksa Johor adalah my first taste, so, rasa tu jelah yang asyik teringat-ingat. Yang MIL Kokin buat pun rasa lebih kurang. So memang teringat-ingat.  Tah bila diorang nak ajak makan tah 😝

3. Rezeki dikongsi bersama kan. Konsep dia tekak kita nak makan, kita cuba buat, lepas tu terus jadi menu raya potluck office suami. Kira kalau masuk Master Chef ni memang kau saja cari penyakit then kena keluar terus sebab dah lah first time buat dan siap berani bagi orang lain rasa juga. Haha.

Selasa, 26 Jun 2018

Raya 1439H: #2 Family photo shoot for Raya isn't easy as u thought!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
=)
Yes, I'm back after bercuti panjang dan cuti raya.
Dah cuti lama kan, so semangat kerja tu pun menggunung tinggi semula lah walaupun hari pertama masuk office semalam chaos dengan masalah transport bos.

Kahkahkah!
Ampun bos, saya budak baru belajar.
Bos jangan marah ye ;)

Tak pergi mana pun cuti lama. Hanyak balik rumah ibu abah.

Seronok sangat dapat bercuti panjang sambil luangkan masa dengan Ibu Abah! Nasib lah suami izinkan, kalau tak memang tak merasa nak spent time dengan Ibu Abah. Dapat sarapan sama-sama, makan masakan ibu, masak sama-sama dengan ibu, gelak-gelak kat meja makan, malam-malam borak kosong dengan ibu abah, gosip lagi haha,  tengok ibu abah depan mata, tengok kedut muka ibu abah.

=,(

Ibu abah kita dah tua, luangkan lah banyak masa dengan mereka =(

Semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi ibu, mak dan abah-abah selalu. Kurniakanlah kesihatan yang baik serta rezeki, kebahagian dan kegembiran yang tak putus-putus untuk mereka, aaamin.

Cerita ibu abah dah overshadow tajuk posting lak.

Berbalik kepada cerita 1 Syawal kami, untuk gambar keluarga di pagi Syawal, macam tahun sebelum ni, gambar pagi raya I sekeluarga, memang ambil dapat ajelah. Yang beriya mak bapak, yang Reezqy, tukang spoil gambar, yang Rayeesa, baru bangun tidur mood tak berapa ok, harapan kepada Kakak Raneeya ajelah bagi kerjasama baik. Terima kasih kakak.

Gambar ambil banyak kali, tapi yang dikongsi kat sini, gambar yang senonoh je lah.

Reezqy!

Reezqy tak nak tengok kamera!

Hmmm, malas nak cakap banyak dah.

Ommak kau yang beriya ha.


Ok fine Reezqy. Terima kasih atas kerjasama awak!

Rayeesa, elok je siapkan mandi pakai baju semua, bapaknya balik dari solat raya, dia bantai tidur T___T


Nasiblah juga ada ihsan gambar dari Maklang. Ni pun dah petang ni. Reezqy baru bangun tidur, paksa juga dia pakai sampin dan songkok then cakap, kalau tak diam ambil gambar, Mami buang pop pop. Terus dia baik sebaik-baiknya. Haha.

Raya I tiap-tiap tahun sama aja. Jalan cerita pun sama. Nilai - Mantin - Melaka. Next year terbalikkan je. Melaka - Mantin - Nilai. Tak adventure pun macam orang lain yang kena hadap jammed lama dalam kereta. Haha. Tapi, walau pun tak adventure mana, Alhamdulillah, kami tetap enjoy sambut raya sambil melawat sanak saudara.

Aidilfitri 2010
Baru I perasan, mostly warna tema baru raya I, lebih kurang sama je tiap-tiap tahun. Kahkahkah. Nampak sangat tak nak keluar dari zon warna selesa =p Warna tahun ni sama dengan warna kami mula-mula kahwin.

Takpolah kan, warna lebih kurang sama, tapi bilangan ahli keluarga tak sama. Ada aja tambahannya ;)

Selamat Hari Raya semua.
Semoga Hari Raya anda semua dipenuhi dengan kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah daripadaNya, aamin.

Khamis, 14 Jun 2018