Selasa, 14 Oktober 2014

Colors by Sasha.

25 Julai 2010 ~ saat bersanding atas pelamin. Takdepun beriya nak berinai. Haha. 

Kepada bakal-bakal pengantin, adik-adik manis yang suka tangan berukir-ukir inai, mak-mak budak yang sentiasa nak rasa feeling2 pengantin sentiasa, or sesiapa saja yang suka berinai, sila pergi dapatkan khidmat Colors by Sasha ya.

I dah pergi buat dah sebelum hari raya haji haritu. Siap pergi majlis Anugerah Sukan USIM orang dok giat, bila kahwin lagi ni, sampai hati tak jemput pun. Haha.

Isnin, 13 Oktober 2014

Kampung Pulau Semut.

Balik raya haji haritu, budak dua ketul ni, tak nyempat-nyempat turun dari kereta dan explore rumah atok nenek mereka.

Budak dua ketul.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Makna setiap tertib solat.

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Khamis, 9 Oktober 2014

Raya qurban orang kampung. #2

This year, raya qurban di kampung I. So, kita sangatlah happy. Eh, memana raya pun kita happy je lah nye pun. (Azreen baca oi) :p

Dulu abah selalu keluar statement, orang lain dah bercucu, abah ni tak sempat ke tidak pegang cucu sendiri. ~ Statement dikeluarkan oleh Abah sebab I tak kahwin lagi. Rilex lah abah oi. Dah anakmu itu lambat bertemu jodoh, nak buat macam mana. Kan elok abah bersabar. Perancangan Dia itu indah. Ha, ambik setahun satu ha Allah bagi atas kesabaran abah tu. Haha.

Rabu, 8 Oktober 2014

Cerita Raya Haji.

Selalunya, Raya Haji atau Raya Aidiladha ni, persiapan semua orang tak beriya macam raya puasa. Dulu, I adik-beradik, kalau Abah tak membebel suruh pakai baju raya, memang kita orang pakai baju biasa je sampai ke petang. Tapi abah, dia tak boleh. Kata abah, bezakan, hari biasa dengan hari raya, bukan hari-hari raya, setahun sekali tu je pun. Sambutlah dengan cara yang betul dan hargainya. Maka, kita pun beriya-iya lah siap juga :p

Azreen pun macam abah juga. Raya haji ke raya puasa ke tetap beriya nak berbaju melayu. Sebelum balik lagi dia asyik dok ulang-ulang, samping jangan lupa yang, samping. Awak tinggal takpe, samping tu jangan. T___T   Punyalah nak melaram kan. Raya haji je kot. Beriya melaram, balik sembahyang raya, tukar uniform kena potong daging. Kahkahkah.


Bersederhana dalam segalanya, tapi dalam gambar sentiasa hover~! :p

Mamat songkok tinggi yang dipinjamkan Tuhan untuk melengkapkan resipi perkahwinan. Haha. Syukran Ya Allah.