Selasa, 18 Julai 2023

Anak-anak join MSSD

Salam,

Awal Julai haritu, lepas Aidiladha, Kakak dan Abang terpilih mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Pengalaman pertama untuk mereka berdua join aktiviti luar sekolah.

Yang kakak, memang dari dulu lagi nak masuk acara larian ni tapi tak pernah terpilih. Kadang kesian juga, ya lah, kita ni malas campur urusan pemilihan semua tu. Of course, cikgu sendiri akan pilih yang terbaik untuk mewakili sekolah. Rezeki kakak,  Alhamdulillah, dah darjah 6 baru terpilih.

Yang Abang dulu, waktu di tahap 1, selalu menangis kenapa asyik kena mewarna je kalau tahap dua ada program sukan. Macam-macam ragam ye! Bila dah darjah 4 ni terpilih, memang happy la dia. 



Alhamdullillah, dalam acara individu, Abang memenangi pingat emas sekaligus dinobatkan Atlet Terbaik kategor L10. Kami tak tahu pun dia menang atlet terbaik sebab ingatkan dah takda apa lepas penyampaian hadiah. Alhamdulilalh, rezeki Abang.

Since venue program di kawasan office je, memang kami cuba cari masa untuk support untuk setiap acara. 

Mami datang tengok kakak nanti?
Mami cuba kak, kerja mami ni tak tentu. Datang angin puting beliung kat office tu, memang tak boleh buat apa la.


Mami datang tau tengok abang. Nanti Abang nak tengok mami kat hujung time abang dah habis lari.
Tengok dulu keadaan kat office bang.



Cikgu siap offer, siapa dapat pingat emas pertama untuk sekolah nanti cikgu bagi duit. Dapat la Abang duit raya haji dari cikgu-cikgunya.


Gambar-gambar kenangan sepanjang kejohanan. Merasa la Abang bergaul dengan abang-abang senior.

Kuartet 4x200m P12. 

Kuartet 4x100 P12

Saringan 80m Lari Berpagari P12.  Ada juga waghih Mami yang masuk acara lari berpagar.
Kakak berjaya ke final tapi tak menang apap-apa pingat. 

Abang juga juga join acara 4x100m L10 tapi takda rezeki menang. 


Frust dia tak menang. Siap ditenangkan oleh Ustaz favourite dia. Nasiblah dia tak nampak I, kalo tak mahu banjir Nilai haha.

Menunggu turn acaranya bermula. Kena sidai tengah panas. 

Kakak and team.
Untuk MSSD ni,  67 buat sekolah rendah dan menengah Daerah Seremban 1 turut serta . Saringan untuk setiap acara pun ada yang sampai 11 saringan. Jenuh Ommak ea berpanas menunggu.

Rentung anak bujang den kono jomur.

Kakak memang frust tak menang apa-apa. Dia masuk acara 80m lari berpagar (Final), 4x100m, 4x200 (Final) dan 200m (Dapat nombor satu dalam saringan ke 11, tapi best time sahaja yang dipilih ke Final)

Ommak mampu pujuk je la yang Kakak patut bangga, dari ramai-ramai kat sekolah, kakak terpilih. Ini pun pencapaipan yang patut kakak syukuri sebab memang kakak nak dari dulu. Cuma rezeki memang Allah belum nak bagi. Kenalah kakak berusaha lebih lagi lepas ni kalau betul minat acara ini.

Mostly yang masuk acara adalah kawan-kawan kelab bola Abang juga. So, memang rancak la dia berborak sambil tunggu turn.

Kakak baru tamat acara 200m. Time ni tunggu result dapat ke final ke tidak.

Team 200m L12 dan P12

Selasa, 4 Julai 2023

Ramadan bulan bersama keluarga








Salam semua,

Ya Allah, lamanya post ni terperam. So, I post je lah since dah siap taip.
- - - - - - - - - - 

Bulan Ramadan bulan keluarga selain daripada bulan amal ibadah.
Tengok gambar-gambar ni semua, perhati satu-satu muka ahli keluarga, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk setiap pinjaman dan nikmat dapat menghabiskan masa bersama keluarga.
 
Sejak pemergian Ibu dan Abah, I lebih menghargai setiap masa yang masih dipinjam Allah. Kalau boleh nak berkumpul selalu tapi kena faham juga kekangan masa semua.

Sesungguhnya, pemergian ahli keluarga ni, buat kita sentiasa lebih mengingati segalanya adalah pinjaman, buat kita lebih menghargai dan terus mencuba memperbaiki diri. Allah bagi ujian kehilangan supaya kita lebih dekat dengan Dia.

Selamat bergembira bersama keluarga semua!
Hargai setiap detik dan masa yang dipinjam Dia =)


Isnin, 3 Julai 2023

Eid Adha 2023

Salam Aidil Adha semua =)

This year giliran beraya di Melaka sebab adik kedua balik Terengganu.  Petang sebelum raya, balik Melaka, tolong Makcik masak, then pagi raya makan di rumah dia je sebab anak-anaknya pun tak balik. Semua kena kerja di hari raya.

Dah plan elok nak pergi solat raya dengan Makcik esoknya, tapi Allah swt baik hati, dia bagi cuti. Haha. ABC!

Hangkut juga la semua ke masjid. Dok dengar khutbah dari dalam kereta je. Yang kakak, Ommaknya tak solat, dia pun taknak ikut Nekcik masuk masjid. Hai la anak!

This year, pakai putih lagi di raya Haji. Ambil berkat orang pergi haji, sambil doa time Arafah, Allah swt bagi rezeki lebih jemput suami dan diri ini menjadi tetamuNya sebelum menutup mata. Aminnn.

Gambar wajib, berdua!

Keluar juga bergambar depan masjid lawa ni walaupun tak solat. Minta tolong Makcik ambil kan, makcik tak reti nak adjust, gambar jadi gelap. Jadilahhh, janji ada gambar kenangan.

With Makcik, adik arwah Ibu. Tempat menumpang kasih, bila raya menjelma. Makcik pun menumpang ke kami, bila anak-anaknya kena bertugas di Hari Raya. Gitulah hidup, kena give and take.

Dah bergambar, makan. Dah makan bergambar. Itu ajelah kerja  kami. Tak join pun orang kampung buat korban. Makcik pula buat korban satu hari nanti.

Family arwah Ibu ni minta I in charge untuk uruskan korban this year, tapi I krik krik je. Mood nak buat tu takda. Insha Allah, kita usahakan nanti ya. Doa-doakanlah I rajin nak handle semua. 





Gambar-gambar kenangan pada Aidiladha 2023. Meriah je beraya di kampung ni visit sanak saudara, saudara datang berkunjung, tapi tu lah, tetap rasa kehilangan bila Ibu Abah dah takda. Dalam kemeriahan, terselit juga rasa sedih sebab rindu pada keduanya.