Hari kedua, I dan Bonen bawa haluan masing-masing. Bonen ke Hello Kitty Town, I nak pusing-pusing bandar JB. Tah berapa kali nak pusing kan! Haha.
Malas nak pi HKT tu. Bayar mahal satu. Bonen lak nak stay situ dari pagi sampai ke petang sebab dah bayar mahal kan. Haha. So, memang tak lah anak hakak boleh stay satu tempat camtu lama-lama.
Info dari Bonen: 100 pelanggan pertama yang datang ke HKT, boleh dapat tiket RM125 je untuk all park iaitu HKT, Thomas dan semua tingkat kat situ. So, siapa nak pergi sana, make sure datanglah awal.
I stay kat Nex Hotel, Taman Perling. Bonen yang booking bilik. Majlis perkahwinan kawan I area situ, so kita book bilik pun yang dedekat situ juga la. Since ahli keluarga dah bertambah maka, kenalah ambil Family room. Pagi tu breakfast sesama dengan Bonen dulu.
Settle breakfast, nampak pula dobi gini bersepah, terus hangkut semua baju kotor, bagi basuh dulu. Bior baju tak lipat, tapi jangan baju kotor berlambak. Stress mata ni nengok.
Rayeesa pun kena juga la ikut jadual ahli keluarganya. Bangun awal pagi ye dik. Layannnn.
Selesai basuh baju, pi jalan kaki sebab nampak macam ada stall jual makanan depan hotel tu. Dapat lah merasa kuih dulu-dulu ni. Abuk-abuk, tepung bungkus dan lepat pisang. Dah sarapan pun mengada lagi nak beli makanan lain.
Oleh kerana takda plan nak pi mana lagi haritu, I ajak Azreen lunch kat ZZ sup tulang. Pernah sampai sini, so jalan tu ingat-ingat lupa la, sesat sesikit tu biasa.
I dari pregnant haritu mencari laksa johor. Kat ZZ ni ada, so kita order la. Not bad la rasa dia. Tapi sedap lagi kawan I kak Mastura buat. Laksa johor mmg ada lobak asin tu ke?
Order juga la sup tulang. Boleh la rasa dia. Sedap lagi sup ibu buat. Haha.
Cucur tu sedap. Kuah cili dia pun sedap. Teringat-ingat lak kesedapannya.
Balik dari ZZ Sup tulang, terlalu kat sini, tersinggah dan terpaksa mengambil gambar mamat ni. ZZZzzzzzzzz!
Layankan je lah. Kagum lettew!
Dan lagi. Memang datang JB ni jadi photographer dia untuk ni je la kennnn.
Seram juga mula-mula bila nak pi Forest City ni, sebab dia jauh ke dalam. Siap dah nak sampai parking, Azreen patah balik nak keluar sebab dia cakap tah apa tempat ni. Tapi I berkeras juga nak masuk.
See, bila dah masuk, terus rasa heaven sebab syurga budak-budak ni. Ada tempat mandi. Pool banyak, tapi yang sesuai ni jelah untuk anak-anak I. Forest City ni lebih kurang macam bandar dalam taman. Yang I perasan, kawasan ni macam kawasan laut yang ditambak je. Macam kat Melaka tu.
Cantik tempat ni. Memang sesuai untuk bersantai dengan keluarga. Spot untuk bergambar pun banyak lawa-lawa.
Syurga anak-anak I kat sini je la ha. Nak mandi diorang check bawa baju mandi ke tak. Kebetulan ada baju mandi backup diorang dalam bag, so lepas lah diorang ni berendam. Siapa yang tak pakai swimming attire, nanti guard tiup wisel suruh keluar dari kolam.
Kan main happynya lahai dapat main air.
Cantik kan? View tu, bukan yang baju biru! Haha.
Yang ni syurga Rayeesa. Hehe. Nasib ada bilik utk BF. So, kita layang wifi dengan Rayeesa je la kat sini. =)
Kat sini sebab tempat baru, surau, toilet semua complete dan bersih.
Dalam pukul 5 lebih camtu, kami gerak balik. On the way balik ke hotel lalu lagi Legoland ni. Reezqy siap tanya, boleh pergi lagi Legoland?
Haha. Mahaplah bang, kalau Legoland tu tiket masuk setakat RM10-20, memang boleh pergi banyak kali, ni seorang lepas minyak dan tol balik Nilai bang oii. Nanti abang dah sekolah rendah nanti, ada rezeki kita pergi ye. Harap bersabar.
Malam tu tak buat apa, keluar makan sekejap pun dekat-dekat area hotel je. Malam tu juga Bonen delivery bakso tepi kubur dengan sate kambing ke bilik I. Dia ajak lepak sana, tapi sebab kedai tu tepi kubur sangat dan I ni ada baby, memang tak lah nak melepak situ.
best.
BalasPadam