Selasa, 13 September 2011

Raya orang kampung.

Azreen dibesarkan di bandar dan sesekali sahaja balik ke kampung beraya. Tapi sejak datuk dan nenek kedua belahnya tiada, adalah dalam sepuluh tahun dia tidak beraya di kampung.

Disebabkan itu, pada tahun ini dia amat eksaited dapat beraya di kampung ai. Lagi-lagi bila dapat pengalaman membakar lemang kan, memang kalau boleh tiap-tiap tahun lah dia nak beraya di belah ai. *tangan di dada, mata ke atas. Haha!


Kemeriahan beraya amat terasa bila duduk bersepah-sepah cam gini. Orang kampung kurang ado settee sofa hok hok mahal tu ye.

Ewah, pak mentua dan menantu saling bergandingan gitew! Tengok muak Azreen, riang kan beraya di kampung?

Walaupun orang kampung tetapi handphone tetap tanak kurang. Haha. *Ampun kin! Iman Raneeya yang baru merasa nak beraya steady je dengan Teddybean kepamnya.


Orang kampung tau ye guna compact powder. Lagi-lagi kezens ai ni. Eh, eh, sempat tachap lagi, kau ado?

Tengok orang kampung ni, pergi beraya bawa beg plastik je. *Kes handbag tinggal. Plastik-plastik pun, berjaya lah juga penuhkan plastik tu dengan angpau. Iman Raneeya lak macam biasa, bila dah penat tengok orang, dia tidur. Bila dah penat tidur dia jaga. Senang kan jadi baby?

Kadangkala, ketika beraya di kampung, nasib tak baik, langsir tuan rumah mungkin akan sama dengan warna baju anda. Tapi itu tak penting pun kerana kunjung mengunjung di Hari Raya mengatasi segalanya. =)

Orang kampung pi beraya kena simpan kereta. Jalan kaki dari rumah ke rumah sampai ketiak basah. Sambil berjalan, bolehlah gosip-gosip apa yang patut. Payung pula perlu dibawa sebagai langkah keselamatan sekiranya hujan bagi yang beranak kecil.

Bila orang bandar datang ke kampung, beginilah jadinya. Sampaikan dengan lembu pun nak bergambar juga. Tensen muka lembu tu nak melayan karenah si Azreen nih.

Nasib baik dah sediakan payung sebelum hujan. =) Selamat Hari Raya ye buat semua dari tuan blog ni, si orang kampung. =p

Ahad, 11 September 2011

Syawal terakhir bersama mereka.

Syawal kali ini adalah Syawal yang terakhir ai dan classmates dapat beramas-mesra together2 kerana pertengah Oktober ini, Insya-Allah perjuangan kami menuntut ilmu akan berakhir. Moga semuanya berjaya with flying colors lah ye. Lepas ni, no more asaimens dan takde lagi sakit kepala otak nak bace nota tok exams lah. Wahhhh, merdeka mak nak! =)

Oleh itu, sempena meraikan Syawal dan perpisahan yang bakal menjelma, kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan secara potluck sesame weols dengan tema Meriahnya Raya. =p

Weols bersama makanan dan pensyarah (baju kuning) paling cuns =)


Perkahwinan terpaksa ~ Lakonan sebabak dlm kelas. Haha. *sempaaaaat!



Bab bergambar kami memang sentiasa menang!




Oh, kantoi mengkaver diri time gelak lalu disnap oleh Cik Photog!



=) Tudung raya Hana Tajima tak jadi lalu belasah je lilit.



Bergambar bersama Pensyarah paling best. Time dia mengajor sanggup tahan kencing sebab tanak miss dia punya lecture. Huhu, gonna miss your lecture lah Dr!.


Bergambar ala-ala salam perantauan kat Indonesia.


Abg pejai said: Aksi bebas please! Dan, hasilnya adalah gambar di atas. Memang bebassss sangat pun kan? *Ai berjaya buat gaya peace bajet comel ala kPop.



Sesi bermaafan dengan pensyarah.


Hot mummies: Mummy Iman Raneeya, Ibu Amil Akashah dan Amma Amelia Azmira.


Kami tak cantik, tapi kami gojes. Sila jangan jeles ye.


Last but not least, gambo dekat bajet kurus untuk tatapan orang yang suka curi bace blog ai. =)
Ila said tentang gambar ni: Akak macam orang jepun yg baru masuk islam. Haha.






















Nota lipscumel:

1. Even happy study dah nak tamat, tapi kesedihan nak berpisah dah mula terasa. Haishh, kenapa setiap pertemuan perlu ada perpisahan?

2. Selamat ulang tahun kelahiran kepada Shithah (7 Sept) & Nazrul (11 Sept). =)

3. Ade ke kate ai pakai botox. Haishh, takdo maknonyo. Dari pakai botox, elok ai guna duit tu beli pampers Iman Raneeya lah.

4. Yey! Ai dah tau cemane nak boh gambo besar gedabak seperti di atas. *haha. delay!

Rabu, 7 September 2011

Happy 4 months old baby!


Helo, saya Iman Raneeya. Sekarang saya dah boleh pakai baju kurung. Nenek Ani buat dua helai baju kurung untuk saya pada Raya ni. Tapi saya kurang suka lah pakai baju kurung sebab panas. Bila pakai baju kurung, saya suka tarik-tarik kain dia.


Meet my buddy, Mr. Teddybean. Saya suka tarik-tarik teddybean sebab nak mesra-mesra dengan dia. Tapi sekarang mummy dah simpan teddybean sebab dia dah koyak dan keluar bola putih kecik-kecik bila saya main-main dengan dia. Lagipun, Atok Abu cakap tak elok main teddybean sebab nanti malaikat taknak masuk rumah.


Saya suka sangat tidur atas pangku sambil pangku digoyang-goyang. Seronok. Bila goyang lama-lama nanti saya lena.


Tahun ni tahun pertama saya beraya. Saya dapat banyak sampul kecik kaler-kaler bila ikut mummy pergi beraya. Seronok je dapat sampul sebab bila mummy buka dalam sampul tu ada duit.


Orang-orang yang jumpa saya mesti kata mata hitam saya besar tapi bentuk mata saya sepet. Ni semua sebab mata mummy lah mata saya jadi macam ni. Bentuk mata saya ikut macam mummy. Hidung dan mulut pun macam mummy juga. Saya kan anak mummy.


Ha, besar tak mata hitam saya? Macam pakai korean lens tak?
Tengok headband saya. Tu headband faveret mummy. Sebab mummy tak muat nak pakai, dia selalu pakaikan headband tu kat saya walaupun tak matching dengan baju yang saya pakai.

Ok lah. Saya nak berehat sebab sekarang ni kurang sihat. Saya batuk dan selesema. Kesian mummy sebab kena bangun malam-malam bila saya nangis hidung tersumbat. Tadi baru je saya muntah atas badan mummy. Maaf lah ye mummy, saya hampir nak meniarap sekarang ni, sebab tu lah saya demam. Mummy sabar oke, nanti dah besar saya belanja mummy kepci. =)

Tata semua.

♥,
Iman Raneeya.

Selasa, 6 September 2011

Hari Raya hari gumbira. =)

Hari Raya Aidilfitri 1432H yang sangat bermakna kerana,

1. Tahun ini bertiga dengan adanya Iman Raneeya. =)
2. Tahun ini beraya di belah ai. Yey!

dan, ia menjadi bertambah-tambah bermakna dengan beberapa lagi berita gumbira. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan dengan setiap kurniaan kepada ai, keluarga dan rakan taulan.


Saling melengkapi = Kesempurnaan+Kesederhanaan.


Kamu semua adalah Kebahagiaan.


Abah & Ibu = Atok & Nenek.


Kaklang, Kaklong, Kakngah & Bangsu. Eh, Paksu lah. Sayang kamu semua sampai syurga.


Lil' Raneeya dengan baju kurung buatan Nenek.


Salam dihulur tanda kemaafan.


Adik beradik. Air dicencang takkan putus. Dah buat salah, saling bermaafan di bulan mulia.

notalipscumel:

1. Tahun ni tak tukar baju raya pon. Pakai baju raya time Kakngah kawen jer sebagai langkah penjimatan.

2. Ai rasa janggal je le nengok kekaler di atas. Kaler gold sgt bukan ai lah! Haha.