Khamis, 23 Oktober 2025

Food makes me happy!

Salam,

Dah jadi habit kot, kalau makanan je mesti nak ambil gambar, padahal takda post mana pun. Simpan je dalam handphone.

Siapa sama macam i? Haha, kita geng!

Teringin maggi. Sedapnya makan panas-panas dalam cuaca hujan.



He & She Coffee with Geng KUSIMA.



Lempeng bawang, terpengaruh dengan drakor Bon Appétit, Your Majesty haha. Tapi bila makan takda pula daun bawang terbang-terbang =p



Breakfast kanak-kanak nak pi sekolah. Hari malas, so yang mudah je lah.


Ada jualan program pelajar di seberang jalan office. Tertarik beli pani puri, tapi biasa-biasa je rasanya. RM10 untuk 11 ketul bebola dan kekuahnya.



Strawberries. Lawa betul nampak dalam gambar dan fresh lagi time kat CH. Turun bawah dia jadi kecut. Silap juga tak bawa cool box. Kalau tak boleh simpan dalam tu.


Mangga telur kawan UR bagi. Kecik comel dan manis. Dah siap buang kulit, letak dalam peti ais. Lepas tu anak tanya, nak makan macam mana ni mami? Haha! Budak sekarang manu tahu kokak sebiji gitu. Selalu semua dah potong helokkk je buah terus masuk mulut.


Dah, nak share tu je.
Happy working semua!

=)


1 ulasan: