Selasa, 13 September 2011

Raya orang kampung.

Azreen dibesarkan di bandar dan sesekali sahaja balik ke kampung beraya. Tapi sejak datuk dan nenek kedua belahnya tiada, adalah dalam sepuluh tahun dia tidak beraya di kampung.

Disebabkan itu, pada tahun ini dia amat eksaited dapat beraya di kampung ai. Lagi-lagi bila dapat pengalaman membakar lemang kan, memang kalau boleh tiap-tiap tahun lah dia nak beraya di belah ai. *tangan di dada, mata ke atas. Haha!


Kemeriahan beraya amat terasa bila duduk bersepah-sepah cam gini. Orang kampung kurang ado settee sofa hok hok mahal tu ye.

Ewah, pak mentua dan menantu saling bergandingan gitew! Tengok muak Azreen, riang kan beraya di kampung?

Walaupun orang kampung tetapi handphone tetap tanak kurang. Haha. *Ampun kin! Iman Raneeya yang baru merasa nak beraya steady je dengan Teddybean kepamnya.


Orang kampung tau ye guna compact powder. Lagi-lagi kezens ai ni. Eh, eh, sempat tachap lagi, kau ado?

Tengok orang kampung ni, pergi beraya bawa beg plastik je. *Kes handbag tinggal. Plastik-plastik pun, berjaya lah juga penuhkan plastik tu dengan angpau. Iman Raneeya lak macam biasa, bila dah penat tengok orang, dia tidur. Bila dah penat tidur dia jaga. Senang kan jadi baby?

Kadangkala, ketika beraya di kampung, nasib tak baik, langsir tuan rumah mungkin akan sama dengan warna baju anda. Tapi itu tak penting pun kerana kunjung mengunjung di Hari Raya mengatasi segalanya. =)

Orang kampung pi beraya kena simpan kereta. Jalan kaki dari rumah ke rumah sampai ketiak basah. Sambil berjalan, bolehlah gosip-gosip apa yang patut. Payung pula perlu dibawa sebagai langkah keselamatan sekiranya hujan bagi yang beranak kecil.

Bila orang bandar datang ke kampung, beginilah jadinya. Sampaikan dengan lembu pun nak bergambar juga. Tensen muka lembu tu nak melayan karenah si Azreen nih.

Nasib baik dah sediakan payung sebelum hujan. =) Selamat Hari Raya ye buat semua dari tuan blog ni, si orang kampung. =p

2 ulasan:

  1. haha..klaka lak n3 ni...

    tapi raya kat kampung jugak meriah kan..

    BalasPadam
  2. wahida:
    betul betul betul. kat kg mmg sgt meriah.

    BalasPadam