Isnin, 11 Ogos 2014

Pesanan untuk suami.

Pengantin Lelaki saya. ;)

Dua hari je lagi nak pergi UTM dah. Dari semalam dan pesan macam-macam kat Azreen. Siap repeat banyak kali dah jadi macam dialog lak.


B,
Back kura-kura ni ada baju raya tau awak nak pergi raya rumah Paklang nanti. Kemeja misai adik dengan jumpsuit jalur-jalur kakak tu awak pakaikan diorang time nak pergi nanti. Baju salin untuk siang hari pun ada, kalau nak mandikan untuk malam pun ada baju tidur dalam tu sekali. Napkin dalam tu nanti buat tuala mandi. Sabun dalam botol colgate kecik. Nak pergi nanti jangan lupa masukkan bedak dan beg mekap dorang sekali. Awak jangan nak masuk baju lain lak dalam tu. Ni memang untuk pergi raya tu je. Bakul susu nanti jangan lupa ye.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kenangan zaman kanak-kanak korang?


Apa kenangan korang masa zaman budak-budak dulu? Ada tak macam kat bawah ni?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

Khamis, 7 Ogos 2014

Oh Lijiki!


Lagi 5 hari je lagi ni nak ninggalkan anak dan suami pergi bersokan. Macam mana dupdapdupdap nya hati I nak ngadap game, gitu jugalah samanya dupdapdupdap nak ninggalkan suami dan anak-anak. Paling triple dupdap nye nak tinggalkan si adik,  Iman Reezqy atau kakak dia sebut LIJIKI.

Kakak, tak risau mana sebab since dari baby lagi dia dah biasa ditinggalkan sebab I dulu kan time Iman Raneeya lahir, I selalu takda sebab hadir class di hujung minggu. Tambah pula dia dah biasa ditinggalkan di kampung dalam seminggu dua kalau Neneknya nak melepas rindu. So, kakak memang ada ke takda I, dia ok je lah, takde dia ambil kisah pun.

Dadddy? Lagi lah tak payah risau. Tinggalkan dia kat rumah Mak dia kan? Memang dia punya perasaan anak bongsu tu datang baliklah. Maka dapatlah dia bermanja-manjaan dengan Mak dia dalam 4 5 hari time I takda.

Adik ni!
Dah lah dia ni I dapat BF kan almost 6 bulan on off, so chemistry between dia dengan I tu tau-tau jelah kan cemana. Lepas tu sepanjang 15 bulan ni, tidur dia memang berteman I sokmo je. Kalau kena tinggal pun time siang, malam memang berkepit di bawah ketiak ni jelah. Masuk hospital pun, I jugalah yang mengadap dia. Hmmm, tak tahu lah jadi macam mana I tinggalkan dia dengan Daddy dan MIL nanti.

Azreen asyik ngadap I je tanya macam mana ni nanti?
I pula tak tahu nak bagi jawapan tapi soalan balik Azreen, macam mana ea?
Haha.

Apapun, harap-harap, adik dapatlah biasakan diri dia tanpa I untuk 4 5 hari tu nanti hendaknya.
T__T
Tahun depan kena pregnantlah nampaknya ni, so tak payah dah pergi sukan-sukan lagi.
Eh!


Rabu, 6 Ogos 2014

Iman Raneeya bagi duit raya.

Sila fokus pada handbag Iman Raneeya.

Bila kira balik duit raya Iman Raneeya hari tu, compare dengan adik dia, duit raya Iman memang short gila banyak! Tah pada sesape lah dia pergi sedekah agaknya.

I memang dah agak dah sebab since kak Iman dah ada handbag yang dia pegang dalam gambar tu, angpau yang diterima memang dia tak bagi I. Menjerit-jerit dia kalau I ambil. Nak ambil pun time dia tak perasan atau tidur, baru boleh pergi ambil semua angpau dan duit yang dia dapat. Tu pun, bangun tidur nanti dia tanya, kenapa angpau yang ada dalam bag kosong. Mana duit red dengan hijau dia? Kenapa tinggal duit blue je satu?

Haha.

Ada satu masa tu, pergi raya rumah pakcik, dia siap pegang handbag dia lepas tu cakap kat pakcik I, meh salam Iman atok meh. Iman nak bagi duit raya. Dia dah sesiap keluar angpau dari handbag dah dan bagi pakcik. Pakcik kemudian bagi angpau tu balik pada I.

Iman Raneeya Iman Raneeya...
Ngikut aja apa orang tua buat!

Isnin, 4 Ogos 2014

Aidilfitri 1435H kami.

Salam 8 Syawal korang!
Best betul kan, cuti lama-lama lepas tu kena kerja harini?
=p

Anak I siap drama nak pergi taska pagi tadi. Dari start kereta sampai hantar adik, dia baca Iman tak nak pergi taska, Iman tak nak pergi taska! Tapi sampai depan pintu taska, tengok muka cikgu taska, elok pula dia masuk.

Haha. Drama sangat!

Apapapun, sebelum memori Syawal hilang dek kerana nak ngadap kerja pula, meh kita share gambar raya kat sini.

Raya pertama: Yellow mellow yenadeyy baju raya ahkakk tak siap kau! Terus lah akak yang baik hati ni SMS tailor, tak payah lah siapkan baju raya I. Kesian pula dia pun nak balik raya juga kan. Sebab kita ada hati perut, kita lupakan lah baju idaman hati dan kita pergi lah Jakel beli baju cap Siti Nurhaliza je. T__T