Isnin, 3 Julai 2017

Aidilfitri 1438H

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Lepas raya terus bersemangat update blog.
Haha.
Dah cuti lama, dah beronok-ronok habiskan masa dengan keluarga, dah charge tenaga to the max, maunya tak semangat kan!
Semoga korang semua pun  happy menyambut hari lebaran bersama yang tersayang.
Raya kita, cara kita, bahagia kita, kita saja yang mewarnakannya.
=)

Ahli keluarga dah bertambah, tapi pose raya tetap chaos juga. Haha. Takpolah, kita layan je. Selamat menyambut Hari Raya untuk pertama kalinya Rayeesa.

Rindu pada mak yang tak pernah berpenghujung. Kami datang raya mak, walaupun mak dah takda. Tengok, tahun ni warna tema baju raya sama dengan warna rumah mak. Kahkahkah!

Realiti omak-omak kalau nak bergambar. Beginilah behind the scene. Rayeesa pun dah pandai dah buat perangai :p

Budak sebelas bulan yang dah berperasaan. Takmo share handphone dengan kakak Iman. Di pagi Syawal dah buat drama airmata ye Rayeesa.

Dengan heroes kesayangan. Abah tak sihat raya kali ini. Hmmm, walaupun dalam gambar kita happy je semua sambut raya, tapi tetap risau akan kesihatan Abah. Semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi Abah. Akak risau bah =(

Raya tahun ni juga dapat beraya puas-puas siap  pergi  rumah saudara jumpa sawah padi lagi. Haha. Maka, mendapatlah tuan rumah menyaksikan pasangan acah-acah baru kahwin ni berphotoshoot!

Selamat Hari Raya semua!
=)

2 ulasan: