Isnin, 23 Jun 2025

Aidiladha 1446H

Salam,

Memori Aidiladha post sini simpan untuk buat kenangan 💓


Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat sihat dan dapat melihat anak-anak buah membesar.
Raya Aidiladha kami seperti tahun-tahun yang lain juga. Persediaan masak di waktu malam, solat raya dan seterusnya bergambar. 

Selesai bergambar, masing-masing bebas dengan urusan sendiri. Yang lelaki pula membantu program korban pihak surau.


Abah dah tukar baju dah untuk ke surau. 
One photo for Aidiladha's memory 1446H.

 

Selasa, 17 Jun 2025

Cantiknya Lata Kijang, Jelobu

Salam semua,

Masih tak move on lagi kecantikan Lata Kijang. 
Mula-mula haritu, bila husband ajak pi sini, I cakap, Lata Kijang bukan kat Perak ke? 
Haha!
Rupanya yang kat Perak tu, LATA KINJANG, di Tapah.
Yang ni Negeri Sembilan, hilangkan N, jadi Lata KIJANG.

 
Kami ke sini, during cuti sekolah. Oleh kerana takda ke mana time cuti sekolah, busy menyelamatkan dunia (read: kerja), ajak husband bawa kiddos pi mandi-mandi (read: water theme park), tapi dia bawa  pi sini.

Sila waze/google Taman Eko Rimba Kenaboi atau Taman Negeri Kenaboi kalau nak ke sini.

So here we go! Haha. Gelak dulu sebelum taip. Tenang aja kan nampak di permulaannya.

Drama Queen No. 1 
=p

Kena hiking dulu sebelum nak sampai tempat mandinya ya. Ada juga tengok review tiktok, katanya dalam sejam setengah kena jalan. Ok, fine. Tapi diorang tak cerita yang jalannya tu Ya Allah, bukit pacak, mengahhhh mak nakkk dibuatnya.

Nak buat drama lebih-lebih, ada anak-anak. Kalau berdua je dengan suami ni, memang panjang dramanya haha.
Adik drama queen nombor dua. Dah start nak nangis tu sebab dia nak dokong tapi Daddy tak larat. Minta mami dokong, memang tak la dik. Mami nak bawa badan sendiri pun, kembang-kempis lubang hidung jadinya.

Time jalan datar, riang semuanya. Time dua tiga bukit pacak, Ya Allah, pelan-pelan je lah kita kayuh sambil inhale and exhale.

Whyyyyy dah tua pun I kena panjat bukit dengan youuuuuuuuu???

Riang ya dik di awal perjalanan. Siap boleh melompat.

Setelah dua jam berjalan, inilah hasilnya. Subhanallah!

Alhamduillah, berjaya sampai walaupun banyak drama. Tahniah Mami dan Adik! =)


Tahniah jua adik berjaya sampai ke air terjun tanpa dokong.

Dukung la juga tapi bila dah sampai air terjun. Dia taknak basah tapi nak masuk dalam air.


Abang yang enjoy mandi. Dialah yang selalu tunggu mami sebab Dedi dengan kakak laju je naik. Thank you abang.

Geng laju ni. Haha. Yang kakak siap marah Mami asyik berhenti. 
Ehhhh, mami ikut tahap mami je la mendaki kak. Push lebih-lebih kang, jadi apa-apa, korang yang susah nanti.



Dua jam perjalanan naik,  sejam setengah perjalanan turun untuk melihat indannya kejadian alam, Alhamdulillah.

Moga keindahan tempat ni sentiasa terpelihara la hendaknya, amin. Time mula-mula sampai tu pun, mata dah tertangkap ke longgokan sampah yang ada. 

 Mostly yang naik ke sini adalah anak-anak muda, sebab ramai yang kami berselisih time naik. Siap ada yang masak ya kat atas tu walaupun space nya terhad. Cumanya pesanan Kak Ain, eh kakkk ke? Aunty la. 

Pesanan Aunty Ain, kalau masuk hutan gini, apa yang kita dah bawa naik tu, bawalah turun balik. Jangan ditinggalkan kat atas tu demi memelihara persekitaran.

Sekian, pesanan tulus ikhlas haha.
=)

Khamis, 5 Jun 2025

Background Singer!

Test, test, mic test 1, 2, 3!
Hellooo!

Dear Abah!
If you masih ada, tak sabar nak jumpa you, balik kampung dan bercerita, yang I menyayi tau!
Menyanyi untuk USIM bah! Recording lagu lagi. Abah ada? Takda kannnnn! =p

Rindunya la hai nak share cerita dengan Abah  =(

Walaupun I tahu, you akan banyak membahan I je bila dengar, tapi itulah yang I rindu now. 
Rindu kita gelak berdekah-dekah membahan satu sama lain.
Rindu you usap kepala I dan tanya, semua ok je kan kak?
Rindu nak call, bila you jawab, you mesti tanya, ok tak tu?
Tapi nak buat macam mana kan, Allah lebih sayang Ibu Abah.

Berbalik pada cerita nyanyi tadi, haha, kitonyoo jadi background singer je la untuk lagu sambutan ulangtahun company yang ke-25 tahun.

Background singer pun background singer lah!
Janji dapat upgrade lagi hidden skill I yang terpendam selama ini dan dapat peluang try benda baru. 

Team Lagu 25 tahun. The Leads + Background Singer

Tak mudah ya nak recording ni walaupun nampak benda simple je, nyanyi dan hafal lirik lagu. Kena masuk juga dengan lagu, blend suara nak bagi sedap, ulang lagi dan lagi sampai Director puasa hati.


Apapun, satu pengalaman baru untuk I dan I happy je diberi peluang join group ni, Alhamdulillah.


The team! Ulang lagi, lagi dan lagi!

Dah recording suara, kena buat muzik video pula, so, moh kita!

Lagu akan diperdengarkan buat pertama kalinya pada 18 Jun nanti. I pun berdebar sama menunggu. First time 'menyumbang' suara kan, harapnya sedap didengar lah haha.


Rabu, 4 Jun 2025

Cerita raya di Pejabat

Salam,

Tak post lagi rupanya cerita raya at my office ni. Gambar dah letak, tapi tak post. Dah nak masuk raya haji dah ha, baru teringat balik.

Raya kan, normal la tu, sambutannya banyak kali. Peringkat company, peringkat jabatan, peringkat kejiranan, ikut skim perkhidmatan lagi, kelab dan lain-lain lagi.

Semua pun nak bersedekah, mengeratkan silaturrahim melalui makanan. Majlis yang ini, di peringkat jabatan je. Dah pindah jabatan baru kan, so, kenalah menguruskan majlis jabatan yang ini. I seronok je uruskan semua sambil kerja sama dengan staf bahagian yang lain.


Sebelum majlis raya, kami buat majlis khatam quran dulu sempena khatam time bulan Ramadan. Dapatlah doorgift comel tapi sangat berguna daripada Urusetia Khatam. Syukran!

Kat jabatan baharu I ni, ada 5 bahagian. So this year kami buat pertandingan gerai. Beriya semua mendeco. Kreatif rupanya orang IT ni ya! ;)

with My ex-Bos kecik!

Geng hot pink!


Setiap bahagian perlu sediakan menu. Yang ni I sempat try laksa johor. Sedap!


Ni gerai I, team Admin. Bergambor dengan jiran rumah yang datang beraya.


Team stracomm.


Dua-dua ni pernah jadi bos I.


Team Admin dengan juri jemputan.


Team Admin 8-5pm.


IT gegirls.


Geng Akademik.


Gerai Air.


Bahagian ni menang gerai tercantik. Dapatlah hadiah RM100.00




Kami team Admin tak ramai. Ada 7 orang je. So kami chop siap-siap menu buah. So, inilah hasilnya dari collection kami dan Bos pun payung banyak juga. Murah rezeki bos! =)


Last minit terfikir fruit koktel, ada duit lebih, terus on!


Walaupun bukan buah, tambah juga nak bagi menu kat gerai banyak.



I tambah sendiri dua menu ni, bubur pulut hitam dan periuk kera. Saja bagi meriah menu