Jumaat, 13 Disember 2024

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPKK

Salam, 
Semalam rasa produktif sangat sebab ada macam-macam program. Haha! Siap turun sekilo berat ya sebab ke sana sini.


 

Penutup segala program semalam adalah hadir ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di sekolah Abang sempena UPKK. Dah la bos nak buat meeting 4.30 petang. Dengan baju tak ready apa untuk ke sekolah si Abang, kita doa je la agar meeting tak banyak hal dan habis cepat. Dah tua-tua ni tak payah stress, just follow the flow. Kita rancang, Allah pun rancang, rancangan Allah adalah yang terbaik.


Alhamdulillah, almost 7ppm, berjaya juga sampai ke sekolah. Hangkut semua untuk support Abang yang akan menduduki peperiksaan UPKK bermula 6 Januari 2025. Dapat join solat Maghrib berjemaah, baca yasin, dengar ceramah motivasi, solat isyak dan solat hajat.


Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan Abang dan kawan-kawan yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk menjawab soalan, diberi kefahaman untuk semua yang ilmu Ustaz dan Ustazah telah ajarkan dan beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Tahun ni untuk ujian UPKK, kertas Adab ada format baru, so jumlah mata pelajaran yang akan dinilai adalah 9A.

I selalu cakap kat Abang.
Abang, UPKKKKKKK???
Dia akan jawab: 9A mami.
Haha. Saja suka mengusik dia.



Terjumpa pula mantan big bos besar  di majlis ini sebab dia pun hadir juga sebab cucu sulungnya sebaya si Abang. I pun kenal anak big bos ni. Kenal anak dia dari zaman anak dia sekolah lagi, now dah beranak-pinak.


My heroes =)






Isnin, 9 Disember 2024

Majlis Kahwin Anak Penolong Ketua Kelas


Salam dan Selamat Hari Isnin!
Selamat memulakan hari kerja dengan mood yang ceria walaupun cuaca gloomy je memanggil-manggil rasa nak tidur.

Mood I pagi ni happy sangat sebab semalam baru lepas jumpa kawan-kawan sekolah. Kami berkumpul di Majlis Perkahwinan Anak Penolong Ketua Kelas Kami, Emiliana (baju pink dalam gambar) atau nama glamour dia kat asrama ialah Ichom. Thanks Ichom jemput kami semua, dapatlah reunion sekejap.

Gambar dengan pengantin langsung takda. Cuma ini je la bukti yang kami hadi majlis Perkahwinan mereka. Haha.

Dah berjanji dalam group Whats App nak berkumpul pukul berapa, tapi tu lah, tak semua sampai tepat pada masanya. Weekend kan, keadaan trafik pun kita faham-faham je lah.

I datang tumpang Hajar (yang duduk). Kami sampai dulu, sambil makan, muncul Piya, yang depan, kemudian Adi (tudung kelabu). Terus semua masuk frame.


Time sampai tu tengok Mak Pak Pengantin sibuk melayan tetamu, kami terus cari meja je duduk dan makan. Lepas tu Mak Pengantin terkejut tanya bila kami sampai haha.


Ummi pula sampai, masuk frame lagi. 


Kecoh bergambar, Emma (tudung biru) dan Atie yang hujung tudung pink pula sampai. Meh bergambar dulu. 

Maulud, wakil budak lelaki yang hadir join the frame sekali  dengan kami tarik Mak Pengantin yang lalu.  

Kami semua bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, tahun 1999-2000. Ada yang 20 tahun lebih dah tak jumpa.


Sebelum nak balik bergambar lagi dengan Shilin (tudung oren). Tak sempat nak tunggu Ekorn sampai sebab I pun tumpang orang. Hajar nak kena gerak cepat sebab nak hantar barang anak dia di asrama sebelum 5.30 petang.

Last frame sebelum semua balik ke sarang masing-masing. Yang baju hijau tu kelas lain, tapi dia selalu lepak dengan kami di dorm, so kena masuk gambar juga. Haha.

Kami tak sempat tunggu Ekorn yang sampai lambat. Dia pun sedih sebab tak masuk frame. Nak buat cemane, masing-masing ada hal yang perlu diuruskan. Dapat bersua sekejap je pun semua dan tak  dapat berborak lama.

Kepada Emak Pengantin, terima kasih jemput kami datang. Maaflah acik-acik 41in denials ni buat kecoh buat macam majlis sendiri. Kami dah lama tak jumpa, tu yang jadi gitu.