Khamis, 5 Jun 2025

Background Singer!

Test, test, mic test 1, 2, 3!
Hellooo!

Dear Abah!
If you masih ada, tak sabar nak jumpa you, balik kampung dan bercerita, yang I menyayi tau!
Menyanyi untuk USIM bah! Recording lagu lagi. Abah ada? Takda kannnnn! =p

Rindunya la hai nak share cerita dengan Abah  =(

Walaupun I tahu, you akan banyak membahan I je bila dengar, tapi itulah yang I rindu now. 
Rindu kita gelak berdekah-dekah membahan satu sama lain.
Rindu you usap kepala I dan tanya, semua ok je kan kak?
Rindu nak call, bila you jawab, you mesti tanya, ok tak tu?
Tapi nak buat macam mana kan, Allah lebih sayang Ibu Abah.

Berbalik pada cerita nyanyi tadi, haha, kitonyoo jadi background singer je la untuk lagu sambutan ulangtahun company yang ke-25 tahun.

Background singer pun background singer lah!
Janji dapat upgrade lagi hidden skill I yang terpendam selama ini dan dapat peluang try benda baru. 

Team Lagu 25 tahun. The Leads + Background Singer

Tak mudah ya nak recording ni walaupun nampak benda simple je, nyanyi dan hafal lirik lagu. Kena masuk juga dengan lagu, blend suara nak bagi sedap, ulang lagi dan lagi sampai Director puasa hati.


Apapun, satu pengalaman baru untuk I dan I happy je diberi peluang join group ni, Alhamdulillah.


The team! Ulang lagi, lagi dan lagi!

Dah recording suara, kena buat muzik video pula, so, moh kita!

Lagu akan diperdengarkan buat pertama kalinya pada 18 Jun nanti. I pun berdebar sama menunggu. First time 'menyumbang' suara kan, harapnya sedap didengar lah haha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan