Rabu, 27 April 2022

Iftar dengan adik-adik

Salam 23 Ramadan semua!

Makin hujung puasa, makin tak sempat nak menulis blog. Drama korea pun tak sempat tengok bulan puasa ni (Alhamdulillah =p )  Memasak pun, Ya Allah, makin takda idea. Ulang balik menu minggu pertama. Menunggu juga ni kalau suami offer iftar kat luar (hai B!

Sabtu lepas, direzekikan berbuka dengan adik-adik. Sebelum ni ada berbuka sama-sama tapi kat rumah kakak Abah. Yang ini, our first Iftar tanpa Ibu dan Abah, kami-kami aja takde orang lain. 

My plan nak balik Melaka, berbuka di rumah arwah Ibu dan arwah Abah (takde balik lagi since puasa) tapi sebab adik kedua akan beraya di rumah mertua tahun ni (Terengganu), dia ajak check in hotel ja. Nak happy happy tenang-tenang katanya. Anak-anak pun dah penat terkurung kat rumah.

Adik kedua juga request semua pakai baju raya. Nak ambil gambar sesama sebab nanti raya pertama dia kat Terengganu. Ok, kita ikutkan ajelah. So, moh kita ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Nasiblah ada bilik kosong sebab Jumaat baru cari bilik. 

Sebenarnya nak ambil pakej Iftar kat hotel tapi last minute plan kan,  mana ada dah, pakej Iftar kat hotel dah penuh.  Kita tapau je lah food dan berbuka di bilik hotel je la. I order juga food kat Food Panda buat tambah-tambah lauk. Adik ketiga order minuman.

Comel kan? Adik tapau makanan kat Kafe Kampung Kaw. Sebab mangkuk tingkat ni comel, dia beli sekali haha. Satu set dia ambik, satu set lagi dia bagi I.

Sesambil tu celebrate awal juga birthday Raneeya dan Reezqy. Saje nak bagi anak-anak happy makan kek.

Cucu Atok yang cantik manis!  Tu ayat Abah i kalau cucu-cucu dia balik. Dah tak dapat dengar dah Bah ayat ni =(  

Bagus juga iftar kat bilik hotel, lepas berbuka terus solat berjemaah. 

Lepas solat, bawa kekanak jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Meriah juga ya hotel di bulan puasa. 

My adik-beradik. Yatim piatu dah kami. Allah pinjamkan Ibu Abah 38 tahun saja (ikut umur I). 

Lengkap. Alhamdulillah, dapat berkumpul sama-sama di bulan yang mulia ni. Moga ukhwah kami tetap utuh, dijauhkan dari segala penyakit hasad dengki, hidup bahagia dan Insha Allah moga kami dapat berkumpul sekeluarga di 'sana' nanti.

Esoknya kami Sahur di Cafe Hotel sebab dapat complimentary breakfast (muslim dapat sahur). Tambah duit untuk kanak-kanak je RM15.00 seorang.

Matahari dah naik, bawa semua ni mandi kolam. Dari semalam berzikir nak kolam. Kita bagi la peluang mereka bergumbira sambil berdoa takda yang nak buka puasa haha.

Sambil mandi macam-macam soalan mereka ni.

Mamilong, saya tertelan air, batal la puasa saya
Takpa, tertelan tu tak sengaja. Masih puasa lagi

Mamii, takpa ke kita mandi kolam?
Tak salah pun. Jangan saja-saja minum air kolam tu tak boleh. Nanti batal puasa. Takkan abang nak minum air kolam yang tak bersih tu kan?

Pukul 12.00 kami check out dan masing-masing pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah, yang mandi kolam pun, puasanya bertahan sampai ke petang. Masuk kereta je dah pengsan, kepenatan mandi kolam.



Selasa, 19 April 2022

Dah beli baju raya?

Salam semua,

Saja throwback tema baju raya sebab sampai ke harini memang tak ready apa lagi. Ikut hati yang lara haha, malas nak fikir raya, tapi kesian pula kat anak-anak. Mereka puasa penuh setakat ini. Takkan lah tak raikan mereka. Arwah Abah dulu pesan, at least sepasang baju baru atau baju bersih mesti ada untuk hari raya bagi meraikan kemenangan kita mengharungi bulan Ramadan. Insha Allah bah!

Warna apa untuk baju raya pun tak decide lagi.  Bukan Nurain sangat ni. Husband pun dah risau sebab I memang jenis sebelum raya selalunya dah ready semua. Ini memang macam tak nak raya. Langsir pun tak basuh, rumah tak kemas. I memang fokus kat puasa je. 

Bila post gambar ni kat IG dan Whats App story, mostly kawan-kawan suggest beli baju raya warna oren atau emerald green. Thanks korang! Nice juga warna-warna tu.

Anak-anak pun, ada pilihan warna masing-masing. Kakak nak hitam, Abang nak warna biru. Dah besar kan, semua dah tahu apa yang disukai.

Hmm, kita tengoklah nanti apa jadi time raya. Moga kami sekeluarga dapat membuat pilihan warna sebulat suara haha. Dan yang penting, menyambut raya =p

Till then! Wassalam.


Selasa, 12 April 2022

Ramadan 1443H ~ Minggu Pertama

Salam,

Harini 10 Ramadan dah. Takde post apa-apa lagi pasal menu iftar. Malas pun ya sebenarnya. Dulu, kalau post kat IG atau FB, arwah Ibu selalu tengok lepas tu kang dia telefon. Kalau tak update FB pun, Ibu akan tanya, tak sihat ke takda update apa-apa. Haha. Now, dah takda. FB pun kita delete account dah. 

Lepas sahur pun takda lagi dah panggilan arwah Ibu. Kalau tak, mesti Ibu akan call tanya dah bangun sahur ke belum, makan apa sahur. Semua dah tinggal kenangan. Sorry ya, bukan tak terima kenyataan Ibu dah takda atau tak move on, tapi bila bulan puasa ni, lagi kuat kenangan tu datang menyinggah.

Apapun, Alhamdulillah, masih penuh berpuasa hingga ke harini termasuk Kakak dan Abang. Adik  pula masih tak tentu arah puasanya walapun rajin bangun sahur (Mami bangun, dia pun bangun). Bila cikgu suruh makan kat sekolah dia cakap dia puasa, balik tengahari menggagau minta roti atau nasi.

Abang niat nak puasa penuh tahun ni sebab dia kata dia dah sunat, kena puasa penuh. Ingatkan dah mampu bertahan puasa, sesekali ada juga hampir kecundang dalam 5-10 minit nak berbuka. Datang jugalah perangai ketuntang nak berbuka tu.

Petang mantai  sebelum puasa tu, kami pi ziarah kakak Abah. Dapatlah merasa lemang dan rendang kampung. Sedapnya. Terubat rindu kat rendang arwah Ibu. Kebetulan jambu putih sedang berbuah, cousin tolong petikkan sebab dia tahu I suka makan.

Hari pertama berbuka, semua request Mee Hailam ayam lebih. Alahai, mudah betul menunya. Easy breezy aja Mami tunaikan. Mak Mertua call sebelum berbuka tu tanya masak apa. Jawab mee hailam, dia terkejut. Tak lapar ke tu nanti takda nasi kata dia. Gambar malas nak snap.

Nak buat cemane mak. Kita masak apa yang orang nak makan je lah. Untuk sahur kita masak nasi sikit then goreng telur mata.

Ni menu iftar  hari ketiga. Husbang request tauge tauhu masak lemak  putih dan sambal belacan. Anak-anak nak lauk ayam. 

Hari kedua langsung tak ambil gambar.  Masak kari ayam time tu, then buat roti jala. Sahur pun sambung buat roti jala sebab memang kegemaran anak-anak. Laju je semua makan kalau ada roti jala.

Hari keempat puasa, Reezqy suruh beli air teh bunga. I cakap tak payah bang, nanti Mami buat, abang minum la banyak mana abang nak. Mula-mula dia tak percaya tapi bila tengok ni, dan lepas minum terus dia kagum sebab rasa sama macam yang air tin dia selalu beli. 

Menu makan time ni, rasanya I buat Ikan tiga rasa dan ada masak sayur.

Hari kelima berpuasa, dalam berfikir-fikir nak masak apa, Mak mertua call cakap Kak Ipar ajak berbuka di luar. Ya Allah, rezeki betul. So, balik rumah, mandi, solat dan siap-siap untuk berbuka di luar je lah.

Alhamdulillah, semua menu sedap. Kami berbuka di Hype Hotel, Nilai. 

Menu fav time berbuka, Buko Mangga. Sedap sangat ni makan sejuk-sejuk. Yang ini orang kat taman jual. Ada Buko Pandan dan Laici juga.

Ni ada sekali ajak suami cari pisang goreng lepas terawih. Tak jumpa pun. Memang takda dibuat orang jual goreng pisang memalam. So, ada jiran up dia jual  nuttella pod ni, terus la kita beli. Jadilah, tak dapat goreng pisang, kita makan nutella pod. Sedap juga.

Begitulah lebih kurang cerita kisah minggu pertama puasa. Memang masak sepenuhnya dan belum jejak kaki ke Bazar Ramadan lagi.



Rabu, 6 April 2022

Pulau Tuba, Langkawi

Salam,

Hari ini hari keempat umat Islam berpuasa. Pagi tadi terlewat bangun so, semua makan daging burger dengan roti je untuk sahur. Reezqy lak, boleh dia muntah kat meja makan sebab dia kata geli makan kurma. Adoiiiii.

Saje je suruh dia makan kurma sebab tak makan nasi untuk sahur, so dengan makan kurma harapnya boleh la bertahan sampai petang. Tapi tekak dia tak boleh terima, terus muntah.

Takda apa nak post  so moh kita sambungn cerita Langkawi  2022 untuk hari ketiga. Last day kami di Langkawi. Dah ada dalam draft ni, tinggal post je ;)

Ikutkan flight balik tengahari untuk hari ketiga di Langkawi tapi AA tukar ke petang. Dah alang-alang ada masa, I try la isikan dengan aktiviti bermanfaat. Manfaat konon! 

Memang bermanfaat  betul jadinya sampaikan hampir kena tinggal flight =p

Day 3 @ Langkawi

Hari yang ditunggu-tunggu dan menjadi hari yang memenatkan buat semua. Hiking di Pulau Tuba! I ambil pakej dengan Aswat. Contact details Aswat ni, kawan ada share kat IG, so booking kat dia je la. 


Ni la pakej yang  I ambik. Ingatkan sempat nak buat semua since I kejar flight jam 4.00 petang.

Good morning from Malibest Resort! Belanja dulu tempat stay kat Cenang.

Rupanya nak  ke Pulau Tuba ni, kena naik bot di Jeti Pekan Rabu. Tambang RM10  pi balik. Bot paling awal 9.30 pagi. Tak dapatlah kami hiking di awal pagi walaupun keluar dari hotel dah awal dah sebab sampai Pulau Tuba dalam pukul 10 gitu.

I berterus terang aja pada Aswat  yang kami ni nak kejar flight jam 4 petang. Kena check in paling lambat jam tiga. Make sure kami kena keluar dari Pulau ni jam 1.30 paling lambat.

So, Aswat, Guider kami tu buat bypass je bawa kami hiking terus ke Gua Kelawar dan Gua 
Wang Buluh. Walaupun bypass je, Makcik I (tudung hitam) tetap hampir give up dan tak nak jalan dah.

Mana boleh gitu Makcik. Kena naik sesama la juga. Dengan support kami, Alhamdulillah, sama-sama sampai ke gua yang nak dituju.

Tarikan menarik kat Gua Kelawar ada monumen seperti orang berdoa ni.


Kat sini kena bawa motor sendiri ya. Aswat akan guide dan tunjuk jalan. Motor ni dah termasuk sekali dengan pakej. Ikutkan I jadi pembonceng dengan adik tapi tengok Makcik terkial-kial nak bawa motor, I la yang kena bawa juga. Redah aja bawa motor walaupun takda lesen =p Nasib masih ingat lagi cara nak bawa.




Cantik Pulau Tuba ni. Siap ada sekolah bagai kat sini. Time nak ke sana juga, kami naik bot sesama dengan cikgu yang nak pi mengajar di sekolah situ. Best sungguh noohhhh pi mengajar jam 9.30 pagi =p

Siapa yang nature lover tu memang sesuai pi sini. Nak bermalam pun ada banyak pilihan chalet. Lepas hiking, Aswat bawa melawat area pulau ni. Seronok tengok suasana kampung style zaman 90an. 

Dalam 12.30 macam tu, I suruh Aswat stopkan aktiviti kami dan hantar ke Jeti. I risau kot tak sempat nak sampai ke Jeti Pekan Rabu. Nampak muka kecewa Aswat sebab tak complete pakej yg kami ambik. Bayaran pun dia tak nak ambil full tapi kami paksa juga ambik. Kira sedekah ajalah sebab kami puas hati dengan service Aswat. 

Nak buat cemane dik oiii, kami mengejar flight. Kang tak balik.

Sambil menunggu bot gerak, sempat la juga merasa mee udang yang Mak Aswat telah sediakan. Terkenang-kenang kesedapan mee udang tu sebab sempat makan sesuap dua, bot nak jalan dah. Insha Allah, akan repeat lagi ke Pulau Tuba ni sebab ada misi yang belum selesai.


Selesai di Pulau Tuba,  sebelum balik hotel, singgah juga ke Rams Home Decor (kedai paling terdekat dengan Jeti Pekan Rabu) sebab adik I tak complete lagi list orang kirim coklat. Bagi masa setengah jam je kat dia untuk cari coklat.

Then, laju-laju balik ke hotel, bersiap dan packing apa yang patut, check out, kami bergegas ke aiport pula. Elok je sampai airport jam tiga, check in luggage, then masuk orang dah beratur nak naik flight. 

Alhamdulillah, sempat kejar flight balik. Semput semua orang terkejar-kejar tapi puasa hati, dapat explore tempat lain di Langkawi. Tergelak balik pula mengingatkan saat kalut takut tertinggal flight tu. 

See you again Pula Tuba, Insha Allah.







Ahad, 3 April 2022

Ramadan Mubarak 1443H

Selamat berpuasa semua!

Tahun pertama berpuasa tanpa Ibu, tahun kedua tanpa Abah.
Dah takda panggilan sahur dari Ibu.
Dah takda panggilan tanya masak apa berbuka hari ni.
=(

Jujurnya, memang down rasa nak sambut puasa tapi Allah kan dah kata, 
bersedih jangan berlebih-lebih.  
Insha Allah, cuba juga buang sedih dengan busy kan diri. Bulan Ramadan kan macam-macam aktiviti. Jom la kita upgrade segala amalan kita dan moga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” — (QS.Ali ‘Imran:139)


Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan. Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.