Day 1
Percutian ke Johor ni pada asalnya cakap-cakap mulut je dengan BFF I ajak dia pergi Legoland sebab anak I terpengaruh sangat dengan iklan Legoland kat TV tu, sekali, eh jadi betul lak. Haha.
Dan kebetulan pula rakan sekolah teknik akan melangsungkan perkahwinan di JB, maka, kita sekali harung je lah ye.
Tiket, hotel semua, Bonen settle kan, so, I tinggal bawa badan dan bayar je lah kat dia. Kami ambil tiket water theme park je sebab mikirkan kalau ambil all park macam tak cukup masa je.
Gerak pagi-pagi buta hari Khamis, 8 Disember 2016 dengan harapan akan sampai awal dapat masuk water theme park, tapi harapan punah berderai sebab salah exit tah mana hala tah tersesat barat.
Happy Rayeesa pagi-pagi buta dah kena mandi sebab nak berjalan punya pasal. Eh, tak berjalan pun, Rayeesa memang mandi pagi sebab Mami hantar pi taska dah siap mandi kan kan kan ;)
Lepas dah sesat masuk bandar JB, pusing-pusing tah ke mana, makan tengahari dulu, lepas Zuhur baru I dapat jumpa Bonen sekeluarga yang dah sampai dulu dan masuk dulu. Kahkahkah. Kalau tak sesat bukan Nurain lah namanya ye. =p
Hai orang JB. Akak sesat lah wehh. Best sangat dapat ronda-ronda kat bandar Jay Biee. Masuk sini keluar sana, sampai satu tahap I dah pasrah dan cakap kat Azreen, kalau tak jumpa juga, jom balik je lah.
Kahkahkah.
Tengok Reezqy punya terujanya sampai Legoland. Tak duduk diam muka tak tentu arah sebab merata ada lego.