Jumaat, 21 Julai 2017

Feeling down: Suami lagi kurus.

Tips nak nampak sama kurus: Berdiri di belakang suami, so bagi dia yang di depan. 

Alhamdulillah, suami dah full-filled impian dia nak turunkan berat badan secara sihat. Almost two years juga la, bermula dari I start pregnant dulu, sampai sekarang, dia berjaya maintain kan berat dia.

Berat dari 75 kg turun kepada 59 kg. (Kalau tak 57kg, tapi raya-raya ni faham-faham je lah, banyak jemputan so dia terambil nasi dan naik 2 kilo).

Tips dia mudah aja (tapi bagi I payah :p )
1. Tak makan nasi.
2. Jogging hari-hari
3. Tak ambil air manis
4. Work out malam
5. Minum air kosong banyak-banyak.

Memang makan hati je lah tengok dia kurus. Siap rasa down lagi.
Nak berjalan sama dengan dia, malu sebab i besar.
Nak ambil gambar sama, i rasa tak yakin sebab i besar.
I rasa dia dah macam adik angkat je dah sebab dia kecik nau.
I memang cakap dengan dia direct je, I tak gembira tengok dia kurus.
Haha!

Adik I gelak je mendengarkan cerita I ni.
Dia rasa kelakar.
Ibu I siap cakap, benda camni pun nak jadikan masalah. Bukannya suami main perempuan pun, hisap dadah ke yang nak rasa down sangat ni.

Entah lah, tapi tetap rasa down juga.
Ada ke perempuan lain yang mengalami rasa yang sama macam i rasa ni ye?

Dulu kan main berjanji nak susah senang bersama, semuanya nak  sama-sama,
tapi alih-alih, tang kurus, terus lupa janji
kau sapu bersih sorang je ye.
Hai lah suami.

Suami memang nak coaching I untuk turunkan berat badan,
tapi....
tapi...
Entah bila nak mula pun tak tahu.
Malas pun iya juga.
Emak breasfeeding ni, paham-paham je lah kan. Lagi-lagi milkbooster kita ialah nasi.
Maka, dengan itu, kita pujuk je lah hati untuk redho dengan segalanya.
T__T






1 ulasan:

  1. Nieyl singgah petang...
    ala..ok la tuh..kita ngan husband berlawan skrg ni..
    badan sama² naik..

    BalasPadam