Rabu, 17 Februari 2010

Rinang.


from nilai to masjid tanah with ♥ =)

tarikh: 14 Februari 2010
masa: selepas zuhur
majlis: rinang (risik & tunang)
lokasi: masjid tanah, melaka

♥,

Rabu, 10 Februari 2010

Cuba cari tajuk puisi ini???

Masih ingat tatkala
Ombak melanda
Hati terluka
Angkara panas jiwa muda
Mencetus persengketaan
Mencetus kekusutan antara
Engkau dan aku
Dahulu

Alhamdulillah syukur
Zon kesuraman berlalu
Rawan lenyap hadir bahagia
Enak dan indah
Emosi tercipta untuk
Nur sebuah kisah indah

Jangat direnggut
Alunan melodi kebahagian
Moga dengan
IzinMu Ya Rabbi
Adam dan Hawa ini akan mengecapi
Nikmat bahagia hakiki

notalipscumel:
1. puisi terakhir ai hasilkan untuk melengkapkan assgnmnt penglahiran bakat =p
2. sebentar lagi mau meeting. adoiainabil, kene amek MOM. mau nguap2 ni kang!


♥,

Sabtu, 6 Februari 2010

2 jam saja lagi sebelum mau ke kelas hari sabtu

1. selepas waktu kerja semalam, teman dakpinkL mencari baju untuk dipakainya pada hari itu. *sibuk mau cari baju juga walhal kamu tidak la sepenting ai pada hari itu la! xsia-sia menemannya bila ai juga dihadiahi 2 helai t'shirt gigolo. eh, silap eja, t'shirt jodano. tq awak!
on the way untuk pulang, singgah jumpa familynya yg sedang dinner di luar dan diserangtanya oleh mereka2 dgn soalan2 mesraaaaa. =p

2. sebentar lagi mau ke kelas. today @ 3 ada debat pusingan terakhir. haishh, nerves ai masih tidak hilang walaupun sudah beberapakali berdebat. =p haishhh, pengucapan awam adalah satu benda yang sentiasa mendebarkan dan menebeskan jiwa oke. ! harap semuanya kan baik2 saja. oh! ai akan jadi Perdana Menteri hari ini dengan mengusulkan AUKU perlu dilaksankan bagi menjamin kualiti IPT di Dewan Parlimen. semoga semuanya kan baik2 sajo.
pix: Yang Berhormat menggediks di Dewan Parlimen =p

3. masih terfikir-fikir sama ada mau mengambil cuti atau tidak pada hari jumaat ini. banyak benda yang perlu disetelkan untuk hari kecik ai. plus, perlu la menunjuk muka awal di melaka sebelum majlis kalo tanak berbakul perli sampai di telinga nnt. Fyi, ai suda lame tidak pulang ke melaka kerana kekangan masa. dan jika ai bercuti, ai juga perlu berulang dari melaka ke upm kerana ada kelas pada hari sabtunya. hurmmm, wat shud i do??

4. oh, ai terlupa tok mempamerkan ahli baru dalam keluarga. eiman nur qistina. =) nama itu ai yang pilih tapi telah diterbalikkan oleh mamanya. nama cadangan ai adalah nur iman qistina. Dulu, ai juga yang memberi nama kepada abg baby qish ini. nama abgnya eiman naufal. =)

pix: kecik2 suda pandai posing oke!

5. lastly, mau post cerita yg suda basi. menyiapkan tugasan untuk subjek agriculture & man. belajar di UPM wajib la mengambil subjek itu yang merupakan subjek wajib fakulti. ai, nazrul & hafiz telah me'legam'kan diri dalam cuaca panas di taman botanical dan taman warisan untuk menambah bahan tugasan. pesan ai kepada anak-anak bandar yang tidak mengenal pokok-pokok buah-buahan, saya sajeskan kamu ke taman warisan ye untuk mengenal jenis pokok buah-buahan yang semuanya ada di situ. =p


♥,

Selasa, 2 Februari 2010

Penantian terindah.

mode lagu blog: ketika cinta bertasbih *lagu itu telah ditujukan oleh seseorang untuk ai. 1 4 3 awak =)


Rindu bersulam
Dalam lipatan penantian
Harapan tinggi menggunung
Bak Himalaya yang berdiri megah
Andai terpaksa menjadi Hawa
Yang menunggu Adamnya
Aku rela
Demi akhir sebuah kisah
Demi akhir sebuah resah
Moga akhir penantian ini
Adalah yang terindah

notalipcumels:
1.salah satu sajak utk assingment BBK3410 penglahiran bakat dan karya kreatif.
gaya bahasa yang digunakan: similie, alusi dan metafora.

♥,

Isnin, 1 Februari 2010

Sendirian dan murung

2 3 ari ni ai kemurungan bile balik rumah. ai rasa balik rumah itu satu yg membebankan.
hurmm, dunno how to describe my feelings. tp kemurungan itu menceritakan segala apa yg ai sedang rasa.
dan ai terfikir, mcm mane lar org boleh hidup sendiri tanpa sesiapa, tanpa kawan, kan???

keceriaan ai hanya bila di opis, jumpa dak pinkL dan g class. di tempat2 itu ai tidak akan murung. ai boleh gelak2 riang.

tp, bila balik rumah,
kemurungan itu akan datang kembali.
haishhh,

nsb bek ada kak tijah, dapat juga la ai gelak2 dgn cerita cem dia tu bila di rumah. cerita cembinayat adalah ai paling suka baca dan buat ai tertawa. tp, gelak ketika on9 je lar dan kak tijah pun bukan slalu hapdet blog dia.

hurmmmmm..

papepun, semoga semua ini tidak akan lama. amin.

*mlm ni emi ada, tp.. tado ape yg beza pun. rasa sama je dia ada or takde. feeling makpak jauh ni mmg sukar tok diluahkan dengan kata-kata. =,(


♥,